Kenapa sebuah keluarga perlu memiliki Talian Hayat Keluarga RM 500 000 !

•January 18, 2012 • 3 Comments

Salam,

Sering kali kita terbaca atau terdengar, kemalangan maut berlaku di mana sahaja. Ia melibatkan kemalangan motor dan kereta yang menimpa bukan sahaja kepada anak muda, bahkan kepada sesiapa sahaja seperti seorang suami dan bapa berumur 40 tahun, warga emas dan lain – lain.

Di sudut lain, kita melihat ada juga orang meninggal dunia atau hilang upaya disebabkan penyakit kritikal seperti kanser dan lumpuh kekal.

Kebanyakan mereka yang hilang upaya bekerja, masih mempunyai tanggungan anak dan isteri, masih berada di puncak karier, masih menanggung hutang sana sini, masih mempunyai projek – projek dan perancangan kewangan masa hadapan, tetapi apakan daya apabila Allah telah meletakkan qada dan qadar di hadapan bagi menguji setiap hamba Nya.

Terdetik di hati, adakah anda masih mempunyai wang atau sumber gaji, bagi meneruskan kehidupan dan menyara keluarga, jika ditakdirkan suami ( Pencari Nafkah keluarga ) hilang upaya bekerja selamanya disebabkan meninggal dunia / lumpuh kekal ?

Mari kita study dan analisa beberapa masalah yang dihadapi dalam beberapa situasi seperti :

  • Seorang Isteri yang terpaksa keluar bekerja menyara keluarga setelah suami hilang upaya bekerja akibat lumpuh kekal
  • Seorang Isteri yang terpaksa keluar bekerja menyara keluarga setelah suami meninggal dunia disebabkan kemalangan / penyakit kritikal
  • Suami isteri yang meninggal dunia / hilang upaya meninggalkan anak – anak yang masih kecil dan bersekolah
  • Suami atau isteri yang menderita penyakit kritikal tetapi tidak tergolong di dalam kategori LUMPUH KEKAL

MASALAH utama yang di hadapi bagi situasi di atas adalah WANG! Bagaimana sebuah keluarga boleh menyambung kehidupan mereka, setelah PENCARI NAFKAH utama hilang upaya bekerja selamanya. Wang yang berfungsi sebagai :

  • Menyewa rumah / membayar hutang rumah
  • Membeli barang dapur / makanan / minuman
  • bil – bil elektrik / air / astro
  • Hutang – hutang kad kredit / kereta / pinjaman peribadi
  • Nafkah isteri / Nafkah kepada ibu bapa
  • Kos menyara anak – anak membesar
  • Kos menyara anak – anak bersekolah
  • Simpanan pendidikan anak – anak
  • Perubatan / hospital / klinik

Soalnya sekarang, siapakah yang akan memberikan wang bagi perkara – perkara di atas ?

————————————————————————————————————————–

Masalah 1 : Situasi di mana suami hilang upaya bekerja disebabkan lumpuh kekal disebabkan kemalangan / penyakit kritikal.

Kebiasaannya, jika majikan didapati tidak mampu hadir ketempat kerja atas sebab – sebab hilang upaya ( disahkan oleh hospital panel ), majikan masih memberikan GAJI PENUH selama 6 bulan bagi pekerja yang hilang upaya bekerja sementara atau kekal / dimasukkan hospital dalam tempoh itu. Selepas 6 bulan pertama, Majikan masih lagi membayar SEPARUH GAJI untuk 6 bulan berikutnya jika pekerja masih tidak mampu datang bekerja. Jadi, keluarga masih ada tempoh setahun bagi mempersiapkan diri menghadapi situasi ini. Selepas tempoh 6 bulan kedua, MAJIKAN kebiasaannya tidak lagi menyambung kontrak pekerja. Dalam hal ini, pekerja terbabit masih mempunyai pilihan iaitu :

– Jika pekerja terbabit kemalangan, beliau boleh pergi kepada SOCSO dan lain2.

– Mohon KWSP bagi pengeluaran awal

– Mohon Insurans hilang upaya dari majikan ( jika ada )

Persoalannya, cukupkah pampasan yang akan SOCSO berikan ? Adakah dana KWSP cukup menyara keluarga untuk tempoh yang lama katakan 20 tahun ?

Dalam hal ini, keluarga mungkin telah hilang separuh atau 3/4 dari kuasa belanja dan pendapatan biasa. Ini tidak termasuk kos – kos tambahan yang terpaksa ditanggung keluarga apabila suami ( yang sudah lumpuh ) perlu mendapatkan rawatan susulan, ubat – ubatan sepanjang hayat, alat sokongan hidup dan lain2 yang mana ia mungkin menelan belanja yang tinggi.

Masalah 2 : Situasi di mana suami meninggal dunia disebabkan kemalangan / penyakit kritikal.

Dalam situasi ini, ia mungkin berlaku secara mengejut dan tiba – tiba. Kebiasaanya, keluarga dalam keadaan terkejut dan trauma dan tidak bersedia menghadapi keadaan dan kesan kejadian ini. Jika suami meninggal dunia atas sebab penyakit kritikal, wang yang ada mungkin telah dibelanjakan untuk kos rawatan sebelumnya. Adakah ia masih berbaki utk diwariskan kepada keluarga ?

  • Masalah utama masih berkait dengan wang. Sudah pasti, kos pengebumian terpaksa dikeluarkan. Bagi masyarakat Islam pada zaman millenium ini, kos pengembumian boleh mencecah RM 1000 – RM 1500 dan ia perlu disegerakan.  Selepas itu, serba sedikit akan diadakan majlis tahlil dan sedikit kenduri bagi para tetamu.
  • Masalah kedua menyusul selepas sebulan pemergian suami. Wang yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Jika suami mempunyai wang simpanan bank, insurans, kwsp atau asb, ia akan mengambil masa bagi membuat tuntutan. Ditambah buruk lagi jika suami tidak meletakkan penama atas nama si isteri bagi KWSP atau Insurans di mana ia terpaksa di faraidkan. Jika harta – harta simpanan suami difaraidkan, isteri hanya layak untuk 1 / 9 dari harta – harta terbabit. Jika ini berlaku, dengan apa isteri boleh menyara anak – anak ? Jika isteri seorang yang mempunyai kerjaya, kurang sedikit bebannya, tetapi bagi isteri yang berstatus suri rumah, adakah beliau mampu keluar bekerja dalam tempoh 3 – 4 bulan pertama ?
  • Masalah ketiga yang menyusul adalah sumber kewangan sara hidup untuk tempoh 20 – 25 tahun akan datang.  Untuk tempoh 1-3 tahun pertama, keluarga mungkin boleh mendapatkan sumber kewanagan dari harta warisan suami seperti insurans ( jika ada ), KWSP, simpanan yang difaraidkan dan lain – lain. Tetapi adakah ia cukup bagi menampung untuk tempoh 20 – 25 tahun akan datang ? Inilah yang menjadi masalah utama bagi ibu tunggal kematian suami.

Fikir – fikirkan lah.

Masalah 3 : Situasi di mana suami menderita penyakit kritikal seperti buah pinggang dan kanser stage 3 – 4!

Dalam term insurans atau mana – mana klasifikasi hilang upaya kekal, pesakit buah pinggang atau kanser tidak termasuk di dalam golongan hilang upaya kekal. Jika ini berlaku, pesakit tidak dapat claim ke atas insurans ( jika ada ) / SOCSO sekali pun. Pesakit buah pinggang yang mana kedua – dua biji buah pinggangnya rosak, akan menghabiskan masa 3-4 jam sehari untuk cuci darah di pusat hemodialisis sebanyak 2 – 3 kali seminggu. Adakah pesakit buah pinggang ini masih mempunyai prestasi yang bagus untuk diterima di tempat kerja ? Adakah majikan akan mengekalkan status bekerja pesakit ini untuk tempoh yang lama ? Sudah tentu TIDAK.

Jika pesakit mempunyai polisi takaful hayat, beliau boleh claim ke atas rider 46 penyakit kritikal seperti dinyatakan dalam kontrak polisi. Persoalannya, adakah dana yang di tuntut itu mampu menyara keluarga untuk tempoh yang lama dan adakah ia cukup untuk menampung kos rawatan penyakit itu untuk sepanjang hayat ?

—————————————————————————————————-

Apakah penyelesaian MASALAH di atas ? ( dari segi kewangan )

Masalah yang dibincangkan di atas meliputi kejadian yang ditakdirkan menimpa suami seperti :

  • Meninggal dunia disebabkan apa jua punca
  • Hilang upaya kekal disebabkan apa jua punca
  • Menderita penyakit kritikal

Seperti yang dibincangkan, masalah utama adalah WANG. Persoalannya, berapa Wang yang ada ? Cukupkah ? Apa sumber wang yang boleh diperolehi ?

Antara sumber – sumber kewangan yang boleh menjadi TALIAN HAYAT keluarga adalah seperti :

  • Wang simpanan persendirian
  • Aset – rumah / tanah
  • Simpanan Emas
  • Takaful / Insurans tempat kerja
  • Takaful / Insurans hayat persendirian
  • KWSP
  • ASB

Masalah dengan sumber – sumber di atas adalah seperti berikut  :

  •  Cukupkah bagi menampung kos kehidupan keluarga untuk tempoh jangka panjang
  • Adakah simpanan di atas sudah diwasiatkan ke atas nama anak / isteri ?
  • Adakah simpanan di atas jika suami meninggal dunia, akan difaraidkan ?
  • Cukupkah pampasan insurans tempat kerja yang diberi ?
  • Adakah pampasan untuk meninggal dunia / hilang upaya dari takaful persendirian cukup bagi menampung kos kehidupan keluarga ?
  • Adakah suami sudah meletakkan penama bagi akaun KWSP beliau ? RM jutaan tidak dituntut dari KWSP dan ASB akibat dari tiada penama yang diletakkan
  • Adakah aset – aset kepunyaan suami boleh dijual dalam masa yang singkat ? Di mana keluarga akan tinggal jika satu – satunya rumah kepunyaan suami itu di jual ?

Masalah utama bagi masyarat Malaysia pada hari ini :

  • Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada membuat simpanan kecemasan, simpanan hari tua ?
  • Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada ambil Plan Takaful Hayat mahupun semurah Plan Takaful Kemalangan ?
  • Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada letak penama untuk akaun KWSP mereka ?
  • Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang mendapat faedah sehingga RM 100 000 dari pampasan insurans tempat kerja ?

Gunakan instrumen yang tepat pada dengan kegunaan yang maksimum

Kita bukanlah JUTAWAN. Sebab itu kita perlu memikirkan kaedah dan tools yang tepat yang perlu digunakan bagi menghadapi situasi – situasi di atas.

Takaful Hayat boleh dijadikan satu instrumen kewangan yang tepat bagi menghadapi masalah di atas. Masalah wang setelah punca pendapatan hilang. Kesedaran memiliki Plan Takaful hayat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi, kefahaman ke atas instrumen kewangan ini masih lemah dan tidak diambil peduli. Asalkan sudah memiliki Plan takaful, dikira memadai.

Hakikatnya, takaful adalah berguna kepada orang yang paham situasi dan kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah kewangan keluarga setelah pencari nafkah utama hilang upaya bekerja.

Perlu difahami, takaful bukan diambil disebabkan si suami adalah seorang Jurutera. Tetapi takaful di ambil disebabkan :

  • gaji yang diperolehi setiap bulan
  • hutang – hutang yang ada
  • kos perbelanjaan sara hidup keluarga

Jika gaji si suami RM 3000 sebulan, jika beliau hilang upaya bekerja, tuntutan takaful ini kelak, dapat menggantikan gaji bulanan RM 3000 ini untuk tempoh yang panjang katakan 20 tahun. Mr A membeli Plan Takaful dengan simpanan bulanan RM 500, tetapi hanya menerima pampasan RM 200 000 jika beliau hilang upaya kekal, berbanding Mr B, yang mengambil Plan Takaful dengan simpanan bulanan RM 400, tetapi menerima RM 400 000 jika beliau hilang upaya kekal. Tindakan Mr A dan Mr B di dorong oleh pemahaman masing – masing mengenai fungsi Takaful ke atas kebajikan keluarga bila diperlukan kelak.

RM 500 000 adalah satu angka yang selesa!

RM 500 000 adalah satu angka yang dikira selesa kepada saya. Bagaimana RM 500 000 berfungsi dalam memberikan sumber kewangan bulanan yang konsisten untuk tempoh yang lama ?

Jika saya memiliki RM 500 000 pada hari ini, saya akan menyimpannya di instrumen kewangan yang berisiko rendah, yang dapat memberikan pulangan tahunan 6 -7% setahun. Dengan ini, dividen yang terhasil dari simpanan tadi adalah RM 35 000 setahun. RM 35 000 setahun adalah satu PENDAPATAN ALTERNATIF yang konsisten kepada saya dalam meneruskan kehidupan.  Saya menggunakan RM 35 000 setahun untuk sara hidup dan masih mempunyai RM 500 000 di dalam simpanan. Ini adalah satu keadaan yang boleh dikatakan selesa bagi saya. Begitu jugalah kaedah yang harus dipraktikkan kepada keluarga yang kehilangan suami. Dengan syarat, si suami mempunyai instrumen kewangan yang boleh mewariskan sekurang – kurangnnya RM 500 000 kepada waris / keluarga untuk meneruskan kehidupan.

RM 500 000 bukanlah satu angka yang tepat dan cukup bagi semua orang, tetapi saya percaya RM 500 000 adalah satu angka yang cukup bagi KEBANYAKAN ORANG!

Bagi yang berminat mendapatkan Proposal dari saya, sila hubungi sy dan isi maklumat di e form di bawah :

WASIAT TUNAI RM 100 000 : TALIAN HAYAT TUNGGAL RAKYAT MALAYSIA !

•April 8, 2013 • Leave a Comment

Assalamualaikum w.b.t,

Saya MEMBUKA TAWARAN kepada rakyat Malaysia bagi menyertai dan membina WASIAT TUNAI RM 100 000 bagi setiap keluarga di Malaysia.

Apakah Wasiat Tunai? Ia adalah satu bentuk wasiat berbentuk HIBAH WANG TUNAI RM 100 000 yang diberikan / dihadiahkan kepada pasangan / anak2 jika ditakdirkan Pencari Nafkah utama keluarga ( suami / isteri ) meninggal dunia / lumpuh kekal disebabkan apa juga punca dan akhirnya menyebabkan keluarga ini HILANG PUNCA PENDAPATAN keluarga sepenuhnya!

=======================================================

Cuba kira2 sekarang, berapakah WANG TUNAI yang anda ada di dalam Bank / KWSP / EMAS  yang boleh anda wariskan kepada isteri / anak2 jika ditakdirkan anda hilang upaya bekerja sepenuhnya secara tiba2!

=======================================================

Adakah KWSP anda sudah dinamakan ?

Adakah anda mempunyai simpanan / pelaburan di bank ?

Adakah anda mempunyai banyak simpanan emas yang boleh digadaikan ?

Adakah keluarga & sanak saudara boleh membantu anda RM 2 – 3 ribu sebulan ?

Adakah majikan anda sanggup bayar gaji anda walaupun anda sudah tidak upaya bekerja?

Adakah JKP / Pusat Zakat boleh memberikan bantuan RM 2 -3 ribu sebulan ?

=======================================================

PERINGATAN : Jika esok anda mati / lumpuh, apakah anda MASIH MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN untuk keluarga meneruskan kehidupan ?

Jadi, dari sekarang , fikirkan bagaimana nak bina DANA KECEMASAN RM 100 000 – RM 1 juta ( semampu yang boleh ) dalam masa 6 bulan dari sekarang ! Tetapi, mustahil untuk anda menyimpan dana sebanyak itu dalam masa 6 bulan.

PENYELESAIAN : Dengan Plan WASIAT TUNAI RM 100 000, anda TELAH MEMPUNYAI JAMINAN dana RM 100 000 walaupun anda baru menyimpan 6 bulan. Jika ditakdirkan anda meninggal dunia kemalangan, 24 jam selepas anda menyertai Plan ini, RM 100 000 sudah menjadi hak milik pasangan anda !

Berapa banyak yang perlu disimpan ? Tak banyak, hanya dari RM 100 setiap bulan, ikut kemampuan masing2.  ( jika umur anda 35 tahun ke bawah, sihat tubuh badan ).

* Sila lihat plan details, di akhir artikel ini

=======================================================

Adakah anda CUKUP berani untuk TIDAK MENYERTAI PLAN INI ?

Anda masih muda. Keluarga anda masih memerlukan anda di sisi. Pendapatan anda menjadi tempat mereka bergantung untuk makan minum, beli pakaian, tinggal di rumah yang selesa, beli kereta, beli rumah, hantar anda ke sekolah, tusyen anak, hiburan, nafkah isteri, nafkah wajib ibubapa, simpanan pendidikan anak2 dan segala macam perkara lagi.

Tetapi, bayangkan jika anda sekeluarga di uji Allah S.W.T dengan ujian seperti di bawah :

Lumpuh

4

2

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di saat ini, keluarga akan mengalami tekanan dari segi EMOSI dan juga WANG RINGGIT.

Keluarga yang menghadapi ujian seperti ini, akan menghadapai masalah :

– Emosi pasangan yakni isteri akan terganggu.

– Si isteri akan setia menunggu / menjaga suami yg lumpuh. Bagaimana beliau nak sara keluarga ?

– Dana makan minum anak akan terjejas untuk jangka panjang.

– Hutang piutang / bil2 masih tertunggak.

—————————————————————————————————————————-

Berapakah DANA KECEMASAN yang cukup bagi ANDA ?

Jumlah yang cukup bergantung kepada kehidupan & gaya hidup sesebuah keluarga. Jika anda biasanya , berbelanja  RM 3000 sebulan untuk keluarga & hutang piutang, anda memerlukan dana sebanyak RM 3000 x 12 bulan = RM 36 000 setahun.

Untuk dapatkan RM 36 000 setahun, anda perlukan sejumlah dana yang boleh dilaburkan ke instrumen kewangan seperti ASB / Tabung Haji yang mampu memberikan pulangan purata antara 7 – 8 % setahun. Jika ini di jadikan contoh, anda memerlukan RM 500 000 setahun bagi menjamin pendapatan tahunan secara konsisten.

_____________________________________________________________

Gaji Tahunan                              Dana Kecemasan yang diperlukan

_____________________________________________________________

RM 12 000                                            RM 150 000

RM 24 000                                            RM 300 000

RM 36 000                                            RM 450 000

RM 48 000                                            RM 600 000

____________________________________________________________

Jadi, adakah DANA KECEMASAN ini penting bagi anda ?

Adakah anda sudah nampak KAEDAH bagaimana nak bina dana kecemasan dalam masa 6 bulan dari sekarang ?

Adakah anda yakin ini adalah plan WAJIB ADA bagi setiap keluarga di Malaysia ?

Jika setuju, ANDA BOLEH DAPATKAN PROPOSAL / CADANGAN PLAN DARI SAYA!

Yang penting, JANGAN TERLAMBAT…kerana MUSIBAH ADALAH TIDAK DIJANGKA…

lumpuh1

JOM APPLY SEKARANG !

WASIAT TUNAI RM 100 000 – RM 1 juta 

Sila lihat PLAN DETAIL di bawah bagi mengetahui plan simpanan spesifik bagi setiap Plan WASIAT TUNAI ini .

Maa Takaful Plan

APPLY NOW

 

 

 

Kenapa saya pilih RM 1 juta untuk isteri & anak2??

•March 31, 2013 • 2 Comments

Salam,

Tajuk di atas adalah berkaitan hasil perbualan saya dengan seorang peserta Takaful yang ingin mendapatkan plan RM 1 juta bagi keluarganya jika ditakdirkan suatu hari nanti beliau hilang upaya kekal disebabkan meninggal dunia / lumpuh !

Proposal awal saya mencadangkan RM 500 000 bagi basic coverage beliau dan RM 500 000 bagi dana Penyakit Kritikal.

Ini adalah jawapannya :

=======================================================================================

Selepas baca artikel sdr di blog ini ( sila klik disini ) , hati saya terbuka untuk melindungi keluarga saya dengan RM 1 juta walaupun pada asalnya tuan menyarankan agar saya mengambil perlindungan RM 500 000. 

“Bagi saya, mati hanya sekali, lumpuh hanya sekali dan mendapat sakit kritikal paling banyak sekali atau pun dua kali dalam seumur hidup kita.” 

“Saya kecewa dengan agen2 insurans / takaful yang hanya menawarkan RM 50 000 – RM 100 000 bagi coverage takaful mereka sedangkan bagi saya , nilai ini hanya cukup untuk saya guna dalam tempoh 1 – 2 tahun shj. Selepas itu, saya terpaksa mengemis meminta sedekah ataupun isteri saya ( seorang warga asing ) terpaksa keluar bekerja. Dengan apalah isteri saya boleh bekerja ? Nak dapat gaji RM 5000 sebulan ? Jauh sekali..habis2 mungkin isteri saya boleh kerja kilang dengan gaji RM 1000 sebulan. Bagaimana nak menyara saya ( yang sedang lumpuh ) dan anak – anak saya ? Kalau beliau balik negeri asalnya ? Tinggalkan saya keseorangan ?” 

“Walaupun saya tidak mungkin menjadi JUTAWAN hanya dengan menyimpan RM 500 sebulan ( selepas 20 tahun ),  tetapi saya TAHU di dalam akaun TAKAFUL saya, sudah siap sedia RM 1 juta untuk diwariskan kepada isteri / anak, jika saya ditakdirkan sudah HILANG UPAYA untuk BEKERJA seperti apa yang saya buat sekarang ini.”

Bagi saya, jika esok saya ditakdirkan lumpuh disebabkan saya jatuh motor ketika ke tempat kerja, sudah ada RM 1 juta dalam bentuk cek yang sedang menunggu utk diberikan kepada keluarga saya…. 

“Jika esok saya disahkan doktor mengidap penyakit jantung…saya sudah tidak perlu bekerja lagi…kerana hidup saya selepas itu akan penuh dengan aktiviti pergi ke hospital, mencari ubat2 kampung, masuk hospital, dan selebihnya berehat…….tak mungkin bagi saya utk bekerja seperti biasa…..tapi…saya akan rasa lega kerana saya sudah memiliki RM 1 juta dalam akaun bank , hasil dari caruman yang saya buat setiap bulan bersama takaful…..”

===================================================================================

Hidup ini ada 2 senario….sama ada anda hidup terlalu lama, atau pun mati terlalu awal….hidup terlalu lama dari sekarang, anda mempunyai 20-30 tahun utk fikirkan bagaimana untuk generate income /simpanan hari tua….tapi jika mati terlalu awal, ia datang tanpa diundang, tanpa anda dapat hidu kedatangannya, tiada cara anda nak bina RM 1 juta dalam tempoh 6 bulan melainkan anda TERPAKSA mencarum bersama TAKAFUL…….

Perbualan saya dengan beliau berlangsung hampir 1 jam dan saya sangat kagum dengan perancangan beliau untuk melindungi keluarga dari segi bencana kewangan.

Maa Takaful Plan

Bagaimana dana RM 1 juta ini boleh generate INCOME TAHUNAN secara konsisten kepada keluarga anda ? Anda hanya perlu simpan RM 1 juta ini di instrumen pelaburan dijamin modalnya seperti Tabung Haji / ASB / Unit Trust berisiko rendah dengan anggaran pulangan tahunan 6-7%. Setiap hujung tahun, anda boleh menikmati dividen antara RM 60 000 – RM 70 000. Ini lah pulangan tahunan yang menggantikan gaji suami anda yang telah hilang!

Anda diluar sana boleh juga menyimpan seperti cerita di atas. Dari RM 100 000 – RM 1 juta, anda WAJIB dapatkan PROPOSAL HARTA WARISAN dari saya. SMS 017 427 6046 dan isi borang di bawah :

Ibu tunggu 16 jam akibat Hospital sesak ??? Baca ARTIKEL INI.

•March 29, 2013 • Leave a Comment

Ibu tunggu 16 jam akibat Hospital sesak ??? Baca ARTIKEL INI.

Apa ALTERNATIF anda jika di saat kecemasan, Hospital kerajaan Sesak ??

Petang Ahad yang tenang menjadi kelam kabut akibat dari kemalangan yang menimpa anak anda ketika bermain di Padang permainan.

Tanpa berlengah anda membawa anak ke hospital kerajaan terdekat…Malangnya ketika itu  Hospital penuh sesak dengan orang ramai baik di klinik biasa hinggalah ke emergency dept.

HospitalKlangStatCorridor

Apa ALTERNATIF anda ?

1 – menunggu berjam2 nak dapatkan rawatan ? Sudah tentu tidak……

2- Membawa anak anda ke Hospital Swasta berhampiran…tapi…..

Pilihan ke – 2, membawa anak ke hospital Swasta berhampiran dan anda tahu kos kemasukan / rawatan di hospital swasta adalah sangat tinggi. Kos mendaftar masuk anak anda berrmula dari RM 2000 bagi kes biasa dan RM 5000 bagi kes yang melibatkan risiko pembedahan. Kos bilik sehari antara RM 150 – RM 300. Jika anak anda dikuarantinkan, anda tiada pilihan terpaksa stay di bilik berseorangan ( dgn kos RM 250 sehari ). Sebarang kes yang melibatkan pembedahan akan melibatkan kos RM 6000 dan ke atas.

Pendek kata, jika stay 5 hari di Hospital Swasta bagi kes demam dan batuk pun, akan telan belanja antara RM 2500  – RM 4500, bergantung  kepada jenis rawatan dan ubat yang diberikan.

=================================================

Rahsia Medical Card : Kami BAYAR kos rawatan keluarga anda!

=================================================

Di Hospital Swasta, masih ramai orang berkejar ke sana membawa keluarga yang sakit. Bukankah ia mahal ? Ya mahal, tapi bil – bil mereka di bayar oleh pihak ke – 3.

Di Hospital Swasta ,

– Anda boleh mendapat akses berjumpa Doktor Pakar ‘on the spot’ berbanding di hospital kerajaan di mana anda di tetapkan tempoh waktu tertentu bagi mendapatkan konsultansi Doktor Pakar.

Selesa. Hospital Swasta, keadaannya selesa dan damai dan yang penting tidak terlalu sesak berbanding di hospital kerajaan. Kalau anda ke wad hospital kerajaan, jangan terkejut jika keadaan pesakit diletakkan bercampur lelaki & perempuan, katil yang rapat & agak panas. Bukan lah hendak melecehkan keadaan di sana, tetapi itu lah hakikat.

2 perkara di atas menjadi perkara utama orang ramai ke hospital swasta mendapatkan rawatan.

3 Hospital Kerajaan vs 11 Hospital Swasta di Penang.

Dengan hampir 2 juta ( pulau & tanah besar ) penduduk Pulau Pinang, bilangan pesakit di hospital2 kerajaan & swasta sentiasa ramai. Jika anda pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang, pesakit memang ramai, dari kanak2 & orang tua, lelaki & perempuan, rakyat asing dan rakyat Malaysia..full house.

Tidak dinafikan, Hospital kerajaan mempunyai prasarana & kepakaran yang terbaik di Malaysia. Cuma, tugas mereka unutk memberikan khidmat kepada 27 juta rakyat Malaysia, dilihat sangat mencabar dan berat. Disebabkan itu, banyak bahagian & ruang, tidak dapat di jaga sepenuhnya sehingga menimbulkan keadaan seperti beratur terlalu lama, waiting list yang panjang, katil tak cukup, pesakit terpaksa di letakkan di atas lantai, kecuaian kakitangan dan sebagainya. 

Atas dasar itu, alternatif kepada Hospital Swasta mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

p/s – Kepada rakan2 yang berkhidmat di Hospital Kerajaan, tugas anda adalah sangat murni dalam membantu orang ramai. Tabik spring.

======================================

Adakah servis di Hospital Kerajaan FREE 100% ?

======================================

Bagi saya tidak semua servis di Hospital Kerajaan adalah FREE. Bagi kakitangan kerajaan, golongan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Tetapi bagi non-gov , anda boleh mendapatkan rawatan pada kos yang paling minima. Tetapi dalam sesetengah kes, servis di Hospital Kerajaan juga dikenakan KOS RM ribu2, seperti kes pembedahan menggantikan tulang patah akibat kemalangan, kes kanser yang memerlukan rawatan kimoterapi dll.

Atas dasar ini, peranan Medical Card sebagai medical bill settler, adalah sangat PENTING.

Siapakah yang membiayai bil di hospital swasta ?

Pihak ke – 3 yang dimaksudkan adalah syarikat Takaful seperti MAA TAKAFUL Malaysia yang menyediakan khidmat bil settler melalui fungsi medical card kepada orang ramai dan setiap ahli keluarga mereka.

Fungsi medical card adalah :

1 – Memudahkan kemasukan ke hospital swasta dengan kos pendaftaran di minimumkan antara RM 300 – RM 0 berbanding kadar biasa ribuan ringgit.

2 – Memudahkan pesakit ‘discharge’ dari hospital tanpa perlu MEMBAYAR & MENUNGGU BIL SIAP.

3 – Membiayai kos bilik, kos ubat – ubatan, kos pembedahan dan lain2.

Umumnya, dari proses kemasukan pesakit , hinggalah di saat pesakit discharge dari hospital, pihak takaful akan memberi jaminan BAYARAN kepada pihak hospital. 

Medical Card bukanlah menunjukkan prestij seseorang itu, tetapi ia berkaitan dengan :

– Kepentingan rawatan yang CEPAT di hospital swasta berbanding hospital kerajaan ( seperti kes kanser )

– Pembiayaan kos rawatan & pembedahan yang berkemungkinan menelan belanja RM puluhan ribu ( boleh jual rumah / tanah / emas….)

Banyak lagi kelebihan dengan medical card. Maklumat lanjut berkenaan , boleh berhubung dengan saya ;

Yuzairi Yunus – 017 427 6046

•March 29, 2013 • Leave a Comment

Rancang Wang

Pesakit jantung perlukan dana bagi merawat penyakit tersebut..jika anda mempunyai membership dgn MAA TAKAFUL, anda layak dapat RM 100 000 dana bantuan melalui plan 46 penyakit kritikal.

 

View original post

•March 27, 2013 • Leave a Comment

Rancang Wang

Salam,

Mengikut statistik Jabatan Pembangunan Wanita, bilangan ibu tunggal di Malaysia pada tahun 2000 ialah seramai 128,810 orang. Dari jumlah ini, kaum Melayu merupakan yang terbesar dengan hampir 60 peratus. Ianya diikuti dengan kaum Cina sebanyak 23 peratus dan kaum India sebanyak 9 peratus. Sementara itu, kumpulan umur di antara 45 hingga 54 tahun merupakan taburan ibu tunggal yang tertinggi bagi setiap kaum.

Sumber : Jabatan Pembangunan Wanita

Dari 128 810, ada segolongan wanita menjadi ibu tunggal adalah disebabkan kematian suami. Kematian suami bermakna hilang sumber pendapatan utama bagi keluarga secara tiba – tiba.Selain itu, terdapat juga kes – kes di mana suami hilang upaya bekerja selamanya akibat dari kemalangan dan juga penyakit kritikal.

Masalah yang sering dihadapai oleh ibu tunggal ini adalah :

1) Kesusahan mencari sumber pendapatan

2) Tidak dapat menumpukan kepada usaha membesarkan anak – anak kerana keluar bekerja mencari rezeki siang dan malam

3) Masalah hutang…

View original post 1,296 more words

•March 27, 2013 • Leave a Comment

Rancang Wang

Plan Harta Warisan dari MAA Takaful – Plan ini adalah direka khusus bagi menyediakan :

1. Gantian gaji / warisan gaji setiap bulan selama 15 – 20 tahun sekiranya ditakdirkan suami / pencari nafkah keluarga hilang upaya bekerja disebabkan apa jua punca seperti meninggal dunia atau lumpuh kekal disebabkan penyakit / kemalangan.

2. Menyediakan satu dana KHAS sekiranya ditakdirkan si suami / pencari nafkah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal yang disenaraikan. Dana ini adalah sebagai pengganti gaji semasa tempoh rawatan penyakit. Kadang – kadang disebabkan sakit, si suami tidak boleh bekerja berbulan – bulan lamanya, maka dana ini boleh digunakan sebagai wang sara hidup sementara.

——————————————————
Pentingnya mempunyai Plan Harta Warisan

Kepada suami / pencari nafkah, cuba tanya diri masing – masing , sekiranya ditakdirkan esok hari anda hilang upaya terus untuk bekerja disebabkan kemalangan atau menghidap penyakit,:

– adakah majikan masih boleh terus memberikan gaji kepada anda…

View original post 322 more words

Keadaan Cikgu di Sarawak…thanx to guru2 kerana bersusah payah mendidik kami & anak – anak kami…

•March 27, 2013 • Leave a Comment

Realiti & cabaran yg di hadapi oleh guru2 yg bertugas di pedalaman Sarawak…credit to them..

————————————————————————-

Hot Topics : Isteri layak terima 20 tahun jika ditakdirkan 

suami meninggal dunia secara mengejut.

————————————————————————

•March 27, 2013 • Leave a Comment

Bina Harta Warisan kecemasan RM 500 000 dengan Maa Takaful

Rancang Wang

Salam,

Sering kali kita terbaca atau terdengar, kemalangan maut berlaku di mana sahaja. Ia melibatkan kemalangan motor dan kereta yang menimpa bukan sahaja kepada anak muda, bahkan kepada sesiapa sahaja seperti seorang suami dan bapa berumur 40 tahun, warga emas dan lain – lain.

Di sudut lain, kita melihat ada juga orang meninggal dunia atau hilang upaya disebabkan penyakit kritikal seperti kanser dan lumpuh kekal.

Kebanyakan mereka yang hilang upaya bekerja, masih mempunyai tanggungan anak dan isteri, masih berada di puncak karier, masih menanggung hutang sana sini, masih mempunyai projek – projek dan perancangan kewangan masa hadapan, tetapi apakan daya apabila Allah telah meletakkan qada dan qadar di hadapan bagi menguji setiap hamba Nya.

Terdetik di hati, adakah anda masih mempunyai wang atau sumber gaji, bagi meneruskan kehidupan dan menyara keluarga, jika ditakdirkan suami ( Pencari Nafkah keluarga ) hilang upaya bekerja selamanya disebabkan meninggal dunia / lumpuh kekal ?

View original post 1,620 more words

•March 27, 2013 • Leave a Comment

Jom rancang perjalanan haji anda…

Rancang Wang

Salam,

Ibadah Haji rukun Islam ke 5. Diwajibkan ke atas setiap insan yang berkemampuan bagi mengerjakan ibadah Haji. Sudahkah anda merancang untuk mengerjakan Haji dari sekarang ?

Langkah pertama yang anda boleh buat adalah dengan mendaftar nama anda di Tabung haji! Dan, anda akan lihat giliran anda akan tiba dalam tempoh 15 – 20 tahun akan datang.

Anda nak duduk sahaja menanti 20 tahun itu berlalu ? Jangan bazirkan masa yang diberikan. Kerana kelak setelah tiba giliran Haji anda 20 tahun akan datang, anda akan menyesal kerana kos menunaikan Haji pada masa itu bukan RM 12 000 – RM 14 000 seperti sekarang, tetapi ia akan naik sehingga RM 20 000 – RM 30 000 pada masa tersebut.

Apa sumber kewangan anda pada masa itu untuk mengerjakan Haji ? Simpanan sendiri ? KWSP ? Simpanan Emas ? Jual tanah? Jual rumah ? Perlu diingatkan, setiap insan yang belum mampu mengerjakan…

View original post 660 more words

Kalau dah sakit…apakah BENDA yang paling penting bagi anda?

•March 25, 2013 • Leave a Comment

Salam,

Baru sahaja menerima berita di mana guru di MRSM dulu telah kembali ke rahmatullah dan seorang lagi sedang menderita kanser. Berat dugaan Allah s.w.t ketika ini.

Dalam saya mendoakan kesejahteraan kedua – dua orang guru ini, ingin sy tekankan di sini betapa pentingnya menyediakan satu dana khas bagi mengharungi detik2 sukar dalam mengubat dan merawat penyakit.

Ramai orang pada hari ini menerima gaji yang tinggi, tetapi jika di timpa musibah seperti menderita penyakit, mereka gagal menyediakan satu dana khas utk merawat. Ramai dari kita gagal menyimpan untuk hal2 kecemasan. Dan keadaan ini meletakkan diri kita dalam risiko yang nyata.

Hari ini, takaful memainkan peranan PENTING dalam menolong orang2 yang bermasalah seperti di timpa penyakit. Nak simpan RM 500 sebulan, ramai yg kurang mampu. Nak dapatkan RM 50 000 sekelip mata, siapa yang sanggup tolong ? Maka dgn itu, takaful memberikan JAMINAN ke atas DANA KECEMASAN ini di mana dengan meyimpan RM 100 sebulan pun, anda sudah mempunyai back up kewangan jika ditimpa musibah seperti meninggal dunia, lumpuh atau pun menderita penyakit kritikal.

Sekian dulu dari sy.

Plan Dana Kecemasan MAA Takaful

•November 30, 2012 • Leave a Comment

Jika anda simpan RM 60 sebulan di MAA Takaful : Contoh utk lelaki/tidak merokok/umur 35 tahun) 🙂

1- Khairat Kematian RM 2000 di bayar 24 jam

2- Dana Sara Hidup sementara RM 5000 di bayar susulan

3- Dana Kecemasan RM 50 000 jika meninggal dunia

4- Dana Kecemasan RM 50 000 jika hilang upaya kekal

5- Dana Kecemasan RM 60000 jika meninggal dunia /hilang upaya disebabkan kemalangan.

6- Dana Kecemasan RM70000 jika meninggal dunia /hilang upaya disebabkan kemalangan di Arab Saudi

7- Dana 46 Penyakit Kritikal RM 50 000 jika disahkan mengidap salah satu dari 46 penyakit Kritikal

8- Dana RM 10 000 jika anda disahkan mengidap salah satu dari 8 penyakit kritikal kanak – kanak

9- Elaun Hospital RM 50 sehari jika ditahan hospital ( Swasta )

10- Dana Pelaburan & Surplus Sharing ( tapi sedikit shj sbb simpan pun RM 50 sebulan )

Daftar segera sebelum 20 Dicember 2012

Sila isi form di bawah utk anak / isteri / diri sendiri. Thanx

Singapore itu Anjing? Betulkah sorakan Ultras Malaya ni ???!

•November 27, 2012 • Leave a Comment

Salam,
Ini berkenaan bolasepak Malaysia di Piala AFF Suzuki Cup 2012. Benarkah bunyi sorakan Ultras Malaya ” Singapore itu Anjing” ini bergema di Stadium Bukit Jalil?

—————————————————————————

WAJIB BACA : Rakyat Malaysia dapat ganti RM 500 000 jika Pencari nafkah keluarga meninggal dunia

—————————————————————————-

 

PROTON SUV bakal dilancarkan !

•November 27, 2012 • Leave a Comment

Bermula hari ini pameran automotif Beijing Auto Show 2012 bakal menampilkan sebuah model SUV hasil kerjasama antara syarikat automotif China iaitu Youngman dan Lotus. Bermula dari model konsep Proton MSX dan Lotus APX yang dipamerkan beberapa tahun dahulu, mungkin inilah hasilnya yang nampak tidak jauh berbeza dari segi rekaan luaran.

Memandangkan Proton masih belum mempunyai kenderaan dalam segmen SUV, model ini yang bersaiz lebih kurang Honda CR-V mungkin sesuai jika dibawa masuk ke Malaysia menggunakan lencana Proton. Reka bentuk menarik, tambahan pula rakyat Malaysia masih ternanti-nantikan kemunculan SUV pertama Proton, model ini dijangka bakal menerima sambutan menggalakkan.

SUMBER : http://www.arenakereta.com

———————————————————————-

ANTARA MENARIK & WAJIB BACA

———————————————————————

1- MAA Takaful vs Simpanan Haji – Mulakan simpanan dari sekarang

2- Dana Gantian Gaji RM 40 000 setahun selama 20 tahun jika suami meninggal dunia

 

Ahmad Jabari – Video footage saat – saat kereta di bom oleh Jet Israel

•November 22, 2012 • Leave a Comment

Serangan Jet Israel yang membunuh Ketua Sayap Tentera Hamas – Briged Izzedin Al Qassam – As Syahid Ahmad Jabari beserta pembantu dan anak beliau.

Rakaman menunjukkan pergerakan kereta yang dibom dari udara oleh jet Israel.

Semoga Allah mencucuri rahmah dan syurga ke atas mereka dan pejuang Palestin yang lain.

MAA Takafulink – Produk Takaful Terbaik 2009, 2010 & 2011 !

•July 25, 2012 • Leave a Comment

MAA Takafulink - Produk Takaful Terbaik 2009, 2010 & 2011 !

MAA Takaful telah memenangi Anugerah Produk Takaful Terbaik untuk kali ke – 3 berturut – turut di KLIFF !

Syabas !

MAA TAKAFUL control market share ( for investment linked product )

•June 25, 2012 • Leave a Comment

Salam,

Sy bangga menjadi salah seorang agen MAA Takaful kerana produk ini diiktiraf sebagai Produk Takaful Paling Cemerlang untuk 3 tahun berturut – turut dari 2009, 2010 dan 2011. Selain dari itu, produk ini juga ‘control the market share ‘ untuk 3 tahun berturut – turut juga.

Apa bezanya MAA Takaful dengan syarikat Takaful yang lain ? Banyak bezanya. Kalau agen syarikat lain menjual takaful kepada anda dengan plan RM 100 sebulan atau RM 200 sebulan, tidak bagi kami, kerana  “MAA Takaful mendidik anda bagaimana nak wariskan GAJI 20 TAHUN akan datang  kepada isteri / anak2 jika ditakdirkan suami hilang upaya bekerja selamanya dengan hanya menyimpan 7 – 10% dari gaji anda setiap bulan di tempat yang betul “

Itulah bezanya kami dengan agen syarikat takaful yang lain!

Jom join MAA Takaful !

Rahsia Buku Kuning….bukan BERSIH 3.0!!!

•May 29, 2012 • 4 Comments

Lihat Buku Kuning di bawah..buku BERSIH 3.0 ker ? Bukan….baca lagi… Dengan Buku Kuning di bawah ni, terdedah rahsia ( suspen ni ) :

1- Bagaimana seorang isteri boleh menerima nafkah hidup RM 2000 sebulan selama 20 tahun jika ditakdirkan suami beliau meninggal dunia disebabkan apa jua punca!

2- Bagaimana seorang suami yang ditakdirkan lumpuh, masih mampu mendatangkan gaji bulanan RM 2000 selama 20 tahun walaupun MAJIKAN beliau dah memberhentikan beliau kerja!

3- Bagaimana seorang anak yang ditakdirkan bapanya meninggal, masih boleh menerima pelaburan pendidikan RM 150 sebulan sehingga si anak berumur 18 tahun dan terus keluarkan dana tersebut utk tampung yuran pengajian Universiti!

4- Bagaimana sebuah keluarga, tidak perlu membayar BIL HOSPITAL mereka jika ditakdirkan masuk hospital untuk apa jua penyakit ( kecuali konginetal & sedia ada ) dan masih mampu menerima RM 50 – RM 200 sehari selama ditahan di Hospital. Bukan Hospital Kerajaan, tapi di lebih 110 Hospital Private di Seluruh Malaysia!

5- Bagaimana seorang hamba Allah yang bergaji RM 2500 sebulan, masih mampu MEWAKAFKAN RM 50 000 kepada sebuah sekolah Pondok di tempat beliau ( Pelaburan Akhirat ) jika ditakdirkan beliau meninggal dunia!

6- Rahsia bagaimana seorang ibu yg bergaji RM 3000 sebulan membayar bil hospital anak berjumlah RM 20 000 dengan hanya menggunakan RM 340 dari kredit card beliau!!!

Banyak lagi rahsia yang belum dideahkan di dalam Buku Kuning di atas.

Jika anda BERMINAT untuk mendapatkan Buku Kuning & keistimewaan2 yang sy listkan di atas, sila isi ONLINE FORM DI BAWAH

BORANG APPLICATION FOR PROPOSAL FREE

Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Pada Tahun 2020!!

•May 17, 2012 • Leave a Comment

Apa lagi yang boleh diharapkan dengan keadaan harga rumah di Malaysia terutamanya melibatkan bandar-bandar besar di Malaysia sekarang ini? Bukannya semakin menyenangkan rakyat Malaysia tetapi semakin membebankan dan adakalanya harga rumah di Malaysia yang ada ketika ini agak menakutkan.

  1. Kondominium One Menerung di Bangsar contohnya yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit
  2. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000

Apabila harga rumah sudah begitu mudah mencapai ke tahap nilai sebegitu, ia sudah bukan lagi harga yang mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Harga sebegitu rupa boleh dikatakan sudah menjadi “senaman mata” oleh rakyat Malaysia setiap hari yang kadangkalanya apabila melihat buat kali kedua boleh menyebabkan “sakit mata”. Hakikatnya, rakyat Malaysia yang tergolong daripada kalangan yang berpendapatan serdahana iaitu sekitar RM6,000 sebulan hanya mampu memandang sahaja.

————————————————————————————–

HOT TOPIC : RAKYAT MALAYSIA BOLEH DAPAT GANTI RM 30 000 SETAHUN JIKA DITAKDIRKAN PENCARI NAFKAH HLANG UPAYA BEKERJA !

————————————————————————————-

Senario kenaikan harga rumah untuk 5 tahun kebelakangan ini, bukan sahaja setakat berlegar di kawasan Lembah Klang malah sudah mula “berjangkit” di sekitar Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan tidak lupa juga di sekitar Semenyih. Contohnya :

  • Beberapa lokasi harga rumah teres baharu di Semenyih dengan keluasan 24×70 kaki (7×21 meter) kini sudah mencecah harga RM460,000. Anda mampu?
  • Harga rumah bersaiz 22×70 kaki sudah mencapai RM510,000. Anda mampu?
  • Harga rumah di Rawang pula untuk keluasan dijual pada harga sekitar RM288,000 (20×65 kaki). Anda mampu?
  • Harga rumah di Sungai Buloh bermain pada harga RM398,000 untuk keluasan 22×75 kaki. Anda mampu?
  • Lain-lain ada nak tambah untuk perkongsian semua?

Rata-rata kalau diperhatikan kalangan yang terdiri daripada golongan pertengahan lebih gemar memilih rumah teres disebabkan faktor keluasan pada harga yang mereka fikirkan pada harga masih lagi munasabah disebabkan “pilihan yang terhad”.

Jika harga rumah terus melambung tinggi tetapi pendapatan rakyat Malaysia masih tidak menunjukkan peningkatan yang seimbang, alamatnya impian golongan pertengahan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah teres bukan hanya tinggal angan-angan semata disebabkan keadaan menjadi lebih sukar apabila harga rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020 iaitu 8 tahun daripada sekarang

Kajian Harga Rumah Teres di Malaysia VS Pendapatan Rakyat Malaysia

Berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah :

  1. Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang walaupun berlaku krisis ekonomi
  2. Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur
  3. Harga rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020
  4. harga rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh 8 tahun lagi

Dan bagi menampung kemungkinan kenaikan mendadak harga rumah teres pada masa akan datang (2020), anda semua perlu mempunyai pendapatan sekitar RM12,000 sebulan bagi membolehkan anda  memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020. Berapakah pendapatan anda ketika ini? Anda perlu 8 tahun daripada sekarang untuk “memperbaikinya”…

Ini kami sentuh lebih kepada golongan yang berpendapatan sekitar RM6,000. Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang ini? Bagaimana pula keadaan orang muda yang berpendapatan sekitar RM1,500 – RM3,000 sahaja? Adakah anda semua sudah bersedia ke arah itu sekarang ini?

Cikgu rayu sumbangan RM 120 000 untuk pembedahan buah pinggang!

•May 4, 2012 • Leave a Comment

Pegawai kerajaan bukan semua FREE..pendek kata bila dah sakit…anda perlukan RM $$$!

Gaji Minimum Pekerja Swasta 2012. Semenanjung Malaysia (RM900 Sebulan @ RM4.33 Sejam). Sabah, Sarawak (RM800 Sebulan @ RM3.85 Sejam)

•May 4, 2012 • Leave a Comment

Hari ini adalah Hari Pekerja 2012. Semuanya bercuti pada hari ini. Pada asalnya ia lebih dikenali dengan nama Hari Buruh. Di mana hari buruh ini mula dirayakan di sekitar Australia dalam akhir tahun 1800 an. Tetapi kini terma buruh sudah lagi tidak sesuai digunapakai. Ini kerana semua pekerja tidak kira apa peringkat dan pangkat sekalipun, samada kakitangan rendah atau kakitangan atasan semuanya cuti rehat pada 1 Mei setiap tahun.

Masing-masing ada tanggungjawab dan peranannya yang tersendiri :

“Buruh dan majikan ibarat kulit dengan kuku”

Dasar gaji minimum pekerja swasta sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1949, tapi kadarnya masih terlalu rendah tetapi terus diguna pakai dalam kehidupan masa kini. Dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berjuang untuk menuntut dasar gaji minima pekerja swasta yang lebih adil. MTUC dalam tuntutannya menuntut RM1200 untuk gaji minimum sektor swasta di Malaysia.

————————————————————–

HOT TOPIC : Bagaimana isteri / anak boleh menerima gaji bulanan RM 2000 sebulan jika ditakdirkan suami hilang upaya bekerja selamanya

————————————————————–

Hakikatnya gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah sekarang ini

  1. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati bahawa 33.8% pekerja bergaji di bawah RM700 sebulan yakni di bawah paras kemiskinan kebangsaan, RM800 sebulan pada masa ini.
  2. Kajian oleh Bank Dunia pula menunjukkan bahawa sejak 10 tahun yang lepas, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh (real labour productivity) meningkat sebanyak 6.7% setahun.
  3. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan (distortion) dalam pasaran buruh yang mengekang peningkatan kadar gaji sedangkan produktiviti dan kos sara hidup meningkat dengan cepat.

Dan di atas semangat dan sumbangan besar daripada pelbagai peringkat inilah berpaksi kepada keadilan kepada peringkat bawahan ini, akhirnya kerajaan melalui pengumuman Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengumumankan butiran lengkap mengenai Dasar Gaji Minimum (Gaji minima) Pekerja Swasta 2012

Antara Butiran Pengumuman Gaji Minimum (Gaji Minima) Pekerja Sektor Swasta 2012

1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya

  • Majikan juga dibenarkan dan diberikan kelonggaran untuk menyerapkan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum
  • Maknanya di sini bukan semestinya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan boleh menawarkan RM900 (gaji pokok + elaun)

2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam

3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan

  • Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas
  • Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan
  • Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat statik dan akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa Ia bergantung kepada tingkat kemakmuran negara, daya saing nasional dan produktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada di atas garis kemiskinan negara.

5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?

  • Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara
  • Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung
  • Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak

Bagi kami ia satu permulaan yang baik. Cuma mungkin kami mencadangkan di sini jika ada penambaikan untuk dasar gaji minimum (gaji minima ) pekerja swasta pada masa-masa akan datang, mungkin boleh dipertimbangkan gaji minimum sektor swasta di Malaysia diselaraskan mengikut peringkat dan pencapaian masing-masing :

  1. Sijil = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
  2. Diploma = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?
  3. Degree = gaji minimum sekian – berapa gaji minimum yang sepatutnya ditawarkan majikan?’

Dan penawaran gaji seperti ini ini perlulah merujuk kepada kewangan dan jumlah keuntungan tahunan syarikat tersebut. Dan kalau boleh selepas ini dasar gaji minimum fokus kepada gaji pokok semata.

————————————————————–

HOT TOPIC : Bagaimana isteri / anak boleh menerima gaji bulanan RM 2000 sebulan jika ditakdirkan suami hilang upaya bekerja selamanya

————————————————————–

Cuma diharapkan buat masa ini, kerajaan memantau dengan lebih ketat lagi turun naik harga barang di seluruh negara, kerana ada kemungkinan majikan ini tiada keberatan untuk menaikkan harga barang tetapi harga barang akhirnya terpaksa dinaikkan sekali lagi ganda atas nama untuk menampung kos operasi. Kerajaan juga dalam pada masa harus mengawal kemasukan bilangan pekerja asing daripada masa ke semasa, dan tidak tunduk dengan “desakan” taikun-taikun ini atas nama “penjimatan”.

“Pimai-pimai Tang Tu Juga “

Dan besarlah harapan kami, kerajaan perlulah menumpukan gaji golongan profesional selepas ini kerana dilihat ramai pakar kita berhijrah ke luar negara disebabkan gaji di Malaysia masih rendah untuk golongan berpendidikan tinggi ini. Apatah lagi kos sara hidup di Malaysia masih lagi dilihat sukar untuk dibendung.

Untuk menjadi negara maju & berpendapatan tinggi menjelang 2020, Malaysia harus memanggil balik ramai pakar-pakar Malaysia di luar negara terutama pelajar-pelajar Malaysia yang berat hati mahu pulang ke Malaysia dan terus menetap di luar negara selepas habis pengajian universiti kerana terima gaji lumayan di negara orang.

Sumber : BeritaSemasa.com