Simpanan Haji : MAA Takaful vs Tabung Haji vs KWSP

Salam,

Ibadah Haji rukun Islam ke 5. Diwajibkan ke atas setiap insan yang berkemampuan bagi mengerjakan ibadah Haji. Sudahkah anda merancang untuk mengerjakan Haji dari sekarang ?

Langkah pertama yang anda boleh buat adalah dengan mendaftar nama anda di Tabung haji! Dan, anda akan lihat giliran anda akan tiba dalam tempoh 15 – 20 tahun akan datang.

Anda nak duduk sahaja menanti 20 tahun itu berlalu ? Jangan bazirkan masa yang diberikan. Kerana kelak setelah tiba giliran Haji anda 20 tahun akan datang, anda akan menyesal kerana kos menunaikan Haji pada masa itu bukan RM 12 000 – RM 14 000 seperti sekarang, tetapi ia akan naik sehingga RM 20 000 – RM 30 000 pada masa tersebut.

Apa sumber kewangan anda pada masa itu untuk mengerjakan Haji ? Simpanan sendiri ? KWSP ? Simpanan Emas ? Jual tanah? Jual rumah ? Perlu diingatkan, setiap insan yang belum mampu mengerjakan Haji, maka ia tidak DIWAJIBKAN ke atas mereka, tetapi jika tidak merancang dana Haji dari sekarang, maka memanglah TIDAK MAMPU kelak.

Satu – satunya sumber kewangan yang paling mudah adalah KWSP. Sekarang KWSP membenarkan ahlinya untuk membuka / mendaftar nama bagi Plan Haji mereka dan ini bermakna, selepas tiba giliran anda 20 tahun akan datang, anda boleh menggunakan duit KWSP bagi mengerjakan haji.

Cukup – cukuplah KWSP digunakan! Kerana KWSP adalah simpanan hari tua. Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata dana KWSP yang ada kelak bakal dihabiskan dalam tempoh 3 – 5 tahun selepas bersara. Mana tak begitu, hutang tak habis lagi, duit makan minum , melancong, anak nak kahwin dan bermacam2 lagi perkara yang akan mengikis dana KWSP anda!

Mulakanlah Simpanan haji anda hari ini!

Saya mengajak anda mula menyimpan bagi dana Haji dari sekarang. Masalahnya, apakah instrumen kewangan yang paling efektif untuk memulakan simpanan Haji ? Di bawah sy bandingkan 3 instrumen kewangan yang berada di pasaran iaitu MAA Takaful Hajj vs Tabung Haji vs ASB.

7 perkara yang anda ‘miss’ atau ‘terlepas’ jika anda simpan di Tabung Haji / ASB berbanding MAA Takaful Hajj!

1 – Khairat Kematian RM 2 000 dengan MAA Takafulhajj ( di bayar dalam 24 jam  )

– Setakat info terkini, ASB masih menyediakan khairat kematian untuk ahli manakala pencarum Tabung Haji / KWSP tidak menyediakan khairat untuk ahli.

2 – Dana Talian Hayat Keluarga RM 80 000 – RM 1 juta bersama MAA Takafulhajj ( bergantung kpd plan yg diambil )

– Tabung haji / KWSP / ASB tidak menyediakan sebarang bentuk pampasan jika berlaku kematian keatas peserta. Yang ada hanyalah simpanan terkini di dalam akaun masing – masing. Dari segi warisan, MAA menyediakan HIBAH iaitu hadiah 100% nilai pampasan kepada waris  yang dinamakan ketika peserta mendaftar MAA Takafulhajj.

– ASB baru menyediakan perkhidmatan PENAMA ini, dulu tidak ada. Jika berlaku kematian, waris terpaksa pergi ke pejabat ASB negeri bagi menuntut wang terbabit dan wang tersebut hendaklah difaraidkan, bukan 100% milik isteri / anak2.

3 – Dana Sokongan Hilang upaya RM 80 000 – RM 1 juta bersama MAA Takafulhajj ( bergantung kpd plan yg diambil )

– Dalam tempoh menyimpan dari semasa ke semasa, jika ditakdirkan peserta hilang upaya bekerja selamanya disebabkan apa jua punca, MAA Takafulhajj akan memberikan sekurang2nya RM 80 000 ( Plan simpanan RM 100 ) kepada peserta sebagai dana sokongan hidup. ASB / KWSP / Tabung haji tidak memberikan apa2.

4- Dana Sokongan 46 penyakit kritikal – Dalam tempoh menyimpan, jika peserta disahkan mengidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, MAA Takafulhajj menyediakan sejumlah dana dari RM 20 000 kepada peserta sebagai tabung bagi pelbagai tujuan seperti rawatan dan ubat – ubatan. ASB / Tabung Haji tidak menyediakan dana ini. KWSP membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian dana dari akaun 2 bagi tujuan merawat penyakit kritikal tetapi dana tersebut di ambil dari akaun simpanan, bukan pampasan khas dari KWSP.

5 – Simpanan PERCUMA ahli ditanggung oleh MAA Takafulhajj jika mengidap salah satu dari 46 penyakit kritikal. Perkhidmatan ini tidak disediakan oleh Tabung Haji / ASB / KWSP.

6 – RM 5000 badal Haji dengan MAA Takafulhajj jika ditakdirkan peserta meninggal dunia. Dengan dana ini, waris boleh gunakan sebagai upah haji, buat qurban dan tahlil. Di ASB / KWSP / Tabung Haji, tiada dana badal haji diberikan.

7 – Apabila sampai waktu matang dalam tempoh 20 tahun, MAA Takafulhajj memberikan pulangan pelaburan terkumpul berjumlah RM 30 000++ berbanding Tabung Haji RM 25 000 ++. ASB memberikan lebihan pelaburan sebanyak RM 35 000 tetapi ia tidak menyediakan segala bentuk perlindungan seperti dibincangkan di atas. Potensi pulangan MAA Takafulhajj adalah lebih besar di mana pulangan boleh mencapai sehingga 25% setahun manakala ASB memberikan pulangan maksimum sekitar 9% setahun walaupun dalam keadaan ekonomi baik.

Tujuan perbandingan ini hanyalah bagi menjelaskan beberapa manfaat penting agar pelabur memilih instrumen pelaburan dana Haji yang betul dan memberikan pulangan maksimum disamping perlindungan ke atas pelaburan tadi.

Jika berminat dengan MAA TakafulHajj, boleh hubungi Yuzairi Yunus 017 427 6046

~ by alibara on April 5, 2012.

15 Responses to “Simpanan Haji : MAA Takaful vs Tabung Haji vs KWSP”

  1. 1. bukankah setiap wang simpanan/apa2 sj jenis harta perlu difaraidkan. penama hanyalah pemudah cara. tugas penama adalah untuk menuntut dan membahagikannya ikut faraid…

    2. adakah pulangan yang tinggi itu, setelah ditolak zakat. tinggi pulangan, tinggi juga zakatnya.

    3. tawaran yang lain adalah menarik….

    • Salam, dalam takaful, ada 2 jenis warisan harta yg boleh disetkan semasa peserta hidup. Wasi – Wasiat, harta / pampasan takaful wajib difaraidkan. Kalau tidak, penama akan tanggung dosa di akhirat kelak sbb makan harta bukan milik beliau. HIBAH – Hadiah dari suami kpd isteri. 100% pampasan takaful layak menjadi milik isteri tanpa boleh diganggu gugat oleh mana2 pihak!

    • Pulangan tinggi pelaburan mana2 pun wajib ditolak zakat pelaburan. Ini tak jadi isu.

  2. salam…sedikit update…….HIBAH manfaat takaful dapat membantu waris menyelesaikan proses faraid harta pusaka secepat mungkin…sebagai contoh, apabila tuntutan manfaat dibuat complete semua document, pihak takaful perlu membuat bayaran secepat mungkin kepada pewaris sebagai contoh penama diHibahkan kepada isteri…..apabila isteri dapat duit takaful…isteri bolehlah menyelesaikan hutang si mati dan secara tidak lansung proses faraid selesei dengan secepat mungkin.

    azlan
    012-3685844

  3. Salam’minta izin utk guna maklumat yg anda berikan utk sebaran Maa Takafulink hajj sy.

  4. Saya juga ingin pinjam utk promo maa saya. Terima kasih.

  5. Salam

    Anggaran 30000+ tu selepas dah tolak yuran Wakalah ke?

  6. slm..if kita nk terminate simpanan kita tu mcm mne?bleh dpt 100% ke cmne?

    • Semua ni boleh plan, nak dapat return more than 100% boleh, nak dapat 60-70% ( beserta coverage takaful yg tinggi )..pun boleh..

  7. Reblogged this on Rancang Wang and commented:

    Jom rancang perjalanan haji anda…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: