Pendapat mengenai Pinjaman ASB

Ini adalah kadar pulangan ASB sepanjang tahun-tahun lepas,
Year — Dividend(%) — Bonus(%)
———————————————-
1990     8.0                 6.0
1991     8.5                 4.0
1992     7.5                 5.0
1993     9.0                 4.5
1994     9.5                 4.5
1995     10.0               3.0
1996     10.25             3.0
1997     10.25             1.25
1998     8.0                 2.5
1999     10.50             1.5
2000    9.75                 2.0
2001     7.0                 3.0
2002     7.0                 2.0
2003     7.25                 2.0
2004     7.25                 2.0
2005     7.25                 2.0
2006     7.20                 1.5
2007     7.30                 1.25
Dalam menilai pulangan dari ASB, adalah penting untuk anda memahami, pengiraan dividen dan bonus untuk pelaburan ASB adalah berlainan sama sekali. Hanya kerana PNB umumkan dividen 7.30% setahun dan bonus 1.25%, anda TIDAK BOLEH merumuskan bahawa dividen ASB adalah bersamaan 8.55% setahun.
Ini kerana, dividen ASB dibayar mengikut baki purata sepanjang 12 bulan lepas, manakala bonus ASB dibayar mengikut baki purata sepanjang 120 bulan (10 tahun) lepas. Bonus 1.25% itu hanya akan dapat penuh, jika baki purata anda kekal tidak berubah sepanjang 120 lepas. Jika anda baru melabur tahun lepas, sudah pasti bonus yang diperolehi BUKAN 1.25%, sebaliknya sekitar 0.1% sahaja (sangat kecil).
PROMOSI TAKAFUL
—————————————
Kedua, tentang pakej pinjaman ASB. Secara umumnya orang guna 3 jenis pinjaman berbeza untuk pelaburan ASB mereka.
1) Compounded Interest Term Loan (mcm loan rumah). Ini banyak diiklankan oleh bank komersial spt RHB, Maybank dan CIMB, mengikut kadar BLR.
2) Flat-rate Personal Loan (mcm loan kereta). Ini banyak dilakukan oleh sesetengah orang yang ambil personal loan dari Bank Rakyat, MBSB atau koperasi lain, kerana menyangka interest personal loan, lebih murah dari Term Loan bank di atas.
3) Overdraf ke atas cagaran ASB. Ini banyak dilakukan oleh sesetengah orang yang setelah ambil personal loan, mereka laburkan ke dalam sijil ASB dan kemudiannya mencagar sijil itu ke RHB untuk mendapat kemudahan overdraf untuk pelaburan lain.
Ketiga-tiga jenis pinjaman ini, dikira secara berbeza. Term Loan dikira secara compounded interest bulanan (APR rate), personal loan dikira secara straight-calculation (nominal rate), manakala Overdraft dikira secara daily rate (mengikut baki harian).
Di antara term loan dan personal loan, kadar interest manakah yang lebih mahal?
Bila nak buat perbandingan, anda TAK BOLEH banding secara kasar saja. RHB offer ASB loan terkini pada BLR – 1.25% = 5.5% setahun (based on APR rate). Kadar interest sebenar boleh berubah mengikut BLR.
Bank Rakyat offer loan pada kadar tetap untuk kakitangan awam pada kadar nominal 5.9% setahun. Untuk swasta yang guna post-dated cek, kadar nominal 6.9% setahun. Kadar nominal ini adalah KADAR PADA NAMA SAHAJA. Ia BUKAN KADAR SEBENAR (APR).
===============================================
WAJIB BACA
===============================================
Kalau anda convert kadar nominal personal anda kepada kadar sebenar APR sama macam Term Loan bank (supaya perbandingan setara epal dengan epal), anda akan mendapati kadar sebenar personal loan anda hampir 2x ganda!! Ini bermakna, interest sebenar personal loan anda adalah sekitar 10%-12% setahun, hampir 2x kali lebih tinggi dari kadar interest term loan bank.
Sebagai contoh, kalau anda MASIH TAK PERCAYA, ambil loan RM50,000 untuk 10 tahun.
Interest term loan 10 tahun = RM 15,115.60 (at 5.5%)
Interest personal loan 10 tahun = RM 29,500 (at 5.9%)
Jadi, samada anda nak pilih term loan bank, atau personal loan bank rakyat, fikir dengan baik. Jangan buat keputusan terburu buru tanpa melihat pengiraan terlebih dahulu. Ingat! FIGURES NEVER LIE.
———————————————-
Untung atau rugi ASB ini, bergantung kepada bagaimana anda melihat skim tersebut. Dalam kebanyakan perbandingan, ramai orang terlupa nak ambil kira faktor interest loan dan kenaikan BLR. Mereka hanya nampak nilai pelaburan ASB selepas matang 10-20 tahun sahaja.
Pada mereka ini, melabur guna loan asb dan melabur guna duit sendiri, tanpa guna loan adalah sama, kerana mereka melihat dari segi jumlah wang yang keluar dari poket mereka, tanpa mengambil kira faktor interest dan kenaikan BLR.
Tu yang kekadang kita lihat, penggemar ASB loan akan sentiasa menyokong penggunaan loan, tak kira berapa kadar interest, kerana pada mereka, kononnya mereka boleh jana duit dengan menggunakan duit orang (duit bank). Mereka langsung tidak menyedari bahawa, yang sebenarnya bank GUNA NAMA MEREKA untuk labur ke dalam ASB, pelaburan tanpa risiko yang beri pulangan jauh lebih tinggi dari Fixed Deposit dan Bon. Interbank deposit rates pun tak beri pulangan setinggi 7% setahun.
Tapi kalau anda fikirkan betul-betul, kalau anda untung buat asb loan, takkan bank pulak yang rugi? Bank tidak akan perkenalkan produk yang buat mereka rugi, betul tak? Habis kalau bank yang untung, takkan kita pulak yang rugi? Kalau interest 5.5% setahun anda kira masih untung, bagaimana kalau kadar interest naik kepada 10% nanti? Adakah anda masih untung? Ni lah soalan yang ramai penggemar loan ASB terkebil-kebil nak jawab, sebab pada mereka, asal guna ASB loan, untung sampai kiamat.
Sebenarnya, dalam pelaburan ASB menggunakan loan ini, kedua dua pihak untung. Bank untung sikit, anda pun untung sikit. Dividen yang anda perolehi dari ASB, akan dihakis sebahagiannya menjadi interest loan bank. Bila anda pinjam RM50,000 untuk ASB loan, memang la anda bayar balik RM50,000, tetapi sebahagian dividen ASB, anda kongsikan kepada bank dalam bentuk interest, kerana mereka advancedkan dulu duit mereka.
Sebagai perbandingan, mari kita lihat contoh ini.
  • Loan amount: $50,000.00
  • Loan tenure: 10 years or 120 months
  • Interest rate: 6.25% per year or 0.5208% per month
  • ASB returns: 7% per annum or 0.5833% per month
  • Inflation is disregarded
  • Time Value of Money Formulas are used
  • All dividend incomes are not withdrawn at all
  • Interests and ASB dividends are compounded monthly
  • Monthly repayments = RM 561.39
    Total payments = RM 561.39 x 120 months = RM67,366.80
    Jumlah interest berbayar = RM67,366.80 – RM50,000 = RM17,366.80
    ASB RM50,000 yang dilabur dari awal tahun 1, bulan 1, selama 10 tahun (120 bulan)
    RM50,000 pada kadar 0.5833% sebulan
    Baki selepas 10 tahun = RM 100,479.07
    Untung = RM100,479.07 – RM67,366.80 (modal asal) = RM 33,112.27
    Jika anda tak guna loan (kerana tak suka berhutang), sebaliknya melabur sendiri RM 561.39 setiap bulan terus ke dalam ASB,
    Baki ASB selepas 10 tahun = RM 97,165.94
    Untung = RM 97,165.94 – RM 67,366.80 (modal asal) = RM 29,799.14
    Dari pandangan kasar, memang nampak melabur guna ASB loan memberi keuntungan lebih sedikit dari melabur sendiri (RM33,112.27 berbanding RM29,799.14). Tetapi, hasil ini adalah berdasarkan assumption yang telah dinyatakan dari awal tadi.
    Tetapi yang perlu anda ingat sebagai pelabur ASB, adalah risiko kenaikan interest (BLR). Kalau 1 tahun anda membayar RM 561.39 sebulan, Total payment = RM561.39 x 12 bulan = RM 6,736.68.
    Masuk tahun 2, interest loan ASB naik kepada 8% setahun, kerana kenaikan BLR (untuk kawal inflasi yang naik lagi), monthly repayment terbaru anda sepatutnya menjadi = RM 600.71 sebulan (berdasarkan baki terkini selepas 1 tahun bayaran).
    Total payment untuk baki 9 tahun lagi = RM 600.71 x 108 bulan
    = RM 64,876.68
    Total payment (modal asal) selama 20 tahun
    = RM 6,736.68 + RM 64,876.68
    = RM 71,613.36
    Ini menyebabkan keuntungan anda berubah kerana kenaikan interest BLR
    RM100,479.07 (baki ASB selepas 10 tahun) – RM 71,613.36 (modal asal)
    Untung selepas kenaikan interest = RM 28,865.71
    Hasil = Dah lah kena bayar lebih RM600.71 sebulan, untungnya lebih rendah berbanding orang yang labur sendiri RM561.39 sebulan. Semuanya gara-gara kenaikan interest loan ASB.
===============================================
WAJIB BACA
===============================================
  • PALING MALANG SEKALI :-
Bila anda tak arif tentang kewangan / pakej pinjaman, loan ASB dah naik kepada 8% setahun, tapi anda masih bayar bulanan ikut interest 6.25% dulu (iaitu masih bayar RM561.39 sebulan, berbanding RM600.71 sepatutnya) kerana bank tak suruh anda tambah bayaran setelah kenaikan interest, loan ASB anda bukan selesai dalam 9 tahun (selepas kenaikan interest pada tahun ke2), sebaliknya akan selesai dalam masa 10 tahun (extra 1 tahun menjadi total 11 tahun, berbanding 10 tahun kontrak asal).
Ini kerana, anda membayar bulanan lebih rendah dari yang sepatutnya, menyebabkan lebih banyak ansuran bulanan anda dihakis oleh kenaikan interest.
Jadi, total payment yang sepatutnya menjadi RM71,613.36, menjadi RM73,818.38 kerana anda tak adjust jumlah monthly repayment selepas kenaikan interest.
Dah lah kena bayar sampai 11 tahun, ini menyebabkan keuntungan anda (RM 26,660.69) jauh lebih rendah dari keuntungan orang yang labur sendiri RM561.39 sebulan selama 10 tahun sahaja (untung RM 29,799.14).
KEPUTUSAN SAYA
———————-
Memandangkan dari pengiraan dan scenario di atas, kita dapat lihat perbezaan keuntungan orang yang labur guna ASB loan dan orang yang labur sendiri terus ke ASB tanpa loan, tidak banyak bezanya (RM33,112.27 berbanding RM29,799.14), dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu (kenaikan minyak dan kenaikan inflasi), risiko kenaikan interest (BLR naik) pada masa akan datang, membuatkan pilihan kedua, iaitu melabur terus ke ASB tanpa guna loan, nampak JAUH LEBIH SELAMAT. Figures never lie!
Perlu diingatkan, analisis di atas akan memberi hasil yang berbeza, jika input yang diguna-pakai berubah. Jika terdapat sebarang kesilapan, sila email saya semula untuk pembetulan.

36 Responses to “Pendapat mengenai Pinjaman ASB”

  1. a good article… hopefully reader will have a better understanding after reading this…. keep up the good job !

  2. roje2…tq 4 da article. nyaris2 jugak la sy nak TER`ambil` loan ASB thru bank !
    keep it up bro !!!

  3. sy rasa pengiraan ni tak tepat..sbb pengiraan tak termasuk dgn dividen yang diperolehi setiap tahun..sbb kalua simpan sendiri pasti dividen tak banyak contoh tahun pertama hanya boelh simpan RM6000 so dividen dpt brpa? berbanding kalau ambik loan dgn bayaran RM6000 setahun dlm RM100,000 maka dividen saja dah dpt RM7000 lebih..

    • En Ismail,

      Banyak pro and kon, bergantung pada kegunaan dan cara mengurus dana tersebut. Nanti kita boleh bincang lagi.

  4. saya ada ambil 2 loan rm 10,000 utk 10 thn dan 25 ribu utk 15 thn..pd pendapat saudara adakah saya mendpt untung @klu saya jual balik loan asb tu adakah saya lbh beruntung…hrp dpt penjelasan krn saya x arif dlm masalah ini.

  5. Blur..

  6. sy rase pndapat kamu salah..kamu cuma mlihat dr satu jumlah dan teori shj..malah amat menguntungkn jika diambil kira jumlah angka ygg optima dlm profit calculation..yg penting mesti diketahui BLR loan ASB tk mungkin mlebihi dividen ASB..apa sbbnya spatutnya peka pd dasar goverment..tq

    • Tak semestinya pendapat sy betul. Ia akan jadi rugi jika kadar interest meningkat lebih dari return dari ASB. Mungkin pada masa sekarang interest berada di lingkungan 5-6%, ia menguntungkan dari segi peserta menggunakan semula return dari ASB utk bayar bulanan bank.

      • Bagus. Pro. Sanggup trima kritikan org tnpa melnting. X mcm stengah blogger.

      • Semua pendapat tiada yg salah dan betul…mengikut kajian masing2 dan pandangan tuan2 dari sudut yg berbeza. Tiada masalah.

    • maaf cakap – interest bank memang pernah lebih dari kadar untung ASB. Saya pekerja bank rimau – saya masih ingat di tahun2 90an – BLR mencapai kadar 8% .. mana yg buat loan rumah dan asb masa tu sgt terasa kesannya. tapi at least zaman tu ASB punya return tak lari dari 10%.. , lepas dari zaman millenium.. perhatikan pulangan ASB start menurun..! jadi jgn ingat blr bank takkan naik melebihi kadar keuntungan ASB ya. segala tak mustahil.

  7. boleh bagi info untuk buat pembatalan loan asb x??? rugi sangat buat loan ni!!!

  8. Loan ASB untung sebab FORCED SAVINGS.

    Contohnya kiraan di atas, rasanya berapa peratusan orang boleh menabung RM561.39 setiap bulan selama 120 bulan?

    Manakala ambil loan ASB, apapun lepas tahun pertama dah boleh menikmati pulangan dividen RM3500 contohnya.

    Jadi menabung sendiri pun terdedah pada risiko utama:
    1. Tiada forced savings (duit pakai benda lain)
    2. Risiko dividen ASB turun (samalah dgn loan)

    Dividen dikira atas average monthly balance over 12 months.

    Cuba lihat begini aje, tahun pertama loan dividen RM3500 vs tahun pertama tabung sendiri, dividen kurang dari RM400.

    Bayar sama je RM561.39 sebulan.

    • Salam,

      Saya setuju dengan konsep force saving. Bila dah buat loan, mmg nak tak nak kena bayar la, betul ? Force saving ni lebih kepada attitude. Kalau anda mempunyai komitmen tinggi ke atas perancangan kewangan semasa dan masa depan, tak perlu buat loan utk force saving.

      Saya tak kata pelaburan loan – ASB ni totally out, tapi akan jadi rugi bila keadaan tertentu berlaku ke atas kadar BLR semasa dan juga ekonomi amnya.

      Kalau sekarang dividen 7% ASB boleh cover payment utk loan pada BLR semasa, masa depan belum tentu lagi kalau BLR melonjak naik disebabkan pelbagai faktor.

    • Lagi satu problemnya…setiap tahun dividen dapat dan pemegang akaun kena ambil duit ni utk bayar balik loan utk tahun berikutnya..ini pun problem juga sbb ramai orang akan gelap mata…duit dividen, pemegang akaun ada hak 100% utk guna beli apa sahaja…so kalau dividen ni diguna pakai, pemegang akaun kena guna duit sendiri utk cover payment tahun berikutnya…ini yang masalanya..

  9. Saya simpulkan bahawa penulis tidak menyokong asb loan atau pembiayaan. Saya tidak setuju

    Mengikut pendapat saya pembiayaan asb pasti mendapat lebih keuntungan berbanding dgn menyimpan sendiri. Cth buat pembiayaan asb rm200k selama 25tahun, monthly repayment rm1050 (kalau xsilap). Tahun pertama asb dividen 10%(contoh), sudah dpt rm20k..
    Kalau simpanan sendiri rm1050 selama setahun bersamaan rm12600.keuntungan tahun pertama asb 10%(cth) cuma rm1260…

    Jd nk pilih utg rm20k atau rm1260 je.

    Untuk risiko BLR pulak, jikalau BLR akan datang terlalu tinggi lebih drpd dividen asb, kita boleh cancel kan loan sbb duit loan kita x guna kan langsung. Mungkin ada penalty fees la tp murah je rasanya klu ada

    Risiko rendah, kalau pandai main risiko tiada. (Dalam keadaan ekonomi sekarang)

    Yang penting kita kena cek hukum dlm islam tentang asb loan ini..

  10. Saya start buat ASB loan sejak 2007.. Masa tu first time buat ASB loan.. Dia punya Loan interest rate lebih tinggi berbanding sekarang… Kemudian saya ambil lagi loan pada 2009 dan yg terkini pd Oct 2012.alhamdulillah loan yg pertama dah lama habis, loan kedua dah tinggal setengah, loan yg ketiga dah mula bayar…. Saya ambil loan sebab saya yakin dengan cara ini saya mampu menyimpan… Bagi saya yg paling penting adalah pandai jaga payment… Bayar lebih setiap bulan, sementara BLR masih rendah…. Bila dapat dividen dan bonus, biarkan saja… Duit itu hanya akan digunakan jika keadaan benar benar memerlukan sahaja… Ramai kawan kawan yg bersikap pemboros dan tak pernah ada saving langsung dah ikut jejak langkah saya…

  11. salam,

    sekadar ingin berkongsi.

    saya lihat buat loan asb ini ada untung dan ruginya. tengok kepada cara setiap individu.

    contoh.

    individu A bulan loan rm100k dalam tempoh 25 tahun.
    bayaran yang dikenakan sebulan dalam rm580
    dalam setahun rm580 x 12 = rm6960
    dividen dibayar paling kurang 0.75 which mean rm7500
    maka individu A untung at least rm540 setahun selama 25 tahun
    walaupun sikit masih untung lagi

    individu B bulan loan rm100k dalam tempoh 20 tahun
    bayaran yang dikenakan sebulan dalam rm657
    dalam setahun rm657 x 12 = rm7884
    dividen dibayar annually paling kurang 0.75 which mean rm7500
    maka individu B rugi rm384 setiap tahun selama 25 tahun

    *melainkan individu B tidak pernah mengambil dividennya setiap tahun dan dibiarkan dalam akaun pengiraan akan menjadi lain pula

    so, untung atau rugi semuanya bergantung pada kita.

  12. Jadikn asb sebgai satu channl untuk mendisiplinkn dri myimpn sje.sy da berjy..anda bile lg..

  13. Sebagai langkah mendisiplinkan pembayaran hutang.. Kita tak akan rugi. cuma untung aje yang kurang. Ok ape nnt da tua kt blh dpat duit tu bulat2. Keselamatan pon terjamin.

  14. Saya x berapa faham, bagaimana pengiraan baki pinjaman kalau kita bayar lebih untuk ansuran bulan pinjaman? adakah bayaran pokok akan dikurangkan atau dikira kita bayar pokok dan interest bulan berikutnya in advance?

  15. Pendapat saya ASB loan lebih menguntungkan dari simpan sendiri atas fakta2 berikut;
    i) Teori Penggandaan – Prinsipal pinjaman + Dividen akan menjadi lebih besar dari tahun ke tahun berbanding pengumpulan prinsipal sedikit-sedikit melalui simpanan sendiri
    ii) Sepanjang 23 tahun sebelum ini, tidak pernah sekali pun % interest melebihi % dividen yang diisytiharkan..Seperti kata penulis fakta tidak pernah menipu..
    iii) Selalunya interest ASB yang ditawarkan adalah – BLR..Katalah rate 6.5% akan tolak lagi 1.65% (kadar BLR sekarang)…

    iv) Katalah pada tahun ini atau tahun yang akan datang, tiba2 interest meningkat lebih besar dari % dividen..TAK ADA MASALAH..Boleh terminatekan loan ASB kita…Sekarang banyak bank dah offer loan tanpa sebarang penalti untuk terminate loan…DAN waktu itu kita dah pun enjoy dividen selama beberapa tahun..Nanti bila % interest turun loan balik semula…Bukannya ada processing fee pun..Kalau bayar stamping pun baru berapa ringgit je..Tu pun kalau ada..

    v) Saya sendiri telah cuba kedua-dua kaedah..Satu ambil loan 200K (bayar RM1,194 sebulan) dan satu lagi saya dan isteri simpan another RM1,000 sebulan dalam akaunnya..Yang pasti setakat 5 tahun saya berbuat demikian, perolehan bersihnya sangat lah jauh berbeza..

  16. Salam,

    Sy telah melakukan kajian ini lebih kurang 2 tahun yg lepas. Keberkesanan pada masa skrg mungkin berbeza dgn yg lepas..harap2 anda dapat mencari method terbaik utk invest dalam ASB ni…

  17. Kalau bank naik kan BLR utk asb loan mereka pun tak praktikal sebenarnya, sebab ramai org akan surrender asb loan mereka, jadi bila ramai org surrender asb loan mereka, pihak bank pun akan rugi dari segi interest. katakanlah 1 juta peminjam ASB loan, dah berapa interest bank dapat .

  18. Bagaimana kalau kita buat personal yg fix interest rate untuk mengurangkan risiko kenaikan BLR. Adakah keuntungan masih berbaloi berbanding melabur sendiri tanpa pinjaman.

    • Kalau fix rate, senang kira dan kurangkan risiko masa hadapan..

      • Good

      • Loan asb kalau kita pandai uruskan ia akan jd berbaloi..saya ada buat pinjaman asb max rm200k..saya akan bayar jumlah pinjaman lum sum gunakan dividen..baki divideb dlm rm2000 tuh saya gunakan utk insuran hayat..saya cuma carum utk setahun shj..saya tidak mengharapkan untung rugi..apa yg penting masa saya bsara ada duit saving rm200k walaupun pada masa tuh nilainya rendah kerana saya menabung hasil dari dividen dan masa yg sama ada insuran percuma hasil dividen juga..

  19. Saya pun sependapat seperti di atas. Menjana simpanan menggunakan dividen untuk buat bayaran balik ke bank. Hanya keluarkan modal untuk tahun pertama sahaja, Yang penting habis tempoh pinjaman saya dah ada sejumlah wang yang membolehkan saya pencen dalam keadaan yang agak selesa. Terpulang pada keperluan masing2.

    • Pada pendapat sy…apapun yg kita buat,disiplin kena ada…Bank kalu buat sesuatu tentu memberikan keuntungan pd bank..Sy memilih untuk simpan asb sendiri tanpa pinjaman..sbb semua tertakluk kpd terma dan syarat bank…jgn lupa…

  20. saya ada membuat loan asb bermula tahun 2007 sebanyak rm10000 selama 13 tahun bulananya rm97,baki loan yang perlu saya bayar ada lagi lebih kurang rm6500,sekiranya saya ingin menjelaskan kesemua baki tersebut berapa perlu saya bayar adakah rm6500 ataupun kurang dari itu,walaupun sudah dijelaskan kesemua pinjaman tersebut adakah saya perlu tunggu tempoh matang untuk mengeluarkan kesemua simpanan saya tersebut…..mintak pertolongan otai2 jelaskan,terima kasih….

  21. Salam semua.

    Macam-macam pandangan,ada yang betul dan ada yang perlu diperbetul.

    Bloger mempromosikan Takaful Investmentlink pelan, manakala yang lain ada pelabur ASB, ADA anti ASB, Ada yang setuju dan ada yang tak bersetuju.

    Pada saya, apa yang bloger promosikan adalah satu bentuk pelan perlindungan (takaful), dan dalam masa yang sama pelan perlindungan tersebut juga mempunyai elemen pelaburan.

    ASB adalah satu bentuk pelaburan dan ianya tidak menawarkan perlindungan.

    Justeru, sekiranya anda ingin membuat perbandingan, ianya perlu menggunakan asas yang sama. Jangan salah membuat perbandingan, silap kata, boleh mengundang perhatian Bank Negara!

    Tentang ASB, kalau anda buat loan daripada bank konvensional (yang tidak patuh shariah), jawapannya senang sahaja; hentikan….niat yang baik tidak akan menghalalkan cara

    Tentang ASB ni pula ada anda macam macam pendapat..anda carila ye…

  22. HeLLOo..friend,member,geng,dato,vip,brother,&bro-bro semua..cuba kita fikir masak-masak,ringkas je..buat loan ASB RM10,000 Tempoh 4thn,bulanan RM232 selepas tahun pertama dpt dividen.Biarkan dividen dpt RM1,000 boleh cover bayar 4bulan sahaja.Lagi 8bulan anda bayar.Tetapi anda tetap tunggu 4thn baru dpt sijil RM10,000 kemudian appy lagi loan ASB RM10,000 utk 4thn.Kenapa pihak bank marah@tk digalakkan loan ASB

Leave a comment