Pentingnya Merancang Kewangan

 Pentingnya Merancang Kewangan

Oleh Yuzairi Yunus

 

Kesilapan besar yang dibuat oleh ramai individu adalah mereka merancang perbelanjaan bagi RM 10 000 tetapi hanya menerimagaji RM 5 000 setiap bulan”

Dengar saja perkataan perancangan kewangan, rami yang tidak berminat dan tidak mengambil perhatian kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam benak fikiran mereka sejak menerima gaji yang pertama. Ramai juga yang beranggapan, perancangan kewangan atau financial planning ( FP ), adalah untuk mereka yang kaya raya dan mempunyai lebih duit setiap bulan dari gaji mereka. Tetapi, setiap individu, baik kaya atau miskin, wajib merancang kewangan mereka agar tidak terjerus dalam lembah hutang tak berbayar, kaya tapi belum dapat harta dan kais sebulan makan seminggu. Orang yang bergaji RM 2000, rancang wang mereka berdasarkan RM 2 000, orang yang bergaji RM 7 000, rancang wang mereka berdasarkan RM 7 000.

Rancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan. Kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, yang baik atau buruk, yang perlukan wang keluar atau wang masuk dan macam – macam lagi. FP juga boleh membuatkan anda berada disituasi sebenar, tidak berada di awangan, dan ini dapat membuatkan anda tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

Dalam sebulan, berapa kali anda berbelanja dan mengeluarkan duit ? Berapa kali anda membeli barang keperluan? Anda tahu berepa jumlah hutang anda ? Anda tahu berapa ringgit sebulan anda belanjakan untuk minum teh tarik dikedai mamak ? Dan yang penting, adakah anda tahu yang anda sudah berbelanja lebih dari kemampuan ?

Adakah anda mempunyai wang bagi menampung kos pendidikan IPT anak – anak anda ? Adakah anda mempunyai dana yang mencukupi bagi menampung kehidupan anda selepas bersara untuk tempoh 20 atau 3o tahun selepas bersara ? Adakah anda tahu bahawa hutang anda akan habis sebelum anda bersara atau sebaliknya ? Jika hutang masih berbaki selepas bersara, adakah anda mempunyai sumber untuk membayarnya selepas bersara ? Nak bayar dengan wang KWSP atau Pencen ?

Tiada siapa di dunia ini berminat merancang kewangan sehinggalah mereka terjerumus ke lembah perangkap hutang. Dan yang lebih buruk, manusia lebih berminat untuk merancang dan mengumpuk koleksi hutang.

Keperluan Merancang Kewangan

Tanpa perancangan kewangan yang teratur dan padat, ramai orang sentiasa dibelenggu dengan masalah kewangan. Pernahkah anda melihat rakan atau saudara yang bergaji lebih besar dari anda, tetapi menanggung hutang sebesar gunung ? Perancang kewangan pernah kata, bukanlah gaji besar yang menjadi persoalan, tetapi berapa banyak dari gaji anda yang boleh anda simpan, menjadi penentu kehidupan anda masa depan. Ramai orang diluar sana, yang bergaji rendah dari anda, hanya berhutang rumah dan kereta sahaja, tidak memiliki kad kredit, tidak membuat hutang peribadi. Tapi mereka masih dapat hidup walaupun gaji mereka kecil dari anda. Kerana mereka merancang. Mereka berbelanja di dalam lingkungan kemampuan gaji mereka. Tidak lebih. Sedangkan anda berbelanja diluar kemampuan gaji anda. Tidak pernah kurang, sentiasa lebih. Sebab anda tidak merancang.

Tekanan Kadar Faedah

Bank – bank menjadi kaya dengan kadar faedah. Walaupun mereka melaungkan kadar faedah rendah, tetapi mereka kaya dengan kadar faedah rendah tersebut. Kesan kadar faedah membuatkan kos pembelian barangan berlipat kali ganda apabila tempoh pembayaran dipanjangkan. Harga asal barang yang dibeli, menjadi 2 atau 3 kali ganda selepas habis pembayaran dibuat.

Jika anda membeli komputer riba berharga RM 4 000 menggunakan kad kredit dan membayarnya secara ansuran, selama 5 tahun hutang masih berbaki RM 716.39 dan jumlah faedah yang anda telah bayar adalah RM 1 619.39. Inilah kesan kadar faedah. Jika tiada kadar faedah, hutang anda akan habis dalam tempoh setahun lebih, tetapi anda masih membayar sehingga tahun ke 5, itu pun belum habis. Komputer yang anda telah beli, mungkin dah rosak, out dated.

Rumah yang berharga RM 100 000, akan menajadi RM 250 000 lebih setelah habis bayar. Kereta RM 50 000, akan jadi RM 75 000 selepas habis bayar.

Tekanan Inflasi

Secara ringkasnya begini, pada 10 tahun lepas anda masih boleh meninkmati makanan tengah hari dengan hanya RM 3 di tangan, belaukkan ayam goreng dan 2 jenis lauk lagi, beserta minuman. Tetapi pada hari ini, dengan RM 3, anda hanya boleh membeli ayam goreng, Tiada nasi, tiada lauk – lauk lain. Tiada air minuman. Jika anda masih hendakkan makanan yang lengkap itu, anda harus sediakan RM 7 ke atas. Jumlah duit masih sama, tetapi kuasa membeli menjadi semakin kurang.

RM 500 000 pada 10 tahun lepas, hanya mempunyai kuasa membeli RM 150 000 pada hari ini. Nilainya semakin jatuh, jatuh dan jatuh. Inilah kesan inflasi. Kesan inflasi juga membuatkan anda perlukan gaji RM 6543 25 tahun akan datang, untuk menyamai gaya hidup anda dengan gaji RM 3000 pada hari ini.

Perlindungan Pendapatan

Hanya Allah sahaja yang tidak memerlukan sebarang perlindungan. Tetapi manusia, tidak terlepas dari pelbagai musibah dan ujian. Tak kira setinggi mana anda ingin daki, ke bulan sekali pun, tetapi anda perlu sediakan tali dan payung terjun, supaya apabila anda jatuh nanti, anda tidak akan patah kaki.

Suami mesti wariskan gajinya kepada isteri, sekiranya si suami, pencari nafkah keluarga , tidak mampu lagi bekerja, akibat meninggal dunia atau lumpuh kekal. Jika anda hilang pekerjaan sebab majikan gulung tikar, anda masih boleh pergi cari kerja lain. Jika anda diberhentikan kerja, anda masih mendapat pampasan sementara mencari kerja baru. Tetapi jika anda ’ diberhentikan ’ terus dari dunia ini, di mana lagi gaji yang anda boleh berikan kepada isteri untuk menampung keperluan keluarga. Bagaimana dengan hutang piutang ? Bagaimana dengan perancangan masa depan ? Dana persaraan ? Dan pendidikan ? Ibu bapa ?

Mendapatkan perlindungan pendapatan, bukanlah disebabkan anda yang akan ditimpa musibah, tetapi tanggungan anda yang masih ingin dan perlu teruskan hidup mereka tanpa anda disisi.

Pendidikan Anak – Anak

Dulu ibu bapa jual lembu, tanah, untuk membiaya pendidikan anak di Universiti. Tapi sekarang apa yang boleh dijual ? Jual rumah, nak duduk dimana ? Jual kereta, baki hutang lebih banyak dari value kereta.

Nak tak nak, kena buat pinjaman pendidikan. Pinjaman pendidikan bukan tak bagus, sebab tujuannya baik. Untuk belajar. 20 tahun lepas, bagi saya ia hutang yang baik, ( good debt ), sebab lepas belajar U, jaminan pekerjaan sudah disediakan. Gajinya pun banyak. Tetapi pada hari ini, untuk dapatkan sekeping ijazah jurusan sejarah, anda kena pinjam RM 40 000, berbaloikah dengan gaji yang anda bakal dapat nanti ? Adakah peluang pekerjaan di bidang itu banyak ?

Bila berkata soal pendidikan, ia bukan hanya yuran universiti sahaja. Tetapi melibatkan kos sara hidup, pengankutan, tempat tinggal. alat bantuan belajar dan macam – macam lagi keperluan student. Sebab itu kosnya bukan sedikit. Untuk 20 tahun akan datang, zaman anak – anak kita, kos pendidkan bakal mencecah RM 100 000 lebih. Berapa nak bayar sebulan ? Berapa lama nak habis ?

Yang paling teruk, ribuan lagi graduan masih terpinga – pinga mendapatkan pekerjaan, sedangkan surat suruh bayar hutang sudah mula dihantar ke rumah. Nak tak nak, kerja dulu di KFC, Mc Donald dan lain – lain.

Lebih baik, simpan sendiri dan bina sendiri dana pendidikan untuk anak – anak anda.

Kehidupan Selepas Besara

Kehidupan semasa muda ini semua indah. Maklumlah, anak – anak masih kecil, tanggungan tak banyak, takda sakit, pendek kata semuanya berjalan lancar. Hari bertukar bulan, bulan bertukar tahun, akhirnya anda mencapai usia 55 tahun. Duit simpanan tiada, hanya semata – mata duit ehsan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Cukupkah dana KWSP untuk menampung kehidupan selepas bersara ?

5 tahun dulu, bawa keluar duit bagi renovate rumah. Habis beribu – ribu. Selepas bersara, bawa keluar RM 475 000, dan langsaikan segala hutang piutang yang masih tertunggak. Tinggal RM 400 000 dalam bank. Selepas 3 tahun, duit hanya berbaki RM 30 000. Anda baru berusia 58 tahun. Nak hidup kurang – kurang lagi 10 atau 20 tahun. Kerja dah tiada. Nak kerja pun, jadi jaga boleh lah. Jangan terkejut, sudah lumrah, bila lepas bersara, penah bekerja 30 tahun, lepas bersara semua fikir nak buat macam – macam. Duit banyak. Jalan sana sini. Beli macam – macam. Akhirnya, dana KWSP hanya mampu bertahan untuk tidak lebih 5 tahun.

Jadi, dari sekarang, tinggkatkan pengetahuan anda dalam bidang perancangan kewangan, baca buku, majalah, artikel, internet, blog macam rancangwang.wordpress.com nih, dan banyak lagi sumber – tingkatkan pengetahuan perancangan kewanagan.

Saya dan beberapa rakan Perancang Kewangan disini, sudi menerima sebarang persoalan yang ingin ditanya berkenaan perancangan kewangan. Email kepada sy. Ok Jumpa lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


12 Responses to “Pentingnya Merancang Kewangan”

  1. askum.. sy nk thu lg psl kewanagan nie…

    • Salam,

      Sy akan hubungi tuan secepat mungkin. Untuk permulaan, sy akan bincang mengenai pengurusan risiko kewangan jika pencari nafkah hilang upaya bekerja.

  2. Askm..

    Saya nak tanya mcm mana nak selesaikan masalah saya dlm kewangan.

  3. salam..minta tolong bg topik dlm merancang jika gaji dlm rm 2000..mcm mana nak bgkan utk family dan load…

  4. saya sangat tertarik dan berminat dlm hal kewangan ni sbab time blajar dulu x dpt blajar betul2 ekonomi sbab mejar adalah sains. Jadi, tolong beri idea untuk sya mendpt pendapatan tambahan. Tq

  5. salam,bagaimana saya nk rancang kewangan dgn bijak sedangkan keinginan utk membeli barang melebihi gaji yang ada..

  6. Brp peratuskah wang drp gaji yg mampu utk membiayai byrn bulanan kereta

    • Kalau gaji anda RM 3000, % yg diperuntukan adalah 15% sahaja termasuk kos petrol. bermakna, anda hanya boleh guna RM 450 dari jumlah gaji anda utk bayar duit kereta dan kos petrol. Dalam kes ini, anda mungkin boleh ambil keretea WAJA second hand yang bayaran bulanan antara RM 200 – RM 250 sebulan, dan selebihnya RM 200 kos petrol bulanan.

  7. Sy nak tahu bagaimana nak uruskan gaji contoh berapa peratus untuk simpanan, berbelanja dan sebagainya,sy agak boros jadi ble terbace kenyataan diatas rasanye perlu utk sy buat penilaian ttg FP…tq

    • Salam, ada banyak artikel berkenaan perancangan kewangan gaji ni..boleh search google.

      Tapi yang penting dalam perancangan kewangan, pastikan 5-10% diambil utk coverage Takaful & medical card. 10-15% for investment dan dana kecemasan. Utk kereta, 15% dari gaji. Rumah 20-25%. Yang lain2 kena control la skit2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: