Apa ertinya anak anda memiliki Plan Takaful Pendidikan

Salam,

Anak adalah permata berharga Anugerah Allah.

Dalam usaha membesarkan anak – anak, setiap ibu bapa berazam memberikan yang terbaik dari segi kasih sayang, makan minum, pendidikan, kehidupan sosial dan perubatan.

Dalam usaha ke arah itu, pelbagai masalah BERKEMUNGKINAN BESAR bakal ditempuhi oleh ibu dan bapa. Tak dapat tidak, Wang antara medium penting dalam usaha murni anda. Dengan wang yang cukup, Insyallah anak – anak akan dibesarkan dengan makan minum yang terbaik, pendidikan terbaik, kasih sayang yang mendalam dan rawatan & perubatan yang juga terbaik.

Apabila timbul masalah berkaitan dengan anak, ia mampu membuatkan poket anda kering sebelum hujung bulan atau melicinkan akaun simpanan anda.

Masalah anak yang sering muncul secara tiba – tiba di dalam kehidupan mereka adalah seperti :

Masalah 1 : Anak – anak sakit

Kehidupan dan pemakanan yang sering kali tercemar pada masa kini, membuatkan anak – anak hidup dalam suasana dan keadaan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit. Antara penyakit yang sering kali hinggap adalah seperti demam, denggi, batuk & selsema dan asma.

Hampir setiap ibubapa, bakal menghadapi masalah ini dalam membesarkan anak – anak. Setuju ?

Sebagai ibu bapa terbaik, anda akan cenderung mendapatkan rawatan dan ubat terbaik di klinik terbaik di tempat anda. Alhamdulillah, sering kali penyakit – penyakit ini dapat diubati.

Tetapi, dalam lingkungan umur 1 – 5 tahun kehidupan mereka, ada juga penyakit – penyakit ini yang tidak mudah diubati. Dan rawatan dari doktor pakar perlu di buat seberapa segera yang mungkin. Bagi sya, dalam memberikan rawatan terbaik untuk mereka, hospital swasta menjadi pilihan utama bagi mendapatkan rawatan pakar terbaik. Ini kerana :

1- Hospital swasta memberikan kemudahan yang selesa dari segi bilik, kurang kesesakkan

2- Dari segi kepakaran, tumpuan doktor adalah lebih fokus berbanding hospital kerajaan disebabkan kurang pesakit berbanding hospital kerajaan

3- Dari segi menunggu, saya tidak rela membiarkan anak saya yang sakit, menunggu berjam – jam lamanya di hospital kerajaan. Hospital swasta, anda boleh kurangkan masa menunggu untuk berjumpa pakar.

Adakah anda bersetuju dengan saya dalam memberikan rawatan dan perubatan terbaik kepada anak – anak ?

Pun begitu, dihospital swasta seperti yang sedia maklum, caj ke atas perkhidmatan mereka adalah jauh lebih tinggi dari hospital kerajaan. Ini adalah HARGA yang perlu disediakan oleh ibubapa dalam usaha membesarkan anak – anak.

Adakah anda sebagai ibubapa mempunyai back up kewangan yang kukuh jika ditakdirkan anda ingin merujuk anak anda ke hospital swasta bagi tujuan rawatan & perubatan ?

Anak bakal berdepan risiko lumpuh jika demam dibiarkan berlarutan tanpa rawatan yang khusus dan lambat bertindak.

Masalah 2 – Penyakit kritikal kanak – kanak

Masalah ini lebih perit hendak difikirkan. Kalau masalah demam atau selsema, sudah cukup  membuatkan ibubapa tidak tidur malam dan juga membuatkan poket bapa kering sebelum hujung bulan, masalah ke 2 ini lebih memerlukan tumpuan & fokus dari segi penjagaan dan WANG RINGGIT.

Tidak semua ibubapa menghadapi masalah ini dengan anak – anak mereka. Tetapi kalau dah kena, susah nak cakap. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Rawatan penyakit kritikal kanak – kanak lebih memerlukan tumpuan jagaan dan pengorbanan wang ringgit dari ibubapa. Persoalannya sekarang, adakah ibu bapa ada SIMPANAN KECEMASAN bagi menghadapi saat – saat seperti ini ?

Penyakit kritikal seperti kanser hati memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk dirawat. Walaupun adik ini dirawat beberapa hari di hospital kerajaan, kos rawatan telah mencecah RM 5000 dan rawatan masih belum tamat.

Masalah 3 – Pentingnya ibu / bapa ( Pencari Nafkah keluarga ) untuk MAMPU BEKERJA bagi mendatangkan sumber pendapatan keluarga – Hanya Allah SWT yang tahun!

Pendidikan terbaik memerlukan ‘demand’ wang dari ibu bapa. Dari seawal pendidikan pra sekolah, ibubapa yang mempunyai wang lebih kerap menghantar anak – anak ke Tadikan Swasta dengan bayaran bulanan mencecah RM 150 sebulan. Dengan harapan, anak – anak akan lebih bijak untuk ke sekolah rendah.

Proses ini akan berterusan sehinggalah anak berjaya menjejakkan kaki ke Universiti. Pengorbanan wang ringgit ibubapa adalah lebih tinggi apabila anak – anak sudah sampai ke tahap ini.

Bagi ibubapa yang prihatin, mungkin mereka boleh menyimpan sedikit demi sedikit simpanan untuk anak mereka ke menara gading kelak. Tetapi jika ditakdirkan ibu bapa hilang upaya bekerja, adakah simpanan pendidikan ini akan berterusan atau terhenti di tengah jalan ?

Basic kepada masalah ini adalah, ada kerja ada gaji, takda kerja takda gaji. Takda kerja bukan bermaksud Pencari Nafkah kehilangan pekerjaan disebabkan dipecat atau letak jawatan, tetapi ia menjurus kepada kehilangan pekerjaan selamanya disebabkan lumpuh kekal atau meninggal dunia.

Jadi pentingnya Pencari Nafkah kekal sihat dan mampu bekerja.

Bagaimana Plan Pendidikan MAA Takaful dapat menyelesaikan masalah – masalah di atas ?

Plan Pendidikan MAA Takaful dapat memberikan 2 bentuk penyelesaian ke atas masalah – masalah di atas :

1- Menyelamatkan WANG IBUBAPA daripada HANGUS kerana membayar bil – bil hospital bagi merawat penyakit anak – anak.

  • Jika anak masuk hospital disebabkan apa juga punca, MAA Takaful menyediakan satu kemudahan kemasukan ke 110 hospital panel di Malaysia dengan bayaran deposit yang sangat minimum dan Zero deposit bagi sesetengah hospital.
  • Setiap kemasukan ke hospital panel ini, MAA Takaful menyediakan  satu dana khas sekurang – kurangnya RM 50 000 setahun bagi tujuan merawat kos rawatan & ubat – ubatan.
  • Ibubapa boleh menjimatkan masa menunggu giliran dengan membawa anak ke salah satu dari 110 hospital panel swasta di Malaysia ini dan pastinya berhampiran dengan tempat anda. INGAT- Anda mungkin boleh tunggu giliran berjam – jam di hospital kerajaan, tetapi mampukah anak anda menunggu mahupun 1 jam di hospital kerajaan ?
  • Di hospital ini ibubapa boleh memilih untuk duduk di bilik berempat, berdua mahu pun single tanpa perlu keluarkan duit sendiri untuk tanggung kos – kos yang dikenakan. Ini bagi tujuan privasi bagi si ibu untuk menjaga anak – anak yang terpaksa bermalam di hospital. **
  • Ibubapa akan diberikan Elaun RM 50 bagi satu malam anak di hospital. Ini bertujuan mengurangkan kerugian ibubapa yang terpaksa mengambil cuti kecemasan ketika anak di hospital.
* Pernahkah anda menghadapi keadaan di mana, doktor kerajaan mengarahkan agar anak anda menerima rawatan di hospital swasta akibat ketiadaan kemudahan dan kepakaran ? Ia memang berlaku. Jika ini terjadi, sudahkah anda bersedia dari segi kewangan ?

2 – Menyelamatkan ibubapa daripada menjual rumah, bergadai emas, meminjam dari keluarga akibat dari terpaksa membayar kos rawatan bagi 46 penyakit kritikal & 8 jenis penyakit kritkal KHAS kanak – kanak.

  • Tak dinafikan sesetengah penyakit kritikal berkait dengan kanak – kanak memerlukan RM puluhan ribu bagi merawatnya. Silap – silap boleh jual rumah.
  • Dengan itu, MAA Takaful menyediakan dana khas bagi ibubapa mengurangkan beban jika terpaksa membayar kos perubatan yang mahal. Dengan Dana RM 50 000 dari medical card , anda boleh berasa lega untuk menanggung kos rawatan dan pembedahan yang dikenakan. Tapi ingat, kos yang dikenakan mungkin lebih, oleh itu adalah dinasihatkan anda mengambil plan medical card pada had tahunan RM 100 000. Lebihi secured.
  • Rawatan susulan dan ubat – ubatan jangka panjang masih diperlukan bagi mengubati penyakit kritikal kanak – kanak ini. Untuk ini MAA Takaful menyediakan dana khas RM 20 000 bagi back up segala keperluan yang ada. Ia belum tentu cukup, tetapi sekurang – kurangnya RM 20 000 ini dapat memberi sedikit nafas kepada ibubapa. Anda boleh menaikkan coverage ini lebih tinggi jika anda mahu.
3 – Kemudahan bagi ibubapa mengeluarkan dana dari akaun pelaburan Syariah
  • Dalam mengharungi kehidupan, tak dinafikan ibubapa kadang – kadang pun sesak RM. Untuk itu, MAA Takaful menyediakan kemudahan kepada ibubapa bagi mengeluarkan dana dari akaun pelaburan ini dengan pengeluaran minimum RM 500 dan baki dalam akaun pelaburan wajib ada RM 1000 setiap masa.
4- Kemudahan bagi ibubapa menambah pelaburan jika ada wang lebih.
  • Jika bapa naik gaji setiap tahun, tiada masalah untuk menambah pelaburan yang ada sekurang – kurangnya RM 50 setiap bulan atau RM 1000 bagi sekaligus pelaburan. Dengan ini, pelaburan anak di masa hadapan akan bertambah dari masa ke semasa. Pelaburan boleh dibuat kepada 3 jenis Saham Amanah berlandas Syariah iaitu Growth Fund, Balanced Fund dan Income Fund. Pulangan purata dijangka antara 8- 12 % setahun. Prestasi semasa pulangan Growth Fund dan Balance Fund melebihi 15& untuk tahun 2009 dan 2010. 
5 – Perlindungan ke atas anak jika ditakdirkan meninggal dunia/hilang upaya kekal.
  • MAA Takaful menyediakan satu dana khas khairat kematian RM 7000 dan RM 25000 bagi jumlah perlindungan asas kepada ibubapa.
6 – MAA Takaful memastikan pelaburan yang dibuat oleh ibu bapa kekal sehingga anak berumur 18 tahun.
  • Seperti penerangan saya di atas, pentingnya ibubapa kekal sihat dalam menyediakan satu simpanan pelaburan untuk anak agar ia konsisten dan berterusan. Pun begitu, jika ditakdirkan Pemohon ( bapa atau ibu ) meninggal dunia / hilang upaya kekal atau mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, MAA Takaful memberi JAMINAN dengan menyambung pelaburan bulanan tersebut sehingga anak berumur 18 tahun beserta dengan faedah – faedah yang disertakan.
7 – Elaun Hadiah bagi anak – anak yang berjaya SCORE  A dalam peperiksaan :
  • Score 5 A – RM 500 hadiah kecemerlangan
  • Score 8A – RM 1000 hadiah kecemerlangan
8 – Ibubapa berpeluang melihat akaun pelaburan anak bertambah dengan perkongsian untung 50 : 50 antara peserta dan   MAA Takaful ke atas keuntung surplus pada tahun yang tersebut. Keuntungan sharing untuk tahun 2010 adalah 5% pulangan ke atas akaun pelaburan anak.
9 – Ibubapa berpeluang membuat potongan cukai maksimum RM 3000 setiap tahun.
————————————————-
Komitmen ibubapa dengan MAA Takaful
1 – Jika tak menyimpan dari sekarang untuk anak, 10 tahun atau 15 tahun akan datang, anda tetap bertanggungjawab mencari dana bagi membiaya pendidikan anak di universiti. Sama ada meminjam PTPTN ( kalau masih ada ) ataupun membiaya dengan duit sendiri, terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa samada hendak menyediakan dari sekarang ataupun ditangguh sehingga saat anda memerlukan.
PTPTN merupakan satu kemudahan disedikan kerajaan tetapi penuh masalah dengan bayaran balik yang sangat mendukacitakan. PTPTN terpaksa menyediakan lebih RM 3 billion setahun bagi memenuhi keperluan pelajar melanjutkan pelajaran. Mampukah ia bertahan sehingga anak anda berumur 18 tahun lagi ?
2- Kebanyakan ibubapa tak mampu melihat anak sakit dibiarkan menunggu berjam – jam lamanya di hospital kerajaan. Hendak ke hospital swasta takut dengan kos yang dikenakan. Dengan adanya plan pendidikan ini, ibubapa tak perlu risau nak bawa anak ke hospital swasta dengan kemudahan layanan dan penginapan hotel.  :)
3- Plan Pendidikan yang dicadangkan bagi penerangan di atas bermula dari RM 150 sebulan. Anda boleh join dulu dengan kadar simpanan RM 100 bulan dan boleh ditambah dari masa ke semasa.
BROCHURE PLAN PENDIDIKAN MAA TAKAFUL 
BROCHURE MEDICAL CARD SMARTMEDIC ( Pakej bersama dengan Plan Pendidikan )
Bagi yang berminat boleh menghubungi sy di :
Yuzairi Yunus
017 427 6046
malibara@gmail.com

~ by alibara on January 28, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: