Selamat Tahun Baru 2011…..

Dah 4 hb hari ni..agak terlambat mengucapkan tahun baru bagi semua warga Malaysia terutamanya rakan – rakan dan pengunjung – pengunjung Blog Plan Your Money Wisely…

Apa yang di harapkan untuk tahun baru 2011 ? Semestinya satu penghidupan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya bukan ? Gaji mau naik, itu yang penting. Tapi bagi majikan, kos kena turun lagi..so faham – fahamlah keadaan ekonomi semasa yang agak merudum sejak 2008 walaupun kita sudah sedia maklum kenaikkan Bursa Malaysia yang mencecah lebih 1300 mata sejak beberapa bulan lalu. Tidak terlalu optimis mengatakan yang Bursa Malaysia boleh hit 1800 mata dalam masa yang akan datang. Bagi sesiapa yang inginkan pulangan dari pelaburan saham, anda perlulah faham dan peka dengan keadaan ekonomi semasa. Saya tak pandai main saham, tapi saya ajak ramai rakan – rakan bagi melabur dalam saham amanah yang mana kita tahu saham amanah untuk tempoh jangka panjang mampu memberikan pulangan yang melepasi dari nilai purata yang kita target.

Apapun, yang penting sekali adalah, JAMINAN PENDAPATAN yang kita dapat pada hari ini. Kalau anda tanya diri masing – masing, adakah GAJI yang kita dapat pada hari ini akan berkekalan hingga hari tua ? Sudah semestinya tidak. Oleh itu perancangan adalah penting. Dengan perancangan yang komprehensif pun, belum tentu anda akan diberikan jaminan gaji yang berkekalan sekiranya aspek – aspek KECEMASAN di abaikan. Apa akan jadi kepada pendapatan anda sekiranya ditakdirkan anda hilang upaya bekerja selamanya disebabkan kemalangan atau penyakit – penyakit berbahaya ? Sudah tentu ada tidak mampu bekerja. Hari ini ramai orang muda hilang upaya bekerja. Kalau tak kerana sakit, disebabkan kemalangan jalan raya atau di tempat kerja. 300 000 jadi anak yatim disebabkan hilang ibu atau bapa yang meninggal disebabkan kemalangan!! Banyak bukan ? Jadi, ambil ikitibar..mulakan langkah perancangan anda dengan teliti dan tepat. Gaji anda pada hari ini akan jadi milik isteri anda walaupun anda sudah tidak mampu bekerja. Bukan majikan yang bayar, tapi anda sendiri yang perlu mengambil langkah ke arah itu.

Selamat Tahun Baru.  Happy New Year. Jumpa anda di kemuncak kejayaan!!!

~ by alibara on January 4, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: