Kos rawatan hospital di waktu kecemasan : Kredit Kad vs Medical Kad

Kredit kad – semua orang tahu selok belok perihal kredit kad, dari hal permohonan kad kredit, visa mastercaad, yuran tahunan, bayaran minimum, sehinggalah membawa kepada black listed, ccriss dan lain – lain.

Di Malaysia, pengguna kad kredit mencecah jutaan orang. Dan mereka yang black listed disebabkan kad kredit jugak, bukanlah sedikit. Pun begitu, bagi mereka yang tahu selok belok kad plastik ini, mereka tetap memilikinya dan menggunakannya dengan penuh hemah. Tahniah. Kad kredit jika digunakan sebaiknya, banyak faedah yang boleh diperolehi. Dalam hal – hal tertentu, ia menjimatkan.

Posting kali ini, saya nak menceritakan perihal beberapa contoh penggunaan kad kredit yang bagi saya sedikit tersilap, tetapi apa boleh buat kerana di waktu kecemasan, segala sumber yang ada perlu digunakan.

Kisah yang saya paparkan disini berkisar kepada kecenderungan orang ramai menggunakan kad kredit bagi membayar bil hospital yang jumlahnya mencecah ribuan ringgit. Kes – kes kecemasan yang sering menimpa ramai orang membuatkan mereka hilang punca dan menggunakan segala sumber wang yang ada bagi menyelesaikan bil – bil tersebut, termasuklah cash dari kredit kad.

Saya pernah mendengar kisah seorang kakitangan kerajaan yang kemalangan dan mengalami patah tangan. Beliau pada mulanya, dihantar ke hospital kerajaan, dan malangnya selepas 2 hari, doktor masih gagal mengesahkan tangan beliau patah. Akibat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut, beliau minta di hantar ke hospital swasta di Sg Petani. Dan setelah disahkan patah, tangan beliau berjaya di bedah dan di masukkan besi. Kos perbelanjaan pembedahan tersebut mencecah RM 8 500. Beliau yang kekurangan cash, menggunakan 2 kad kredit yang beliau miliki untuk melangsaikan kos rawatan tersebut.

Sekarang cuba kita selidiki, jumlah bayaran bulanan yang terpaksa di tanggung oleh beliau adalah RM 8 500 x 0.05 = RM 425.

1) Jika beliau membayar kad kredit secara bulanan berdasarkan bayaran minimum 5%, beliau terpaksa setia membayar sehingga 84 bulan atau 7 tahun untuk menghabiskan hutang kad kredit tersebut!!!

2) Jika beliau setia membayar ansuran bulanan secara minimum 5%, pada akhirnya, beliau telah membayar RM 11 265. ( 32% atau RM 2765 lebih bayar dari jumlah asal )

3) Jika beliau berkemampuan membayar RM 400 setiap bulan, beliau akhirnya terpaksa membayar RM 10 127 selepas 2 tahun membayar!!

———————————   ——————————-   ————————————

Medikal Kad, adalah satu kad yang menunjukkan pemilik kad tersebut memiliki JAMINAN dari sebuah syarikat kewangan yang mana syarikat ini bertindak sebagai pembayar bagi pihak pemilik kad bagi segala perkhidmatan dan kos rawatan yang diterima pemilik kad ini di hospital yang berkenaan. Pendek kata, medical kad adalah Insurans Kesihatan!

Dalam kes kakitangan kerajaan ini, jika sebulan sebelum kemalangan, beliu memohon dan memiliki Medical Kad,

1) Kos rawatan RM 8 500 di hospital swasta akan ditanggung 100% oleh syarikat insurans terbabit.

2) Beliau boleh jimat RM 11 265 atau RM 10 127 wang yang digunakan untuk membayar kad kredit tersebut.

3) Beliau mempunyai Jaminan Kewangan RM 50 000 setahun atau RM 150 000 seumur hidup yang boleh digunakan bagi membayar kos rawatan di 85 hospital panel swasta terpilih seluruh Malaysia.

4) Waris beliau layak menerima khairat kematian jika beliau ditakdirkan meninggal dunia semasa kemalangan tersebut!

Daripada membazir wang membayar ansuran kad kredit, beliau memiliki beberapa alternatif menggunakan wang tersebut :

1) Dengan wang tersebut, beliau boleh menyediakan satu Plan Harta Warisan berjumlah RM 200 000 atau mendapatkan Medical Kad untuk setiap ahli keluarga!

2) Dengan wang tersebut beliau boleh melabur dalam saham amanah untuk pendidikan anak atau persaraan.

dan macam – macam lagi gunanya wang tersebut!

Kesimpulannya, jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dan menggunakan kad kredit sebagai alat bagi memudahkan anda membayar secara bulanan, FIKIRLAH 2 KALI….adalah lebih baik dan praktikal jika pada hari ini anda memiliki medical kad yang komprehensif seperti di atas.

Saya hanya memberi buah fikiran, selebihnya anda fikir dan bertindak sebelum terlambat!!

~ by alibara on May 10, 2010.

2 Responses to “Kos rawatan hospital di waktu kecemasan : Kredit Kad vs Medical Kad”

  1. Kad Kredit DirectAccess (Cimb) memberi ansuran 9 bulan tanpa faedah untuk bayaran bil perubatan..

    • Ok tahniah , tetapi bayaran tetap perlu di buat bukan ? Bayangkan kalau rawatan kes seperti kanser dan pembedahan kronik yg menelan belanja berjumlah RM 20 ke atas, rasanya kad kredit pun hanya mampu melangsaikan 1/4 dari jumlah kos rawatan keseluruhan. Kecenderungan orang ramai adalah membeli barang dan membayar semula dengan seminimum yg mungkin, amat jarang yg membeli dan melangsaikan belian tersebut bulan yg berikut nya. Itu lah keistimewaan kad kredit di mana barang sudah dimiliki, bayaran seminimum yg mungkin, tetapi tempoh pembayaran boleh memakan masa sehingga 7 taun untuk di langsaikan sepenuhnya. Dalam kes kecemasan, walaupun di beri 9 bulan tempoh bayaran tanpa faedah, adakah ramai orang mampu untuk melunaskannya?? Tambah – tambah ia adalah kes kecemasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: