Facebook sebagai medium kutipan derma pesakit kronik

Salam,

Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain – lain berkembang dengan kadar yang sangat pesat.

Saya menyeru rakan – rakan dalam FB ni, agar menyiarkan cerita – cerita mengenai pesakit – pesakit kronik yang memerlukan bantuan kewangan seperti yang sering disiarkan dalam akhbar – akhbar harian ni.

Sekurang – kurangnya dengan penyebaran berita ni, orang akan tahu. Bila orang tahu, Insyallah orang akan tolong. Kadang – kadang bila masuk paper, berita disiarkan disudut kecil di bahagian tengah akhbar tu. Kadang – kadang orang terlepas baca. So sesiapa yang terbaca, sila copy link ( dari e-akhbar ) atau scan dan upload dalam FB. Sertakan sekali dengan no akaun bank.

Tetapi harapnya jangan pula yang ambil kesempatan dengan menyiarkan gambar pesakit kronik, tapi letak no akaun sendiri..ni boleh report polis ni.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Insyallah dengan derma kita ni, boleh lah pesakit terbabit menjalani rawatan yang terbaik, walaupun bukan yang sempurna.

Apa boleh buat, kita bukan isteri kepada Perdana Menteri, kalau kita isteri PM, kita boleh buat rawatan di luar negara..semua FREE..

Kalau ada insurans, ok la skit, at least kuranglah beban kewangan yang ditanggung. Itupun ada penyakit – penyakit yang insurasn tak tanggung contohnya penyakit jantung berlubang yang dihidapi sejak kecil. Lagi pun, pendedahan kepentingan insurans kurang di ambil berat. So mcm mana nak ada insurans. Orang tua yang duduk di kampung, mana nak tahu pasal insurans. Orang yang tidak berkemampuan, pun ada halangan dan tak mampu beli insurans.

So harap kita yang ada di sini dapat membantu mereka – mereka ini.

Tindakan kerajaan Terengganu memperuntukan RM 10 juta untuk membantu pesakit kronik sangat dipuji…cuma kita harap saluran dana ini disalurkan kepada semua golongan yang memerlukan dan tak pilih bulu. Jangan pula ada yang guna masuk poket sendiri. Yang ini lagi jahanam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1225&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm&arc=hive

Ok thanks for everything and Salam Maal Hijrah

~ by alibara on December 30, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: