Berapa nilai nyawa anda ?

Bila orang sebut pasal Insurans / takaful hayat, ramai orang anggap ini adalah jual beli nyawa. Dulu heboh juga di Malaysia ni, isu jual beli nyawa, hingga terbawa – bawa soal halal dan haram insurans ( masa dulu takaful tak famous lagi ). Sampai sekarang, isu halal dan haram insurans masih diperdebatkan. Ada ualama kata insurans haram, dan ada juga ulama kata insurans ni tak haram.

Saya di sini ingin mejelaskan dan memudahkan pemahaman orang ramai mengenai TUJUAN mereka membeli insurans / takaful hayat ini. Bagi saya, insurans / takaful bukanlah satu proses jual beli nyawa. Jadi, apakah yang diinsuranskan apabila seseorang itu mendapatkan plan insurans / takaful ? Banyak orang tidak jelas atau tidak mahu ambil tahu TUJUAN mereka membeli insurans / takaful, walaupun mereka mempunyai polisi insurans / takaful. Apabila tidak kisah, ramai yang membeli silap polisi, makna kata, banyak yang tidak mencukupi atau memenuhi keperluan kewangan semasa.

Jadi, tujuan membeli insurans / takaful mestilah jelas dan anda yang beli mestilah faham akan keperluan kewangan masing – masing. Beli mesti ada tujuan.

Saya cuba nak explain sikit tujuan beli insurans / takaful ni. Antara tujuan yang mesti ada dalam list anda ialah :

1) Beli insurans untuk protect kemampuan anda bekerja. Selagi anda mampu bekerja, selagi itulah anda tak perlu risau kerana gaji pasti akan dapat tiap – tiap hujung bulan. Dengan gaji inilah anda menyara keluarga dan menjaga kebajikan mereka seadanya. Tapi, anda perlu fikir sejenak, sekiranya satu hari nanti, anda hilang upaya bekerja selamanya, disebabkan apa jua punca, maka kemampuan anda untuk bekerja dan memperoleh gaji sudah tentu tidak dapat ditunaikan lagi. Maka dengan itu, insurans akan mengambil peranannya dengan menggantikan anda sebagai Pencari Nafkah.

2) Beli insurans sebab anda masih sihat. Selagi anda sihat, selagi itu anda mampu bekerja dan memperoleh wang. Anda pernah tengok orang sakit? Saya beri satu contoh, Aktres Azean Irdawati. Beliau hilang kemampuan untuk bekerja disebabkan kesihatan beliau terganggu. Ratusan ribu dibelanjakan untuk merawat penyakti beliau. Jika perkara ini menimpa anda, adakah anda rasa masih mampu bekerja? Sudah tentu tidak. Di sinilah peranan insurans mengambil alih tugas anda disamping mengurangkan beban kewangan untuk merawat penyakit tersebut.

3) Beli insurans sebab anda sudah berkeluarga. Orang bujang kadang – kadang tak perlu fikir banyak sangat pasal insurans / takaful ni. Tapi bagi yang sudah berkeluarga, mereka ada sebab untuk beli insurans. Bayangkan pula, salah seorang ahli keluarga anda, seperti isteri atau anak – anak ditimpa penyakit kritikal. Adakah anda nak biar begitu sahaja?  Sudah tentu anda mahu mereka dirawat di hospital.  Sapa tak sayang bini dan anak – anak kan? Seperti perkara di atas, apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta ( in case ), sudah tentu beban kewangan akan meningkat. Di tempat saya tinggal baru – baru ini, ramai rakan dan anak – anak mereka dijangkiti denggi!!! Dan saya tanya mereka pergi hospital mana? Kebanyakannya ke hospital swasta seperti Pantai Mutiara. Takpalah, ada insurans yang cover.

4) Anda beli insurans sebab anda ada hutang. Seperti kebanyakan orang, anda mesti ada hutang yang anda kumpul seperti hutang rumah, hutang kereta, kad kredit, personal loan dan macam – macam lagi. Beli insurans untuk cover hutang, sekiranya anda hilang upaya untuk bekerja nanti.

5) Pelaburan anak – anak. Sekarang ni kos pendidikan boleh sama dengan kos beli rumah. Hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Kerja lepas tu belum tentu lagi lumayan. Tapi, ijazah ni boleh dikatakan sebagai tiket ke alam pekerjaan. Insyallah senang dapat kerja. Kepada ibu bapa yang dah mula merancang dan menyimpan untuk pelaburan pendidikan anak, pastinya tahu tempoh yang diambil adalah panjang dan perlukan komitmen yang tinggi. Insurans berperanan sebagai penjamin kewangan sekiranya ibu bapa ditimpan musibah. Sakit, lumpuh atau meninggal dunia, Insurans boleh ambil tempat mereka.

6) Pelaburan persaraan. Masalah dalam kehidupan ada 2 iaitu mati terlalu awal atau hidup terlalu lama. Untuk masalah hidup terlalu lama nih, agak kritikal jugak, sebab tempoh 20 – 30 tahun lepas bersara tu, agak memenatkan. Kalau simpanan persaraan cukup, bolehlah goyang kaki. Tapi kalau tak cukup, kena keluar bekerja juga walaupun rambut dah beruban. Bagi yang sudah menyimpan untuk persaraan, bolehlah beli plan insurans ni sebagai jaminan untuk capai target, mana tahu di tengah jalan, terkantoi pula.

Ok cukup untuk kali ini, sambung untuk artikel minggu depan iaitu BERAPA JUMLAH INSURAN YANG KENA BELI..

~ by alibara on December 5, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: