Plan Insurans Investment Linked – Fleksibel mengikut keperluan kewangan anda!!

Salam,

Siapa ada ambil Plan Investment Linked Insurans / Takaful ? Ok bagus kerana ia adalah satu plan yang boleh ubah dan fleksibel. Fleksibel macam mana?

Ok, kebanyakan dari kita, mungkin beli Insurans pada usia muda iaitu bawah 30 tahun. Ye lah masa tu baru dapat gaji, kawan beli insurans, kita pun beli insurans jugak. Tapi masa tu mungkin kita beli insurans tak fikir panjang, pakai bedal jer..mungkin..basic  coverage setakat RM 50 000 dah kira banyak la kut.

Semakin meningkat umur, anda berkahwin dan mempunyai anak. Sedar tak sedar, pada tahap ini, tahap perancangan kewangan anda sudah mula berubah. Anda sudah mula merancang kewangan untuk anak, sudah mula mengumpul hutang – hutang yang banyak, dan semakin banyak tanggungan. Pada tahap ini, kalau basic coverage RM 50 000, agak – agak boleh tak isteri anda rolling duit – duit tu untuk cover semua perancangan kewangan tadi? Sudah tentu tak boleh, RM 50 000 tak sampai setahun boleh ambil just for sara hidup dan barang dapur jer..

Disebabkan tahap perancangan kewangan anda sudah berubah, maka anda juga mesti modify sedikit keperluan insurans anda. Mungkin anda boleh tingkatkan basic coverage kepada tahap yang lebih tinggi dengan menambah sedikit pada premium bulanan. Dan produk Investment Linked Insurans / takaful membenarkan anda berbuat demikian.

Melepasi satu tahap lagi, mungkin anda sudah berada di puncak kerjaya, umur 40 tahun, gaji RM 10 000, anak dah besar skit, hutang makin banyak, tanggungan makin banyak, perancangan pelaburan makin banyak, pendek kata semua perancangan kewangan anda sudah berada di tahap puncak. Sekali lagi disini anda boleh modify Plan Insurans anda tadi, mungkin anda tingkatkan basic coverage pada tahap RM 1 juta mungkin..Disebabkan akaun Investment Linked anda sudah mempunyai sejumlah wang pelaburan, anda mungkin boleh gunakan sedikit untuk tujuan tertentu.

Dan bila dah pencen, beban perancangan kewangan sudah mula kendur, mungkin pada masa itu anda boleh mula kurangkan coverage pada tahap yang lebih rendah..sedikit demi sedikit..Ye lah, pada masa ini, kebanyakan perancangan pelaburan mungkin sudah mula tercapai, so target dah achive, lega lah sedikit..ada duit lebih dalam pelaburan Investment Linked tadi, boleh lah keluar sedikit buat UMRAH…

Panjang kata, banyak lagi lah kita boleh modify features dalam Plan Investment Linked ini dengan tujuan memenuhi keperluan perancangan kewangan kita pada masa tertentu.

~ by alibara on December 3, 2009.

One Response to “Plan Insurans Investment Linked – Fleksibel mengikut keperluan kewangan anda!!”

  1. it is true. go for flexible plan which is investment link plan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: