PTPTN mengalami defisit RM 46 billion menjelang 2020

untitled

PTPTN mengalami defisi RM 46 billion menjelang tahun 2020, satu angka yang sangat besar dan membebankan kerajaan. Peruntukan anggaran oleh PTPTN bagi membekalkan pinjaman kepada bakal graduan adalah RM 3 billion setahun dan ini bermakna separuh dari peruntukan tersebut tidak diperolehi semula dalam masa 10 tahun tempoh pembayaran semula.

Beban yang ditanggung oleh kerajaan memanglah sangat besar, tetapi ia menjadi satu tanggungjawab kepada sebuah kerajaan bagi membekalkan kemudahan kewangan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.

Institusi kewangan negeri dan badan berkanun memang ada juga menyediakan kemudahan pinjaman dan biasiswa tetapi saingan bagi mendapatkannya adalah sangat sengit.

Student cemerlang pada tahun 2008 yang memperolehi 10 A, 9A dan 8A adalah berjumlah lebih 20 000 orang dari 400 ribu calon yang memohon bagi melanjutkan pelajaran. 20 000 ini secara teorinya berkebarangkalian tinggi bagi memperolehi biasiswa daripada kerajaan walaupun tidak semua mereka yang akan dapat.

untitled1

Saingan memang sangat sengit. Apabila persaingan sengit, secara automatik saingan bagi mendapatkan kemudahan kewangan juga menjadi sangat sangat sengit. Bayangkan dari 400 000 lebih calon yang memohon, hanya 160 000 calon sahaja yang memperolehi kemudahan pinjaman tersebut. Tak lebih dari 50 %.

Persoalannya sekarang, dari manakah baki 50 % lagi calon – calon tersebut mahu mendapatkan kemudahan pinjaman? Institusi kewangan dan bank – bank tempatan ada menyediakannya tetapi interest yang dikenakan juga boleh dikatakan tinggi pada masa ini.

Dan apa yang terjadi sekarang, akan juga berlaku untuk 10 tahun akan datang, iaitu di zaman anak – anak kita. Maka apakah persediaannya yang telah kita buat bagi tujuan tersebut.

Perancanagan simpanan pendidikan anak wajib dimulakan dari awal. Perancangan awal perlu dibuat kerana tidak banyak ibu bapa yang mampu menyimpan dalam jumlah angka yang besar setiap bulan. Jika anda mampu simpan RM 200 sebulan, berapakah masa yang diperlukan bagi mengumpul RM 50 000 ? Pastinya ia akan mengambil masa yang sangat lama. Lebih dari 10 tahun. Maka dengan itu mulakan perancangan pendidikan anak dari sekarang.

Masa adalah sangat penting. Sama ada anda mulakan dari sekarang ataupun anda tidak mempunyai pilihan hanya dengan membuat pinjaman dari PTPTN ( itupun kalau masih bernasib baik jika institusi ini masih wujud 10 tahun lagi).

~ by alibara on May 13, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: