Mencari Gaji Yang Hilang…

Mencari Gaji Yang Hilang…

Oleh Yuzairi Yunus, Finance Service Consultant

“ Orang yang meninggalkan anak isterinya dengan keadaan kaya itu adalah lebih baik dari meningggalkan mereka di dalam keadaan miskin dan meminta – minta “

Maksud Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Hari ni ramai orang nak jadi kaya. Betul? Kalau boleh hari ni juga nak jadi macam Tan Sri Syed Bukhhari..billionaire Malaysia..tak pun jadi macam Dato K dah la..kaya jugak..dapat gak kahwin dengan Siti Nurhaliza..

Semua orang nak jadi kaya. Tapi hakikatnya kita adalah apa yang kita ada pada hari ini. Sedari hakikat ini. Kalau hari ini kita kaya, maka kayalah kita, kalau hari ni miskin, miskin lah kita. Baik yang kaya atau pun yang miskin, semua orang mempunyai keluarga, isteri dan anak2, kehidupan yang perlu diteruskan, tanggungan hutang, dan pelbagai perkara lagi.

Kalau hari ni kita kaya, kita dapat buat apa sahaja yang terlintas di hati. Kebajikan keluarga pun Insyallah dapat dipenuhi walaupun suatu hari nanti kita tiada. Sekurang – kurangnya kalau kita meninggal dunia, dapatlah kita wariskan sedikit harta kepada isteri dan anak – anak untuk meneruskan kehidupan.

Pun begitu, golongan yang dikategorikan sebagai kaya raya tak ramai. Malah kalau gaji kita RM 7000 sebulan pun, kalau dalam bank kita ZERO, kita tetap dikategorikan sebagai miskin jugak. Mungkin hutang banyak sangat atau kita terlalu boros. Masalahnya ramai orang pada hari ini ada ZERO dalam bank. Kalau meninggal dunia, tiada apa yang dapat diwariskan kepada isteri dan anak2…

Adakah kebajikan keluarga terbela apabila Pencari Nafkah tidak mampu bekerja lagi?

Adakah anda sudah memulakan plan perancangan kecemasan dalam melindungi keluarga anda dari bencana kewangan ? Bencana kewangan adalah satu keadaan di mana sebuah keluarga hilang tempat bergantung dan sumber kewangan akibat dari ketidakupayaan Pencari Nafkah keluarga untuk bekerja buat selamanya.

Pencari nafkah keluarga ( selalunya si suami dan isteri ), berfungsi mencari nafkah untuk keluarga bagi membiayai semua keperluan seperti :

1) keperluan asas – makan minum, pakaian dan tempat tinggal

2) Membayar hutang – kereta , rumah, kad kredit, persoanl loan

3) Pendidikan persekolahan anak – buku, yuran, tusyen, pakaian sekolah dll

4) perubatan dan klinik

5) menanggung ibu bapa sendiri dan mertua

6) simpanan persaraan

7) simpanan pendidikan anak

8) simpanan kecemasan

dan lain – lain seperti melancong dan bercuti,

Peranan pencari nafkah adalah sangat besar dalam sebuah keluarga. Tidak kiralah sama ada Pencari nafkah itu terdiri dari suami dan isteri yang bekerja, ataupun suami sahaja yang bekerja , peranan mereka tetap penting. Setuju ?

Saya suka menggambarkan perkara ini seperti sebuah pokok, berdirinya pokok ini adalah ditunjangi oleh akar dan batang pokok itu yang kuat. Di dahan dan ranting terdapat, buah dan daun. Apabila batang atau akar pokok ini di tebang atau dicabut, maka berguguranlah buah dan daun itu menyembah bumi.

Begitu jugalah dalam sistem sebuah keluarga, apabila si pencari nafkah tidak mampu lagi bekerja dan mendatangkan wang setiap bulan, maka semua keperluan dan tanggungan akan menghadapi masalah dan akhirnya sebuah keluarga ini akan terjebak dalam BENCANA KEWANGAN..

2548 warga Malaysia berstatus ibu tunggal ( kematian suami ), bekerja dan berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan 35% dari mereka adalah terdiri dari suri rumah yang selama ini bergantung hidup dan wang dari si suami yang bekerja.

Adakah anda sudah bersedia menghadapi begini ?

insurans2


Risiko yang dihadapi oleh setiap Pencari Nafkah adalah meninggal terlalu awal atau pun hilang upaya bekerja. Risiko ini berpunca dari :

1) Kemalangan motosikal – PENYEBAB UTAMA pencari nafkah meninggal dunia. Saban hari kita melihat kematian akibat dari kemalangan jalan raya terutamanya yang membabitkan motosikal.

2) Kemalangan semasa bekerja – Mengikut Department of Safety and Health, 5845 kes telah dilaporkan pada tahun 2008, dan dari jumlah tersebut, terdapat kes – kes yang membawa kematian semasa bekerja.

3) Menderita penyakit kritkal – di sebabkan gaya hidup masa kini yang tidak sihat, 7 dari 10 lelaki hari ini menghisap rokok. Dan seperti yang anda tahu, asap rokok tersebut mengandungi puluhan elemen racun yang membunuh. Ditambah pula dengan tekanan hidup, kebanyakan warga kota mengalami masalah stress yang melampau, mungkin disebabkan masalah kerja ataupun kewangan.

insurans-3

Tiada amaran, tiada tanda, tiada petunjuk..kematian berlaku sekelip mata….

Apabila si Pencari Nafkah utama meninggal dunia, masalah yang akan timbul adalah :

1) Kos pengebumian – Kos pengembumian pada hari ini agak tinggi kerana semua perkara dan tugas pengebumian terpaksa di upah dari menggali kubur hingalah membuat kenduri tahlil

2) Kos sara hidup sementara – apabila berlaku kematian, semua akaun bank dan simpanan akan dibekukan sementara mendapat surat kuasa tadbir. Ia mungkin mengambil masa sehingga 3 – 6 bulan.

3) Hutang kepada manusia – harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang. Walau dah meniggal dunia, hutang masih tetap berjalan.

4) Wang sara hidup masa hadapan – bayangkan jika pencari nafkah meninggal dunia pada usia muda, isteri terpaksa menanggung dan membesarkan anak – anak untuk tempoh 10 – 20 tahun lagi. Dengan sumber kewangan yang sudah hilang, apakah si isteri dapat menyambung tugas suami ?

5) Plan pendidikan anak

Seringkali saya terbaca di dalam akhbar, suri rumah yang kematian suami terpaksa meminta derma dan juga ihsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menampung kehidupan.

Soal diri anda, jika pada esok hari, anda sebagai Pencari Nafkah utama keluarga, tidak mampu bekerja lagi akibat meninggal dunia atau lumpuh kekal, ADAKAH ANDA TELAH MEMBUAT PERSEDIAAN BAGI MENGELAK BENCANA KEWANGAN MENIMPA ISTERI DAN ANAK – ANAK ?

1) Adakah isteri anda mampu bekerja dan memperolehi gaji seperti anda ?

2) Adakah isteri anda mampu bekerja bagi menampung kehidupan sedangkan selama ini mereka adalah suri rumah sepenuh masa ?

3) Adakah syarikat anda bekerja akan memberikan pampasan kepada anda ?

4) Apa yang telah anda tinggalkan ? Wang simpanan BANK ? KWSP ? Adakah ia cukup bagi keluarga anda menampung kehidupan seterusnya tanpa anda disisi ?

5) Jika anda lumpuh, anda menjadi BEBAN kepada keluarga, adakah anda mempunyai dana bagi menggantikan GAJI anda dan kos perubatan ?

6) Adakah hutang anda akan terhapus jika anda meninggal dunia atau lumpuh ?

7) Adakah perancangan pendidikan IPT anak akan terjejas?

Mengganti Gaji yang telah hilang…

Sebagai pencari nafkah, anda wajib menJAGA kabajikan keluarga anda sekiranya anda sudah tidak mampu bekerja lagi. Lihat kembali status kewangan anda, :

1) Berapa jumlah simpanan anda yang boleh anda wariskan kepada isteri bagi menampung kehidupan akan datang. Untuk pengetahuan anda, ASB tidak mempunyai term bagi meletakkan penama sekiranya pelabur meninggal dunia. Ia perlu melalui beberapa proses bagi menuntut dana tersebut dan ia memakan masa.

2) Berapa jumlah simpanan KWSP yang boleh anda wariskan dan sudahkah anda meletakkan penama bagi tujuan tersebut

3) Sudahkah anda menginsuranskan semua hutang – hutang anda ?

4) Sudahkan anda mengambil plan pendidikan yang menjamin pelaburan anak – anak walupun anda sudah tidak mampu bekerja

5) Dan yang paling penting, sudahkah anda mengambil langkah bagi MEWARISKAN GAJI ANDA dan WANG SARA HIDUP kepada keluarga ?

Jika anda adalah sebuah keluarga yang MUDA, baru 5 tahun kahwin, anak dua tak sampai 5 tahun, hutang dah meliputi 1/3 gaji, simpanan belum pun RM 5000,  KWSP pun belum mencecah RM 10 000, APA YANG DAPAT ANDA WARISKAN ? Tidak banyak yang dapat anda wariskan yang boleh meringankan beban kewangan keluarga anda nanti.

Konsep tolong menolong menggantikan gaji anda yang telah hilang!!

Untuk menggantikan gaji, anda harus mempunyai gaji yang besar atau satu jumlah dana yang besar sebagai contoh RM 150 000. Jika anda melabur dana ini di dalam instrumen pelaburan berisiko rendah seperti ASB, dengan pulangan purata 8% setahun, anda dapat menggunakan RM 1000 sebulan sehingga 20 tahun. Dan selepas 20 tahun, anda masih mempunyai RM 100 000++ di dalam ASB sebagai support untuk hari tua.

Adakah anda mempunyai RM 150 000  atau lebih dalam bank atau ASB pada hari ini ?

Tak semua orang mempunyai dana sebanyak ini walaupun gaji mereka beribu – ribu setiap bulan. Ramai orang hanya mengharapkan dana KWSP bagi menyambung persaraan. Itupun kalau anda masih hidup untuk menikmati dana tersebut. Yang lain, hanya mengharapkan mereka panjang umur dan murah rezeki. Tiada langsung perancangan menghadapi ketentuan Illahi tatkala anda ditakdirkan tidak mampu bekerja lagi sebelum umur anda mencecah 55 tahun.

Mampukah anda pada hari ini menyediakan dana RM 150 000 kepada isteri dan anak2 sekiranya pada esok hari anda meninggal dunia / lumpuh kekal tidak mampu bekerja lagi ??? Kalau tiada, apakah perancangan anda sebagai pencari nafkah utama ?

Tahukah anda dengan menyimpan sedikit dari gaji anda secara bulanan, anda mampu menyediakan JAMINAN HARTA WARISAN!! Jika anda menyimpan RM 100 sebulan di bank selama 2 tahun, anda baru mempunyai RM 2 400++ tatkala anda hilang upaya untuk bekerja buat selamanya. Apa yang anda mampu wariskan adalah RM 2 400 SAHAJA !!!

TETAPI, jika anda menyimpan RM 100 sebulan di tempat yang betul dan tepat, anda mampu menyediakan JAMINAN HARTA WARISAN RM 150 000 walaupun anda baru menyimpan 2 tahun. Hakikatnya, apabila anda menyimpan di tempat ini, bukan anda seorang sahaja yang melakukannya, tetapi ia turut disertai oleh ribuan orang yang mempunyai tujuan yang sama. Apabila ribuan orang menyimpan sedikit dari gaji mereka setiap bulan, dana yang dikumpul adalah sangat banyak dan dana inilah yang digunakan untuk  memberikan HARTA WARISAN kepada anda tatkala anda memerlukannya!!!

Harta Warisan vs Sekotak Rokok !!!

Ramai orang rasa gelisah dan resah untuk menyimpan RM 3 sehari bagi tujuan membina HARTA WARISAN, tetapi tidak rasa rugi membelanjakan RM 10 sehari bagi membeli rokok. Hakikatnya, anda membelanjakan RM 250 – RM 300 sebulan bagi merokok, berbanding RM 100 atau kurang , bagi tujuan membina HARTA WARISAN GAJI… Fikir – fikirkanlah…

Adakah semua ibu tunggal kematian suami bernasib baik macam Pn Sabina ?

insurans1

Lihat contoh di atas, Pn Sabina menerima RM 150 000m sebagai pampasan di atas kematian suami yang meninggal dunia akibat kemalangan? Beliau yang menghadapi kesempitan duit dan sedang berusaha mendapatkan ihsan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dengan RM 150 000 ini, beliau boleh membelanjakan RM 1000 sebulan, dan masih mempunyai RM 100 000 selepas 20 tahun, jika beliau meletakkan dana tersebut dalam ASB dengan pulangan purata 8% setahun.

—————  ————— —————————–

Adakah anda setuju ini adalah jalan terbaik bagi menjaga kebajikan dan masa depan isteri dan anak – anak ?

Buatlah perancangan anda hari ini. Lengkapkan ia dengan plan warisan gaji yang dapat menggantikan wang sara hidup yang telah hilang.

Ambil langkah melindungi gaji anda terlebih dahulu, tiada gunanya jika anda merancang persaraan, pendidikan, pergi melancong, rumah besar, kereta besar JIKA anda tidak membuat perancangan melindungi gaji anda terlebih dahulu. Kerana jika gaji anda terjejas, semua perancangan anda turut terjejas.

Pun begitu, manusia hanya merancang, tetapi Allah jua yang menentukan..usaha terakhir anda adalah Tawakkal..tetapi tawakkal tanpa usaha adalah seperti mengharapkan buah muda yang tidak akan gugur..

Yuzairi Yunus's Facebook profile

~ by alibara on April 16, 2009.

One Response to “Mencari Gaji Yang Hilang…”

  1. Anda boleh tinggalkan pertanyaan di sini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: