Kemelesetan Ekonomi : Peluang atau krisis ?

Salam,

Sudah lebih setahun pasaran saham jatuh merudum sejak membuat kejutan melepasi 1500 mata pada akhir 2007. Ramai pelabur yang teruja dengan prestasi semasa dana – dana unit trust pada masa itu dengan pulangan melebihi 50 %.

Awal 2008,  krisis subprima menjadi semakin parah dan mengakibat pasaran kewangan US lumpuh dengan beberapa syarikat dan entiti gergasi dalam bidang kewangan seperti Lehman dan AIG, lumpuh  ( AIG telah di bail out oleh Perbendaharaan US ). Bermula dari situ lah detik – detik kejatuhan pasaran saham mengalami kejatuhan dengan saham Dow Jones telah menjunam ke paras 7 000 mata dalam tempoh 20 tahun.

Gergasi Asia, terutamanya China dan Jepun, juga mengalami kesan dari keadaan ini walaupun mereka adalah satu negara yang kuat dari segi dana kewangan. Malaysia diberitakan masih kuat dalam menempuh ranjau ini. Ya saudara sekalian, sekarang adalah masa yang sukar bagi kita dan diharap sama – sama lah kita menempuhnya dengan bijaksana.

Prestasi semasa Saham Amanah juga mencatatkan keuntungan NEGATIVE sejak setahun yang lalu. Selepas mencipta keluarbiasaan di tahun 2007, maka industri saham amanah sekali lagi terpaksa menempuh saat – saat ini bagi memberikan input yang berguna kepada pelabur dan juga bakal pelabur.

Persoalannya adalah, adakah ini satu peluang atau pun krisis bagi para pelabur saham amanah ?

Sy suka membawa saudara mengimbas kembali 20 tahun yang lalu dimana negara kita menempuh 2 krisis ekonomi yang dasyat iaitu pada tahun 1987 dan juga 1997 / 98 ( krisis ekonomi asia ).

How they survie ?

Dua dana klasik saham amanah Public Mutual yang telah dilancarkan sejak 10 tahun yang lalu, telah berjaya melepas ranjau berduri ini. Mari kita lihat How They Survive ?

public-savings

 

Carta di atas adalah prestasi Public Savings Fund dari 30 Sept 1987 ( sebelum krisis ekonomi 1987 ) hingga 12-Jan-1990 ( 2 tahun selepas ekonomi dunia pulih )

Kalau lihat carta di atas, pelabur yang invest dalam Public Savings pada 30-Sept-1987, akan mengalami kerugian sebanyak -36% pada December 1987 ( kemuncak krisis ekonomi ). Jika pada masa ini, mereka mengeluarkan pelaburan yang ada, semestinya mereka akan mengalami kerugian yang banyak. Dan mereka juga adalah orang yang akan mengatakan pelaburan Unit Trust adalah satu pelaburan yang berisiko tinggi dan merugikan.

Tetapi, bagi para pelabur yang stay dan maintain pelaburan mereka untuk tahun – tahun yang berikutnya, akan mengalami perkara yang berikut. Pada Jan 1990 ( selepas 2 tahun setengah krisis ekonomi ), mereka yang ‘ stay ‘ dengan pelaburan mereka akan mengalami keuntungan sebanyak 31%. Jika keuntungan tersebut diukur mengikut tahunan, ia adalah 12.4%. Masih keuntungan yang dikira tinggi dari average return.

Selain dari itu, kepada mereka yang mula melabur pada December 1987 ( kemuncak krisis ekonomi ) , dan selepas 2 tahun setengah ( Jan 1990 – selepas market pulih ), mereka akan mengalami keuntungan sebanyak  67% atau 26.8% setahun. Satu pulangan yang sangat banyak bagi sebuah pelaburan saham amanah.

Tips pelaburan Warrent Buffet : Jadi takut apabila orang menjadi tamak, dan jadi tamak apabila orang mula takut! Dan krisis ekonomi 2008, membuatkan ramai pelabur menjadi takut. Jadi apakah tindakan anda mengikut teori pelaburan Warrent Buffet ??

Sekarang mari kita lihat satu lagi dana Public Mutual yang berjaya merentasi satu lagi krisis ekonomi iaitu Krisis ekonomi Asia 1997/98. Public Ittikal dilancarkan pada xxxxx dan telah 10 tahun beroperasi di pasaran.

public-ittikal

Carta di atas pula adalah prestasi Public Ittikal sebelum ( 10 – April -1998 ) dan 2 tahun selepas ( 3-Feb-2000) krisis ekonomi Asia.

Jika dilihat pelabur yang invest pada 10-April-1998, akan mengalami kerugian sebanyak -11 %. Dan apabila mereka mengeluarkan pelaburan mereka pada masa ini, for sure mereka akan mengalami kerugian yang banyak. Just count, invest RM 10 000, rugi -11%, bermakna hilang RM 1100. Ok then?

Satu perkara yang perlu dilihat adalah, walaupun indeks penunjuk aras ( benchmark ) FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Index mengalami kerugian pada tahap puncak -55%, tetapi Public Ittikal hanya mengalami kerugian sebanyak -11% pada kemuncak krisis. Ini adalah satu kelebihan melabur di saham amanah di mana pelaburan adalah dipantau oleh Qualified Fund Manager yang mana mereka adalah arif dalam bidang pelaburan. Ya mereka juga manusia, tetapi berbanding kita, mereka adalah lebih berpengetahuan dalam pelaburan saham. Jika kita melabur sendirian direct to the market, fund managernya adalah kita sendiri.

Dalamcarta diatas, bagi para pelabur yang sudah melabur sebelum kemuncak krisis, dan stay and maintained their investment, apa yang akan jadi selepas 2 tahun adalah keuntungan bersih sebanyak 55% atau 27.5% ( in fact tak sampai 2 tahun market telah pulih dan mencatat keuntungan ).

Dan jika ada pelabur yang mula melabur pada tarikh puncak krisis ( 10-april-1998 ), mereka akan mencatat keuntungan sebanyak 66% dalam masa tak sampai 2 tahun atau 33% setahun. Jika invest RM 10 000, dah ada cash RM 3 300 dalam masa setahun.

Krisis ekonomi 2008. Apa jadi dengan pelaburan Public Savings dan Public Ittikal ?

public-ittikal-sinice-commence

Public Ittikal, 9-May-1997 – 29-Jan-2009, dalam tempoh 10 tahun lebih masih mencatatkan keuntungan 10.38% setahun dalam tempoh 12 tahun pelaburan. Masih tinggi dari pulangan purata yang dapat diberikan oleh KWSP, Tabung Haji mahupun ASB.

Mari lihat Public Dana Savings,

public-savings-commence

 Public Dana Savings, dari tarikh dilancarkan sehingga 29-Jan-2009, mencatatkan keuntungan sebanyak 18.17% setahun sejak 28 tahun beroperasi. Dalam masa 10 tahun yang lepas sehingga sekarang 29-Jan-2009, ia mencatatkan pulangan 12.75% setahun, dan 6.3% setahun sejak tempoh pelaburan 5 tahun yang lepas.

Walaupun dalam krisis ekonomi 2008, ia masih mencatatkan keuntungan sejak 5 tahun yang lepas.

Bagaimana dengan Dana – dana yang lain dan pelaburan yang baru setahun jagung?

Banyak dana – dana Public Mutual yang baru berusia setahun atau lebih sedikit dan banyak juga pelabur – pelabur yang hanya mula melabur sejak setahun dua yang lalu. Terima kasih kerana memilih Public Mutual sebagai entiti pelaburan anda. Apa yang saya boleh cadangkan disini adalah :

1) Jangan panik dan teruskan pelaburan anda !

Seperti mana yang saya tunjukkan tadi, 2 krisis ekonomi berjaya di lalui oleh bukan sahaja dana – dana Public Mutual, tetapi dana – dana syarikat unit amanah yang lain. Bagi mereka yang bijak melabur, ini adalah masa terbaik untuk menambah pelaburan anda. Bagi mereka yang ingin pegang cash di tangan, tiada masalah, anda perlu SABAR dan tunggu sehingga 2010 – 2011. Sejarah mencatatkan selepas 2 – 3 tahun kemelesetan ekonomi, ia akan pulih kembali. Sebagaimana ia jatuh dengan mendadak pada tahun 2008, begitu jugalah ia akan naik dengan mendadak ( sharply ) untuk tahun yang berikutnya. Yang pasti. tahun 2009 ini, masih lagi menjadi tahun yang mencabar seperti tahun 2008.

2) Apply teknik Dollar Cost Averaging

Public Mutual sejak 2008, telah mengeluarkan satu promosi bagi pelabur yang ingin menambah pelaburan mereka. Kenapa? Kerana pada masa sekarang adalah MASA YANG SESUAI UNTUK MELABUR dan dengan ini anda boleh apply teknik dollar cost averaging. Fungsi DCA adalah untuk mengurangkan losses dan juga merendahkan average cost per unit dana – dana anda.

Mari kita lihat.

Jika anda melabur pada sebelum krisis dengan RM 10 000 pada harga RM0.25 / seunit, anda akan dapat 40 000 unit. Average cost per unit sekarang adalah RM 10 000 / 40 000 unit = RM 0.25 sen / unit.

Selepas crisis ekonomi, harga unit telah jatuh pada paras RM 0.20 sen. Nilai pelaburan anda sekarang adalah RM 8000 dan sekarang anda telah kerugian -20%. Jika anda menambah pelaburan anda sekarang sebanyak RM 10 000, apa yang akan jadi adalah :

Pelaburan Lama = RM 10 000

Pelaburan baru = RM 10 000, pada RM 0.20 sen seunit. Anda akan dapat 50 000 unit.

—————- ———— —————————

Jumlah Pelaburan anda yang terkini = RM 10 000 ( lama ) + RM 10 000 ( baru ) = RM 20 000

Jumlah unit anda terkini = 40 000 ( lama ) + 50 000 ( baru ) = 90 000

Average Cost unit terkini = RM 20 000 / 90 000 = RM 0.22 sen seunit. ( average cost unit lama = RM 0.25 sen seunit )

Nilai pelaburan anda terkini = 90 000 x 0.20 (average cost ) = RM 18 000. Ya anda masih rugi, tapi kerugian anda telah berkurangan dari -20% kepada  RM 2000 / 20 000  =  10%.

Apakah Pro nya?

Jika anda tidak menambah pelaburan anda, pada hakikatnya, anda perlu menunggu harga unit naik dari RM 0.20 kepada RM 0.25, iaitu 5 sen kenaikan.

Selepas anda membuat pelaburan, pada hakikatnya, anda hanya perlu harga unit naik dari RM 0.20 ke RM 0.22, iaitu 2 sen kenaikan sahaja untuk anda berada pada tahap ‘ balik modal ‘. Jika harga unit terus naik lagi 1 sen ( kenaikan keseluruhan 3 sen dari RM 0.20 ) , bermakna bagi setiap unit anda telah untung 1 sen sedangkan jika anda tidak membuat sebarang pelaburan tambahan, anda masih rugi 2 sen walaupun harga unit telah naik sebanyak 3 sen dari RM 0.20.

Kalau harga unit terus jatuh ?

Ada 2 pilihan, iaitu anda boleh terus tambah pelaburan anda jika anda masih ada dana ataupun anda hanya perlu tunggu untuk pasaran pulih kembali.

Dalam krisis ekonomi 2008, para pelabur cenderung untuk membuat pelaburan yang kecil dan menambah secara regular atau berkala dengan nilai tambahan yang sedikit setiap bulan atau setiap 3 bulan. Ini adalah strategi terbaik bagi menghadapi krisis ekonomi 2008. Jika anda membuat lump sum investment pun, apa yang anda perlu buat adalah tunggu untuk market pulih kembali. Perlu diingatkan, market telah setahun yang lalau mengalami penurunan.

Adakah market belum berada dipuncak krisis ( bottom line ) ?

Situasi ini tiada siapa yang tahu. Apa yang boleh dijangkakan mungkin market akan turun lagi dalam 5 – 15% ( who will knows ? ).  Jika dilihat pada pasaran di US, ia mengalami keadaan yang Yo Yo atau turun naik. Di Malaysia juga, ia mengalami keadaan yang sama. Sekejap naik dan sekejap turun. Banyak bergantung kepada sentimen dan isu persekitaran dan juga prestasi di pasaran luar. Persoalannya sekarang, bilakah pelabur akan mengembalikan keyakinan penuh  mereka dalam pasaran saham ? 

Mari lihat Basic Principle Warrent Buffet dalam menghadapi krisis ekonomi

warrent-buffet

Adakah anda sedar Warrent Buffet Billionaire saham terkemuka dunia adalah ORANG NOMBOR SATU PALING KAYA DI DUNIA, mengatasi Bill Gates di tempat kedua??

A simple rule dictates my buying: Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful,” said Buffett. “And most certainly, fear is now widespread, gripping even seasoned investors.” Warrent Buffet

Hakikatnya sebelum tercetus krisis ekonomi 2008, Warrent Buffet banyak melabur atau ‘ parking ‘ dana beliau di dalam dana – dana bond. Tindakan in samalah dengan membiarkan cash yang banyak di tangan dan juga untuk melindungi dana dari kesan inflasi. Dan sekarang, kebanyakan stocks hanya tinggal 30% dari nilai asalnya dan pada masa inilah WB telah ‘ switch ‘ dana beliau dari bond ke ekuiti. Apa rasionalnya?

Selain dari tindakan untk menolong syarikat – syarikat terbabit, WB sebenarnya tahu syarikat berkenaan mempunyai potensi yang besar untuk pulih kembali pada masa akan datang. Ia samalah dengan menolong rakan anda membeli banglonya disebabkan rakan anda sekarang mengalami masalah kewangan yang teruk.

This reminds me of the old fable from Aesop “The Ant and the Grasshopper” and it couldn’t be more true. Obviously, while the rest of people where enjoying the boom of the stock and house markets, he was getting stronger in his cash position via saving in Treasury bonds, and then when the “winter” came in, he is now ready to use his cash to buy the leftovers of the “grasshoppers” at bargain prices

“It’s far better to buy a wonderful company at a fair price than a fair company at a wonderful price.”

 

 

Anda boleh mengikuti temubual dan komen WB dalam menghadapi krisis ekonomi 2008 ini di sini!!

Walaupun saham amanah tidak sama dengan pelaburan saham secara terus, tetapi Fund Manager setiap syarikat saham amanah menggunakan strategi yang sama ( Pastinya ) , dalam membuat pelaburan di pasaran saham.

No one can go back and start a new beginning, but anyone can start now for a new ending!!

 

~ by alibara on February 1, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: