Mengapa orang berebut melabur dana saham amanah semasa harga jatuh ?
 
Jika orang tahu bagaimana saham amanah beroperasi. Orang akan membeli semasa harga murah. Walaupun dalam saham amanah, tidak ada istilah timing semasa nak melabur, tetapi kejatuhan harga saham amanah, ibarat durian runtuh atau mega sales kerana inilah peluang mereka untuk merendahkan kos unit. Dalam pelaburan saham amanah, keuntungan diukur dari segi jumlah unit yang diperolehi dan harga belian dan kos setiap unit.
 
Sekiranya harga belian, lebih tinggi dari kos setiap unit, secara automatik anda sudah membuat untung.
 
Contoh :
Jika anda melabur RM 1000, pada harga RM 0.25sen/seunit, anda dapat 4000 unit. Kos seunit adalah RM 1000 / 4000 = RM 0.25 sen seunit.
 
Jika buying price jadi RM 0.26 sen, secara automatik anda telah untung RM 0.01 sen bagi setiap unit. ( RM 0.26 – RM 0.25 = RM 0.01 )
 
Jika buying price jadi RM 0.24s sen, secara automatik anda telah rugi RM 0.01 sen bagi setiap unit. ( RM 0.24 -RM 0.25 = – RM 0.01 )
 
—————- ——– ——————————–
Dalam konsep untung, BELI MASA HARGA MURAH JUAL MASA HARGA MAHAL.
 
Jika anda mahukan keuntungan yang lebih besar atau mengelak dari mengalami kerugian yang lebih besar, anda mesti MERENDAHKAN KOS BELIAN SETIAP UNIT.
 
Untuk merendahkan kos, anda boleh buat semasa harga belian ( buying price ), berada di bawah pada harga KOS SEUNIT. Dlam contoh diatas, kos seunit anda tadi adalah RM 0.25. Jika sekarang buying price RM 0.20 sen, anda berpeluang merendahkan kos belian tadi dengan melabur atau menambah pelaburan tadi sebanyak RM 1000. Hasilnya :
 
Pelaburan 1 = 4000 unit, kos seunit = RM 0.25
Pelaburan 2 ( tambahan ) , = RM 1000 / RM 0.20 = 5000 unit.
 
Jumlah pelaburan yang telah dibuat = Pelaburan 1 + Pelaburan 2 = RM 2000
Jumlah unit dari 2 pelaburan = 4000 + 5000 = 9000 unit.
 
Kos seunit = RM 2000 / 9000 = RM 0.22 sen seunit.
 
————- ————- ——————————
Jika dari pelaburan 1 anda tidak bertindak untuk merendahkan kos seunit, anda telah rugi RM 0.05 sen setiap unit apabila buying price jatuh pada paras RM 0.20 sen. Anda terpaksa menunggu buying price naik kembali sebanyak RM 0.05 sen untuk menyamai modal yang telah dilabur.
 
Sebaliknya pula, apabila pelaburan ke 2 dibuat, anda telah merendahkan kos seunit pada paras RM 0.22 sen. Pada buying price RM 0.20 sen, anda hanya rugi RM 0.02 sen seunit. Anda hanya perlu tunggu buying price naik RM 0.02sen untuk menyamai modal yang telah dilabur. Dan apabila buying price  naik RM 0.05sen, anda telah untung RM 0.03 sen setiap unit.
 
Kesimpulannya :
Jika anda hanya biarkan shj pelaburan 1, anda hanya balik modal apabila buying price naik RM 0.05sen, tetapi jika anda membuat pelaburan ke dua, anda telah untung RM 0.03 sen apabila buying price naik RM 0.05sen ( kerana kos seunit telah direndahkan pada tahap RM 0.22 sen ).
 
—————– ———– ———————————-
 
Kebanyakan orang menjauhi saham amanah apabila nilai jatuh, dan mendekati apabila nilai diniagakan tinggi.
 
Apa yang terjadi adalah, orang yang membeli semasa harga murah, akan mendapat untung apabila buying price naik, tetapi bagi orang yang membeli semasa harga mahal, mereka akan rugi semasa buying price jatuh. Konsep pelaburan telah diterbalikkan.
 
Tip mengelak kerugian :
Jika anda membeli unit amanah, dan telah membuat untung, tanya diri anda berapakah tahap kerugian yang anda sanggup jika buying price jatuh kembali. Contoh jika nilai telah berada pada tahap RM 0.29 sen ( anda beli RM 0.25sen, untung RM 0.04sen ), tanya diri anda sampai tahap mana anda sanggup jika ia jatuh kembali. Mungkin apabila buying price jatuh RM 0.27sen, anda sudah tidak sanggup tunggu ia naik kembali. Jadi dalam keadaan ini anda SWITCH fund tersebut ke Bon atau money market. Sekarang anda telah untung RM 0.02 sen. ( bon dan money market adalah pelaburan yang bersifat risiko rendah dan tidak berubah banyak semasa ketidaktentuan pasaran saham ). Bila harga jatuh terus pada tahap RM 0.23 sen ( contoh ), dan mula naik….anda SWITCH kembali kepada equity fund. Tindakan ini akan memberikan anda unit yang banyak.

Maklumat lanjut, tanya saya !

~ by alibara on October 12, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: