Unit Trust – Pengenalan ke dalam Pasaran Saham

 

Unit Trust – Pengenalan ke dalam Pasaran Saham

Oleh Yuzairi Yunus

 Anda pasti pernah mendengar pelaburan saham amanah, unit trust atau unit amanah. Semuanya adalah sama. Apakah unit trust ? Unit Trust adalah satu pelaburan dimana duit dikumpul dari kalangan pelabur, dan dilaburkan oleh Pengurus Dana yang pakar dan berpengalaman dalam bidang pasaran saham.

Ceritanya begini, anda seorang yang berminat mengembangkan duit anda. Dan anda tahu melabur di pasaran saham seperti Bursa Malaysia, dapat menjana wang bagi anda. Tetapi, anda, saya dan banyak orang lain, tidak tahu selok belok urus niaga saham, kaunter mana yang hendak dipilih, bila nak beli dan bila nak jual, mengelak kerugian dan macam – macam lagi ragam urus niaga saham. Tetapi, anda masih berminat untuk melabur di pasaran saham. Bagaimana ?

Jawapannya adalah Saham Amanah. Duit anda dan ramai pelabur, diamanahkan kepada pihak Pengurus Dana, untuk dilaburkan di Pasaran Saham seperti Bursa Malaysia. Nah, anda sudah berjaya melaburkan duit anda di Pasaran Saham, dengan cara yang berisiko rendah, murah dan berpeluang mengaut untung melalui proses pelaburan itu.

Sekarang kita lihat siapa Pengurus Dana anda. Pengurus Dana adalah mereka yang berpengalaman luas dalam bidang urus niaga saham, yang mengurus dana anda, melaburkan duit anda ke pasaran saham dan membuat duit untuk anda. Di Malaysia, terdapat puluhan Syarikat Saham Amanah atau Mutual House, yang beroperasi sejak 30 tahun yang lalu. Salah satu yang anda paling kenali adalah, Permodalan Nasional Berhad, melalui dana Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Ini adalah agensi kerajaan. Bagi pihak swasta, anda mungkin pernah dengar Public Mutual, Hwang DBS, MAAKL Mutual, CIMB dan OSK-UOB dan banyak lagi. Dan terdapat beratus – ratus jenis dana di pasaran Malaysia sekarang ini.

Mungkin timbul keraguan di benak hati anda, ia haram atau halal ? Ceritanya begini, anda mungkin pernah membuat pinjaman rumah atau kereta dengan bank, dan pihak bank menawarkan pakej pinjaman konvensional dan syariah atau Islamic Financing. Melalui Bank Negara Malaysia, terdapat satu badan Penasihat Syariah yang memantau atau check and balance, ke atas produk – produk perbankan yang berlabelkan syariah. Mereka inilah yang memastikan produk – produk ini betul – betul Syariah. Begitu juga dengan pelaburan Saham Amanah, setiap dana yang membawa label syariah atau Islamic, mereka perlu melantik Badan Penasihat Syariah yang diiktiraf oleh Bank Negara bagi memastikan prinsip syariah dipatuhi. Mungkin anda tanya, apanya yang Syariah ? Disebabkan pelaburan di pasaran saham melibatkan banyak kaunter, terdapat kaunter – kaunter yang asas bisnesnya adalah berasaskan sumber – sumber yang haram seperti arak dan judi. Oleh itu, Badan Penasihat Syariah akan memastikan Pengurus Dana melabur hanya di kaunter – kaunter yang jelas menjalankan perniagaan yang tidak haram.

Dengan beratus – ratus dana saham amanah di pasaran, anda mungkin tanya, adakah semuanya sama ? Tak, semua dana saham amanah mempunyai objektif pelaburan yang tersendiri, tetapi boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti dana ekuiti, dana bond, dana seimbang dan dana mata wang.

Dana – dana itu juga ada yang melabur di dalam Malaysia dan ada juga yang melabur di luar negara seperti di China, Hong Kong, Taiwan dan Asia Tenggara. Ada dana yang melabur di dalam komoditi seperti kelapa sawit. Ada dana yang melabur di syarikat – syarikat blue chip. Yang penting, anda baca risalah dana dahulu sebelum melabur.

Tanya kepada agen, dana mana yang boleh dipilih. Semestinya, anda sebagai pelabur, mesti jelas dengan objektif pelaburan anda, tahap risiko anda, adakah anda pelabur yang agresif dan sanggup rugi dalam tempoh terdekat untuk mengaut untung dalam tempoh panjang, adakah anda pelabur bersifat konservatif, mempunyai tahap kerugian yang tertentu. Semua ini dapat dijelaskan apabila anda berjumpa dan bertanya kepada agen saham amanah.

Ramai orang juga mungkin bertanya, saham amanah ni betul ker tak ? Saham penipu ker ? Ingin saya jelaskan, ramai orang di Malaysia lebih percaya memberikan duit mereka kepada pelaburan internet seperti SwissCash dan macam – macam lagi. Mereka juga lebih percaya memberikan duit mereka kepada warga Afrika yang ntah dari mana datangnya. Saya hairan.

Saham Amanah adalah tertakluk dibawah akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, dipantau oleh agensi kerajaan Suruhanjaya Sekuriti ( Security Commission / SC ), yang bertindak memantau sebarang process mengaut duit dari orang ramai. SwissCash tu jangan katakan agen diorang, pejabat operasi pun tak tahu kemana.

Seperti Public Mutual ( anak syarikat Public Bank ), CIMB Wealth ( CIMB Bank ), mereka adalah institusi kewangan yang bertauliah dan sangat dikenali di Malaysia dan dunia. Syarikat – syarikat saham amanah juga dinaungi oleh FMUTM iaitu badan yang memantau operasi saham amanah di Malaysia.

Apakah kelebihan melabur di Saham Amanah ? Ramai beranggapan melabur di saham amanah dapat memberikan pulangan tinggi dalam masa yang singkat. Ini silap. Memang boleh berlaku, selepas 6 bulan melabur, anda boleh untung 20% atau 30%, seperti apa yang berlaku pada 2007. Tetapi pada masa itu, pasaran saham berada pada paras yang sangat agresif hingga indeks komposit mencecah melebihi 1500 mata, pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Anda perlu ingat, pelaburan saham amanah bergantung kepada keuntungan dari operasi pelaburan pasaran saham. Pengurus Dana yang pakar dan berpengalaman, akan senang – senang memilih kaunter yang dapat memberikan keuntungan sewaktu pasaran saham Bull Run. Tetapi jangan lupa, pasaran saham ibarat roda, ada waktu naik dan ada waktu jatuh. Ada ketikanya saham amanah tidak memberikan keuntungan kepada pelabur, terutamanya sewaktu pasaran saham merudum. Sebab itulah, pelaburan saham amanah, menyasarkan tempoh 3 tahun ke atas sebagai tempoh pelaburan yang matang dan digalakkan. Dengan kata lain, melabur hari ini, dan tunggu 3 tahun untuk melihat hasilnya.

Dalam perancangan kewangan, seperti merancang dana persaraan, merancang dana pendidikan anak, saham amanah digunakan kerana ia bersifat pelaburan jangka panjang. Jika dilihat secara menyeluruh, pelaburan jangka panjang ini dapat memberikan pulangan antara 8% – 15% setahun kepada pelabur. Ini adalah pulangan yang bersifat konservatif. Pulangan yang bersifat agreasif boleh mencecah sehingga lebih dari 40% setahun. Melaburlah dalam tempoh yang panjang, agar anda boleh menempuh pelbagai ragam pasaran saham sama ada naik dan turun.

Sebelum anda melabur di saham amanah, saya menyarankan agar anda :

1. Mempunyai dana kecemasan anda sendiri. Dana kecemasan bermaksud, anda mempunyai simpanan cash di bank sekurang – kurangnya 3 bulan gaji. Dana kecemasan ini adalah persiapan anda menghadapi kecemasan seperti hilang kerja, sakit dan kemalangan dan macam – macam. Ini kerana, prinsip pelaburan saham amanah tidak menggalakkan anda mengeluarkan duit anda sebelum mencapai tempoh yang dicadangkan iaitu 3 tahun.

2. Melabur secara berkala – Melabur secara berkala dengan jumlah yang tetap untuk setiap bulan contohnya RM 100 sebulan. Ia juga disebut Ringgit Cost Averaging atau RCA. RCA banyak kelebihnya. Dengan RCA anda dapat membeli lebih banyak unit pada harga yang rendah, dan mengaut untung semasa harga naik. Selepas suatu tempoh, kos purata seunit ( average cost unit ) dapat diturunkan. Dengan ini, margin keuntungan anda akan menjadi lebih besar.

3. Antara lain, teliti dan baca risalah dana sebelum membuat pelaburan. Ketahui objektif dan jenis pelaburan yang dibuat. Kenali Pengurus Dana anda. Trust, percaya kepada Pengurus Dana anda.

Syarikat saham amanah mana yang hendak dipilih ?

Jawapan saya senang, anda boleh memilih mana – mana dana unit amanah anda. Kerana syarikat saham amanah yang terbaik sekalipun, belum tentu dapat memberikan anda pulangan yang anda inginkan sebab pasaran saham adalah bersifat subjektif dan mudah dipengaruhi sentimen dan persekitaran.

Semua syarikat saham amanah mempunyai tenaga dan kepakaran mereka sendiri. Oleh itu, anda tidak perlu terlalu risau disebabkan syarikat A mempunyai dana yang lebih besar dari syarikat B. Yang penting selepas membuat pelaburan, review prestasi pelaburan anda dari masa ke semasa.

Public Mutual, antara syarikat saham amanah yang mengaut ratusan juta ringgit setiap kali dana barunya dilancarkan. Ada dana – dana yang mececah RM 1 billion selepas dilancarkan. Tetapi perlu diingatkan saiz dana yang besar tidak menjamin pulangan di masa depan. Mungkin dana yang bersaiz kecil akan memberikan pulangan yang lebih.

Anugerah yang diterima oleh Public Mutual mencecah 100 lebih sejak ia ditubuhkan. Telah diiktiraf sebagai Pengurus Dana Terbaik Asia sebanyak 2 kali. Memenangi anugerah terbanyak 5 kali berturut – turut oleh Lipper dan Standards & Poor. Walaupun ini semua tidak menjamin pulangan untuk masa depan, tetapi ia menunjukkan kualiti pengurusan, kecekapan, kepakaran, dan pengalaman yang dimiliki oleh Public Mutual.

Nah sekarang anda sudah jumpa syarikat saham amanah mana yang anda hendak sertai. Get it started.

Semoga anda berjaya dalam mencapai objektif kewangan anda untuk masa depan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

~ by alibara on October 11, 2008.

One Response to “Unit Trust – Pengenalan ke dalam Pasaran Saham”

  1. Terima Kasih diatas penerangan yang cukup jelas & detail..mudah di fahami..sedikit sebanyak membantu saya untuk belajar menguruskan kewangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: