Unit Trust – Bolehkah prestasi lepas menjadi ukuran masa hadapan ?

 

Unit Trust – Bolehkah prestasi lepas menjadi ukuran masa hadapan ?

oleh Yuzairi Yunus

 

Semasa anda membaca pemplet Dana Saham Amanah, pernahkah anda terbaca statement kecil yang tertulis di bahagian bawah berbunyi : Prestasi masa lepas tidak boleh dijadikan ukuran untuk prestasi masa hadapan. Ini adalah statement biasa yang pasti ada dalam mana ?mana risalah atau pemplet dana saham amanah. Walaupun syarikat saham amanah berkata demikian, tetapi sering kali juga syarikat ?syarikat saham amanah ini mempamerkan prestasi dana ?dana mereka di pemplet promosi masing ?masing. Kenapa ? Adakah semata ?mata hendak menarik minat pelabur menyertai pelaburan di syarikat mereka ? Secara tak langsung, kebanyakan pelabur akan terpengaruh dengan keadaan ini dan seterusnya menjadikan prestasi masa lepas sebagai pegangan dan gambaran jelas bagi prestasi masa hadapan, seterusnya menyertai pelaburan di syarikat saham amanah terbabit. Adakah langkah ini satu kaedah yang betul dan selamat ?

Kajian

 

Eric Wong, Hong Kong head of research for Lipper ( Thomson Reuters company ), membuat analisis ke atas total return dana ?dana di bawah kategori Equity Malaysia dan Bond. Dia dapati, dana ?dana yang mendapat pulangan tinggi dalam tempoh tertentu masa lepas, akan beroleh pulangan yang rendah dalam tempoh tertentu akan datang. Dari 10 dana saham amanah berkedudukan 10 terbaik, hanya 2 dana sahaja yang akan mengekalkan kedudukan masing ?masing selepas 2 tahun yang berikutnya. Analisis menunjukkan, tiada bukti yang kukuh bagi menyokong kenyataan bahawa dana ?dana yang mendapat pulangan tinggi untuk 1 tahun tertentu, akan mengekalkan kedudukan mereka untuk 1 tahun yang berikutnya.

Kajian oleh Pretta Mehrotta, head research di Perkasa Normandy Advisers Sdn bhd :

Kajian ke atas dana ?dana ekuiti yang mencatatkan pulangan tertinggi pada tahun 2005, tiada satu pun yang mengekalkan prestasi masing ?masing pada 2006 dan 2007. Kajian tersebut menekankan, dana ?dana yang berkedudukan 10 terbaik, akan mudah jatuh pada tahun yang berikutnya. Ada juga dana ?dana yang masih mengekalkan pulangan yang boleh dikatakan tinggi, tetapi kebanyakannya gagal mengulangi prestasi seperti sebelumnya.

Kajian juga menjelaskan, dana ?dana yang berkedudukan terbawah, masih lagi gagal untuk bangkit bagi memberikan dan memperbaiki pulangan untuk dana ?dana yang seterusnya. Tetapi untuk satu tempoh tertentu, dana ?dana terbabat akhirnya akan pulih dan memberikan pulangan yang bersesuaian kepada pelabur.

Kajian seterusnya ;

Dari 25 dana ?dana berkedudukan terbaik tahun 2007, hanya 21.43% yang mengekalkan prestasi pada tahun berikutnya. Ini bermakna, lebih 70% gagal mengekalkan kedudukan pada tahap 25 dana terbaik tahun berikutnya.

Dari 25 dana ekuti berkedudukan 25 terbawah, 22.22% masih mengekalkan kedudukan pada 25 dana ?dana terbawah, tetapi 22.22% naik pada 25 dana terbaik tahun berikutnya.

Bagi dana ?dana bond, hanya 7.69% yang masih mengekalkan kedudukan terbaik untuk tahun ?tahun beriutnya.

Kenapa pulangan lepas tidak boleh dijadikan ukuran yang tepat?

Ini kerana nombor tidak menjelaskan apa ?apa. Pulangan yang tinggi untuk satu tempoh masa, mungkin disebabkan keadaan pasaran yang memnuhi strategi dan matlamat syarikat saham amanah. Pengurus dana yang menunjukkan prestasi cemerlang semasa keadaan pasaran saham ‘ bull run ‘, mungkin akan gagal mengulangi prestasihya semasa keadaan pasaran ‘ bear run ‘ atau ‘ kemelesetan ‘. Keadaan pasaran saham sekarang berubah secara mendadak dan ini mungkin akan menjejaskan prestasi dana ?dana saham amanah.

Pentingnya, berapa besar kesan di atas perubahan ragam pasaran saham seperti ( bull run, bear run, recession, volatile, economic expansion ), bakal menjejeaskan dana ?dana yang dipilih.

Adakah prestasi dana masa lepas patut diabaikan terus ?

Total return hanyalah menunjukkan prestasi dana pada masa lepas. Sebaiknya beberapa kriteria dijadikan ukuran dalam memilih dana untuk pelaburan. Selepas menapis dana ?dana yang hendak dipilih, akhirnya buat kajian sedikit ke atas dana ?dana terbabit. Apabila melihat prestasi lepas dana ?dana terbabit, lihat juga :

1) bagaimana dana ?dana tersebut berjaya mendapatkan pulangan yang tinggi pada masa lepas. Adakah ia disebabkan keadaan pasaran komoditi minyak sawit melambung tinggi ? Yang memenuhi kriteria pelaburan dana terbabit ? Dana adakah ia bakal mengekalkan kehendak pasaran komoditi terbabit untuk masa yang akan datang ? Adalah baik membeli dana yang menurun semasa pasaran saham merudum, tetapi akan naik mendadak semasa harga pasaran saham melonjak. Pengurus dana yang berbakat, berkemampuan untuk mengurus dan seimbangkan risiko dan pulangan semasa kitaran pasaran saham yang tak menentu, disamping mengelak dari kerugian yang besar dan membuat untung semasa keadaan pasaran saham kembali melonjak.

2) Pentingkan konsistensi daripada dana yang hanya berkedudukan terbaik untuk satu tempoh tertentu sahaja. Dana yang memberikan pulangan 10% setahun selama 5 tahun berturut ?turut adalah lebih baik dari dana yang memberikan pulangan 20% untuk tahun pertama sahaja, tetapi rugi untuk tahun ?tahun yang berikutnya.

3) Lihat kepada kebolehubah sesuatu dana ( volatility ). Sesetengah pengurus dana, mungkin akan mengabaikan untung atau return untuk tempoh terdekat, kerana ingin mengekalkan kualiti kredit. Penurunan nilai kualiti kredit akan membuatkan nilai capital sesuatu dana turut jatuh.

Pun begitu, bukanlah kedudukan dana menjadi tali ukuran bagi anda mencapai objektif kewangan. Walaupun dana anda berada pada kedudukan 50 ke atas dan berubah setiap tahun, tetapi masih dapat memberikan pulangan yang memenuhi target anda setiap tahun, ia tidak menjadi masalah. Lebih 100 dana saham amanah di dalam pasaran, mampukah kita menilai satu ?satu dana terbabit ? Sudah tentu tidak. Kita bukan pelabur sepenuh masa yang membuat kajian saham amanah. Adalah lebih baik kita melabur di Bursa Malaysia secara terus jika kita sudi meluangkan masa membuat kajian pasaran saham.

Pilihlah dana ?dana dari syarikat pengurus dana yang berpengalaman. Ini akan memudahkan tugas anda. Lihat kembali rekod dana ?dana yang diurus oleh syarikat terbabit. Secara tak langsung ia dapat mambantu anda memilih dana ?dana bagi memenuhi matlamat kewangan anda.

Mungkin anda pernah dengar syarikat saham amanah yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat dalam dan luar negara. Apa makna anugerah tersebut ? Anugerah itu menunjukkan KUALITI. Kualiti syarikat saham amanah terbabit. Jika ingin memilih jurulatih bolasepak, kita mesti pilih jurulatih yang dah memenangi pelbagai anugerah dan pingat. Kerana ia menunjukkan KUALITI jurulatih terbabit. Sama lah juga dalam memilih syarikat saham amanah. Pilihlah yang terbaik. Ada lebih 10 syarikat saham amanah terbaik di Malaysia sekarang ini. Badan ?badan yang memberi anugerah ini adalah agensi antarabangsa seperti Standard ‘ s and Poor dan Lipper. Ulasan mereka didengar oleh seluruh dunia seperti ulasan kejatuhan ekonomi US baru ?baru ini.

Ada lebih 50 dana ?dana baru di pasaran sekarang. Ia masih belum menunjukkan prestasi pulangan yang boleh dijadikan ukuran kasar ke atas dana terbabit. Untuk itu, baca prospektus dana terbabit, syarikat ?syarikat yang terpilih untuk dilabur, dan buat kajian sedikit mengenai pasaran saham yang menjadi benchmark dan tersebut. Perlu diingat, saham amanah bukan pelaburan untuk mengaut keuntungan secara pantas kerana ia bukan skim cepat kaya. Selepas setahun, buat penilaian semula ke atas dana terbabit.

Yang penting, minta penerangan jelas dari agen saham amanah anda.  Dapatkan nasihat percuma dari sy, untuk pelaburan saham amanah. tq

~ by alibara on October 11, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: