Pelaburan saham amanah dan Ringgit Cost Averaging (RCA)

 

Kempen pelaburan Ringgit Cost Averaging ( RCA ) oleh Public Mutual

Kearah pelaburan jangka panjang bagi memenuhi matlamat kewangan anda

oleh Yuzairi Yunus

 

Pelaburan Saham Amanah adalah bersifat jangka panjang. Ramai orang beranggapan pelaburan saham amanah adalah untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek. 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun. Bagi syarikat saham amanah, mereka menyasarkan pelaburan saham amanah adalah bersifat jangka sederhana iaitu sekurang – kurangnya 3 tahun, dan jangka panjang, iaitu sekurang – kurangnya 5 tahun.

 

Ya, ada sesetengah kes, pelaburan saham amanah memberikan keuntungan selepas 6 bulan melabur. Perlu diingatkan, semasa anda mula melabur, caj 5.5% akan dikenakan ke atas jumlah pelaburan anda. Ia hanya untuk sekali sahaja. Ini bermakna anda berada dalam keadaan defisit, iaitu sedang menanggung kerugian -5.5%. Jika anda membeli 1 unit dana saham amanah pada harga RM0.25, anda harus menunggu harga unit anda naik pada kadar RM 0.26, baru anda dapat cover semula charge 5.5% yang telah dibayar dahulu. Dan apabila harga unit naik lagi sehingga 3 – 4 sen lagi, anda sudah membuat untung antara 8% – 15%. Ya ia boleh berlaku dan ia pernah berlaku. Pelabur yang melabur pada 2006, membuat untung sehingga 60% lebih pada akhir 2007.

 

Pada ketika market Bull Run, banyak kaunter – kaunter membuat keuntungan dan ini memberikan keuntungan pada dana saham amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana yang berpengalaman. Bagi sesuatu dana, Pengurus Dana mungkin akan melabur wang dana ke dalam lebih 20 kaunter. Mungkin 50 kaunter. Jika 60% atau 70% kaunter membuat keuntungan, secara tak langsung dana yang diurus tersebut juga membuat untung. Dan harga unit juga akan naik dan anda untung. Tak hairan jika anda boleh mendapat keuntungan lebih 10% walaupun baru melabur 6 bulan atau 1 tahun.

 

Tetapi langit tidak selalunya cerah. Ini bermakna keadaan pasaran tidak selalunya memberikan reaksi yang positif. Ia bergantung kepada banyak faktor. Ekonomi dunia, harga minyak, permintaan komoditi, politik, perang antara negara kuasa besar dan ancaman bencana alam. Ini akan menjadikan pasaran saham mempunyai pelbagai ragam dan watak yang berbeza. Masa inilah pentingnya peranan Pengurus Dana. Pengurus Dana yang cekap, akan memastikan strategi pelaburan mereka memenuhi kehendak dan matlamat dana, disamping mengelak dari mengalami kerugian.

 

Walau apa pun yang berlaku, kunci pelaburan saham amanah adalah BELI PADA HARGA MURAH, DAN MENJUAL PADA HARGA TINGGI. Barulah anda boleh buat untung. Atau, Kos seunit dana anda lebih rendah pada harga belian. Barulah anda boleh buat untung.

 

Dengan apa cara kos unit boleh diturunkan ? Pada setiap tahun atau setiap tahun kewangan berakhir sesuatu dana, Pengurus Dana akan declare distribution. Atau pemberian dividen. 10 sen seunit. Atau 15 sen seunit. atau berapa sahaja. Mungkin tiada langsung pada tahun itu. Apa akan jadi setelah distribution dibuat ?

 

Katakan anda mempunyai pelaburan bernilai RM 10 000 = 40 000 unit pada kos seunit adalah RM 0.25 sen/unit. Pemberian dividen dibuat tahun itu, 5 sen seunit, ini bermakna anda mendapat RM 2000 atau 8000 unit EXTRA. Sebenarnya, anda tidak mendapat RM 2000 tersebut dalam bentuk wang. Pelaburan anda masih tetap RM 10 000, bukan RM 12 000. Tetapi apa yang berubah adalah unit anda pada ketika ini adalah 48 000, lebih 8000 dari distribution tadi. HASILNYA, kos seunit anda juga akan diturunkan dari RM 0.25 kepada RM 0.208 sen. Selepas distribution, harga belian juga akan diturunkan. Anda hanya membuat untung apabila Harga Belian naik. Harga Belian akan naik jika Pengurus Dana membuat untung melalui pelaburannya dan mendapat pelaburan baru dari pelabur – pelabur lain.Kalau harga belian naik kepada RM 0.24 sen, anda sudah membuat untung 4 sen seunit. Kesimpulannya, semakin turun Kos seunit dana anda, maka semakin besar peluang anda membuat untung.

 

Ini perkiraan yang mudah. Pada waktu pasaran saham baik. Cergas. Tetapi apa berlaku jika pasaran saham menurun. Lembap. Kemelesetan ekonomi dunia. Yang menyebabkan harga belian anda semakin hari semakin turun. Dari RM 0.25 sen, turun ke RM 0.22 sen, turun lagi ke RM 0.20 sen, turun lagi ke RM 0.18 sen. Wah anda sekarang telah rugi 7 sen seunit. Apa perlu dibuat ?

 

Bagi sesetengah pelabur, mereka hanya mengambil sikap tunggu dan lihat. Ya sikap tunggu dan lihat ini sesuai bagi pelabur – pelabur sejati saham amanah yang matlamat kewangannya adalah bersifat jangka panjang. Pelaburan saham amanah begini tidak perlu untuk meyemak harga belian tiap – tiap hari. Tunggu selepas 5 tahun dan tengok hasilnya. Tetapi ada juga pelabur yang begitu mengambil berat dengan harga belian saham amanah. Tiap – tiap hari check di internet. Makin hari makin turun menyebabkan pelabur mula berasa risau dan ragu – ragu tentang keupayaan Pengurus Dana Saham Amanah.

 

Ada cara mengatasi keresahan anda. Ringgit Cost Averaging. Ya inilah satu kaedah jangka panjang bagi meresap kesan naik turun pasaran secara mendadak. Saya bagi contoh simple. Seorang peniaga air minuman bancuhan tepi jalan, membeli gula setiap minggu untuk membuat air gula. Minggu pertama, harga asal gula adalah RM 1.50. Minggu kedua, harga gula adalah RM 1.30, dan minggu ketiga harga gula RM 1.00. Jika beliau memperuntukkan RM 10 setiap minggu untuk membeli gula, beliau akan mendapat 6.66kg gula minggu pertama, 7.69kg gula minggu kedua, 10 kg gula minggu ketiga. Jumlah kg gula diperolehi adalah 24.35 kg pada harga RM 30. Kos 1 kg gula adalah RM 1.23 /kg. Semakin rendah kos, semakin besar keuntungan boleh dibuat.

 

Begitu juga dengan saham amanah jika anda membuat pelaburan secara berkala, setiap bulan, atau setiap suku tahun, anda akan mendapat lebih unit pada harga belian rendah, dan anda membuat untung pada harga belian tinggi. Jika harga belian terus jatuh, dan anda tetap membuat pelaburan dengan jumlah yang sama secara berkala, contoh setiap bulan, Kos Unit anda akan turut turun. Dengan ini, margin antara kos unit anda, dengan Harga belian semasa, akan dikecilkan. Lihat ilustrasi dibawah

 

Sy ambil contoh Dana XXX antara Januari 2007 hingga December 2007.

 

 

Analisis:

 

Kalau lihat kepada pelaburan saham amanah diatas, dari harga julan pada bulan Januari, RM 0.2549, turun pada paras terendah pada bulan Julai 2008 iaitu pada harga RM 0.1477. Kerugian sebanyak RM0.1072. Dan naik kembali sehingga RM 0.2510 pada bulan December 2008. Masih kerugian RM0.004 sen.

 

Jika anda membuat pelaburan lump sumRM 1200 pada Januari 2008, nilai pelaburan anda pada December 2008 adalah RM 1181.6. Masih rugi. Anda perlu menunggu lagi untuk harga belian naik melepasi paras RM0.2549. Baru anda buat untung.

 

Tetapi dengan Ringgit Cost Averaging (RCA), iaitu pelaburan tetap berkala, dengan jumlah yang sama ( contoh RM 100/sebulan ), hasilnya menjadi berlainan.

 

Lihat jadual diatas, setelah RCA dibuat, Kos Seunit menjadi ( RM 1200 jumlah pelaburan / 6240.8 jumlah unit ) = RM0.1923. Harga purata sepanjang tahun itu adalah RM 0.1983.

 

Margin keuntungan anda sekarang adalah, ( RM 0.2510, harga bulan December ) – (RM 0.1923 Kos Seunit ) = RM 0.0587 seunit. Pada December 2008, nilai pelaburan anda menjadi 6240.8 x RM0.2510 = RM 1566.4. Anda berjaya mengelak dari kerugian, walaupun harga belian pernah turun ke paras RM 0.14, dan pada akhirnya membuat untung pada kadar 30.53% dari jumlah pelaburan.

 

Inilah kelebihan melabur dengan kaedah Ringgit Cost Averaging. Menyerap dan mengurangkan kesan kerugian pada harga pasaran jatuh, dan membuat untung pada ketika harga pasaran naik kembali. Tidak kira berapa jumlah pelaburan berkala yang hendak dibuat, RCA adalah pelaburan bersifat jangka panjang. Semasa keadaan pasaran cenderung untuk berubah secara mendadak, RCA membawa hala tuju pelaburan anda ke arah yang untuk suatu tempoh jangka panjang. Bear Market atau Bull Market, boleh bertahan untuk sebulan. malah ada yang bertahan sehingga bertahun, dan disebabkan keadaan ini, RCA tidak berkesan untuk tempoh jangka pendek. Walaupun RCA dilakukan secara kerap, contohnya membeli unit 10 kali dalam 1 bulan, tetapi dengan perubahan harga belian yang sedikit, ia tidak membawa kesan yang banyak untuk tempoh jangka pendek. Tetapi, untuk tempoh jangka panjang, dengan pelaburan akan melalui beberapa kitaran keadaan pasaran naik dan turun, RCA akan membantu pelabur ’ Membeli pada harga murah ( market bear run ), dan membuat keuntungan ketika harga tinggi ( market bull run ) ’

 

Banyak Dana Saham Amanah sekarang, menggalakkan pelaburan RCA ini dengan bermula dengan jumlah pelaburan yang sedikit, dengan harapan untuk masa yang seterusnya, pelabur akan melabur secara berkala tidak kira berapa jumlah pelaburan yang hendak dibuat, walaupun serendah RM 100 sebulan.

 

Jika anda berminat menyertai pelaburan RCA, terutamanya dalam keadaan pasaran Bear Run ( pasaran lembap ), disini ada beberapa tips penting untuk dijadikan panduan :

 

  • Bermula secepat yang mungkin – setengah orang ingin bermula ketika harga pasaran mula naik kembali. Silap. Dalam pelaburan saham amanah RCA, tiada timing. Sebab over longer period of time, pelaburan akan melalui pelbagai kitaran keadaan pasaran.

 

  • Terus melabur untuk jangka panjang – Ramai orang terpengaruh dengan sentimen sekeliling – laporan suratkhabar, khabar angin, ramalan yang buta tuli, perasaan pesimis, prestasi masa lampau – semua ini mempengaruhi sentimen pelabur. Jadi abaikan apa yang anda dengar dan lihat. Teruskan melabur untuk jangka panjang. Ramai yang tidak sedar, banyak pelabur 2005, quit pada tahun 2006, sedangkan tahun 2007 mereka UNTUNG BESAR jika mereka terus setia melabur.

 

  • Ambil kesempatan dengan teknologi Auto Debit / Auto deduction – Anda tidak perlu terburu – buru pergi ke Bank setiap bulan untuk melabur. Auto Deduction akan memastikan pelaburan anda akan ditolak dari gaji anda pada masa dan jumlah yang ditetapkan. Right on Time.

  • Berani menerima kerugian – Rugi siapa pun tak mahu. Tetapi, dengan RCA, anda sebenarnya tidak perlu melompat ,kerana semasa harga turun, kos anda turut dikurangkan. Harga unit tidak seperti harga saham di KLCI, dimana ia tidak turun secara mendadak dalam tempoh singkat. Pun begitu, jika anda masih takut, anda boleh tetapkan tahap kerugian anda yang boleh terima. Contoh jika anda sudah untug 45%, mungkin anda tetapkan tahap kerugian anda pada 5%. Then Switch fund ke bond atau money market yang lebih stabil. (lihat artikel Switch Fund ).

 

Ya, sekarang mula hubungi agen Unit Amanah anda bertanyakan hal ini. Caranya, isi form Auto Debit. RM 100, RM 200 atau RM 1000 sebulan sekali pun. Dan teknologi masi kini akan memastikan pelaburan anda akan dilaburkan secara tepat pada masa dan jumlah yang anda mahu. Biar agen anda uruskan hal form tersebut.

 

 

~ by alibara on October 11, 2008.

One Response to “Pelaburan saham amanah dan Ringgit Cost Averaging (RCA)”

  1. […] Public Mutual lancar kempen Ringgit Cost Averaging 2008 Public Mutual telah melancarkan kempen Ringgit Cost Averaging 2008. Apakah Ringgit Cost Averaging atau RCA ? Baca artikel ini. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: