Kesan Inflasi ke atas Coverage Insurans

Kesan Inflasi ke atas Insurans

Oleh Yuzairi Yunus

Membeli insurans atau takaful adalah pekara yang mudah. Tetapkan objektif kewangan anda, kira coverage yang diperlukan, rider yang berkaitan, dan anda sudah boleh membeli satu polisi insurans atau takaful. Jika ada sesuatu yang berlaku ke atas anda, jumlah coverage tersebut pasti mampu menyara isteri dan anak – anak anda. Opss, ada satu benda yang harus difikirkan semula – kenaikan harga barang – Inflasi.

Selalu orang kaitkan inflasi apabila mula musim perayaan, kenaikan harga minyak global. Orang merungut harga beras naik, harga minyak petrol naik, dan macam – macam yang naik sehinggakan nak masuk tandas pun kena bayar RM 40 sen disesetengah tempat.

Berapa kadar inflasi di Malaysia ? Ya buat julung – julung kalinya, kadar inflasi di Malaysia berada pada paras 8.5% * pada July 2008, sedangkan pada bulan May pada tahun yang sama ia berada pada kadar 3.8% *. Disebabkan kenaikan harga barang yang meruncing, ramai yang terpaksa cut sana sini semata – mata mahu berjimat. Dan yang paling teruk, ada yang sanggup ponteng bayar atau tutup terus insurans atau takaful yang telah dibeli bertahun, sedangkan insurans /Takaful itulah yang akan mewariskan gaji sedia ada kepada keluarga seandainya seorang pencari nafkah tidak mampu bekerja lagi. Inflasi tidak akan mengubah nasib seseorang, kalau ditakdirkan ajal dah tiba, atau diserang penyakit strok akibat tekan hidup, ia tetap datang tanpa sedikit pun lewat atau awal.

Banyak orang melakukan perkara yang bertentangan, cut off peruntukan untuk bayar insurans pada waktu kadar inflasi sedang memuncak, sedangkan waktu inilah mereka sepatutnya meningkatkan lagi tahap dan coverage insurans kerana inflasi akan meninggkatkan kos perubatan dan hospital, memberikan kesan keatas nilai pelaburan dan meningkatkan kos kehidupan.

Ramai yang tahu, sebelum kenaikan inflasi Julai 2008, kos sara hidup di Malaysia adalah lebih tinggi dari yang sepatutnya. Insurance yang dibeli pada 10 tahun lepas, mungkin tidak cukup lagi menampung keperluan kehidupan pada masa sekarang sekiranya sesuatu berlaku ke atas pencari nafkah keluarga.

Jika anda membeli insurance yang berbentuk term plan, dengan coverage yang sama, bayaran premium semakin anda tua, semakin naik harganya. Tetapi nilai coverage tetap sama. Hari ini anda membeli coverage RM 100 000 pada RM 350 setahun, 10 tahun kemudian, anda tetap mendapat coveage RM 100 000 tetapi pada harga RM 950 setahun. Lebih mahal, dan sedar atau tak coverage RM 100 000 itu adalah tidak cukup untuk 10 tahun yang akan datang.

Di zaman ayah kita, mungkin mereka boleh membeli set makan tengahari pada harga RM 3 ke bawah, tetapi pada zaman kita, hari ini, RM 3 hanyalah boleh membeli seketul ayam goreng. Set makan tengahari pada hari ini lebih dari RM 5, digerai biasa. Di gerai nasi kandar, senang – senang boleh mencapai RM 8.

Disebabkan kos kehidupan yang semakin naik, review ke atas polisi anda perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Lihat coverage yang anda beli, cukupkah seperti apa yang dirancang ? Dan lebih bermasalah, kebanyakan orang, membeli insurans / Takaful, hanya sekadar ada. Coverage rendah untuk bayaran yang termurah. Ini tak betul. Coverage sudah sedia rendah, ditambah dengan kesan inflasi, coverage yang ada sama sekali tidak dapat menampung kehidupan untuk mereka. Belilah insurans dengan coverage yang tinggi, pada pakej yang termurah. Dan dapat menampung keperluan keluarga anda untuk 20 atau 30 tahun akan datang, sekiranya pencari nafkah meninggal atau lumpuh kekal.

Apabila anda dapati coverage term plan insurans yang anda beli 10 tahun lepas tidak mencukupi sekarang, anda boleh fikirkan untuk mendapatkan polisi tambahan bagi menampung coverage sedia ada. Dan ia bukan dengan Life insurans sahaja, – Medical insurance, retirement planning, education planning, atau estate planning – perlu review semula bagi memenuhi objektif kewangan anda.

Antara penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan membeli polisi insurans berbentuk pelaburan atau investment Linked ? Ya, Investment Linked membolehkan anda membuat 2 perkara dengan satu penyelesaian. Income Protection dan Retirement Fund. Dengan IL, coverage insurans untuk keluarga anda dijamin mencukupi kerana adanya investment fund yang dapat menampung kenaikan kos kehidupan. Selepas beberapa tahun membeli polisi IL, dan ditakdirkan sesuatu terjadi kepada anda, coverage asal akan diberikan beserta dengan sejumlah dana hasil dari pelaburan yang telah dibuat.

Ada juga IL insurance yang memberikan pakej kenaikan nilai coverage 1% setiap tahun. Ini semua adalah untuk mempastikan coverage insurans mencukupi bagi keluarga anda.

Seperti Unit Trust, Investment Linked, membolehkan anda untuk melabur di dana – dana saham amanah dengan pulangan yang kompetatif. Dengan pelbagai pilihan dana, portfolio pelauburan anda akan dipelbagaikan. Risiko menjadi rendah, dengan potensi pulangan yang mengatasi kadar inflasi setiap tahun. Dengan pelaburan secara bulanan, anda dapat mempraktikkan RCA atau kaedah Ringgit Cost Averaging yang sesuai untuk pelaburan yang bersifat jangka panjang.

Apabila menyebut saham amanah, anda tidak perlu skill yang tinggi, timing yang betul – semata – mata untuk melabur, kerana kerja ini akan dilakukan oleh Pengurus Dana yang pakar dan berpengalaman luas.

Semua ini menjadikan Investment Linked adalah pilihan terbaik dalam memastikan coverage Insurans / Takaful sentiasa mencukupi untuk keluarga, disamping mendapatkan pulangan pelaburan yang kompetatif dalam keadaan pasaran yang turun naik.

Jadi, pastikan anda dapat wariskan gaji anda pada jumlah yang mencukupi, sekiranya anda, Pencari Nafkah keluarga, tidak mampu bekerja lagi.

 

 

 

 

 

~ by alibara on October 11, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: