Insurans – berapakah jumlah coverage sebenar diperlukan?

 Insurans – Berapakah jumlah coverage yang diperlukan ?

oleh Yuzairi Yunus

 

Kita semua memerlukan perlindungan Insurnas bagi mengurangkan kesan atau akibat dari risiko dan kerugian yang dialami. Untuk sebuah keluarga, insurans diperlukan bagi membiaya kos perubatan penyakit di hospital, menggantikan gaji atau pendapatan yang terputus akibat dari ketidakupayaan Pencari Nafkah untuk bekerja. Di Malaysia, terdapat dua jenis perlindungan Insurans hayat atau nyawa iaitu Insurans Konvensional dan juga Takaful. Di Malaysia, syarikat Takaful mempraktikkan kaedah sepertimana Insurans konvensional selagi ia tidak melanggar kehendak Syariah. Beberapa prinsip asas Insurans seperti jaminan ganti rugi dan juga tawakal, juga dipraktikkan dalam dunia Takaful kerana ia adalah prinsip yang diterima pakai secara menyeluruh disebut ‘uruf.

Pengiraan berapa jumlah insurans yang diperlukan oleh setiap orang, adalah bergantung kepada situasi kewangan dan juga matlamat kewangan bagi setiap individu atau keluarga. Pun begitu, terdapat beberapa guidelines yang boleh dijadikan panduan untuk mengira keperluan insurans bagi hampir semua jenis insurans.

Anda harus mengambil kira tujuan insurans itu diambil. Adakah 100% untuk protection ? Atau sebagai satu cabang pelaburan bagi financial planning anda ? Adakah ia bertempoh, katakan 20 atau 30 tahun, atau untuk sepanjang hidup anda ? Apabila anda tahu dan jelas mengenai tujuan anda untuk mengambil insurans, anda boleh memulakan proses untuk mengira jumlah coverage insurans yang diperlukan.

Nilai semula jumlah hutang anda, dan jumlah permulaan coverage anda haruslah tidak bawah dari jumlah hutang anda. Sesetengah orang, membuat pinjaman perumahan, kereta, personal dan kad kredit, syarikat peminjam wang atau bank sudah meletakkan syarat wajib untuk insurans untuk loan terbabit. Jika ada hutang ?hutang anda yang tidak diinsuranskan, maka anda harus mengambil kira hutang ?hutang tersebut di dalam coverage insurans anda.

Langkah seterusnya adalah bagi mengira coverage tambahan untuk menggantikan pendapatan yang telah hilang akibat kematian / hilang upaya kekal, bagi pembiayaan sara hidup keluarga. Bentuk pembayaran adalah dalam bentuk dana sekali gus bagi menggantikan total income yang telah hilang untuk 20 atau 30 tahun akan datang.

Langkah terakhir, mungkin anda perlu mengambil kira coverage untuk dana persaraan dan juga dana pendidikan anak.

Insurans / Takaful Hayat ( Life Insurans )

Untuk coverage individu, terdapat 2 jenis perkiraan digunakan iaitu Capital Preservation dan Total Expenses.

Capital Preservation dikira berdasarkan jumlah dan keperluan 300 kali Income bulanan seseorang pada interest rate 4% setahun. Sebagai contoh, jika jumlah gaji bulanan diterima adalah RM 3000, jumlah coverage adalah 300 x RM 3000 = RM 900 000. Dengan kata lain, apabila berlaku kematian atau hilang upaya kekal, pencarum mendapat RM 900 000, dan dana ini apabila diletakkan dalam bank dengan purata pulangan 4% setahun, hasil tahunan diperolehi adalah RM 36 000 atau RM 3000 sebulan. Dana inilah digunakan waris bagi menggantikan income yang telah hilang.

Method kedua, Total Expenses, coverage dikira berdasarkan berapa tahun bagi waris iaitu isteri dan anak – anak memerlukan financial support. Sebagai contoh, jika anak paling muda, berumur 5 tahun, dia mungkin memerlukan 15 hingga 20 tahun financial support, dan dengan itu seseorang Pencari Nafkah keluarga mungkin memerlukan coverage sehingga 15 hingga 20 kali pendapatan tahunan. Sebagai contoh, jika income tahunan berjumlah RM 36 000, maka ia memerlukan 20 x RM 36 000 = RM 720 000 jumlah coverage dengan andaian si anak memerlukan financial support 20 tahun dari tarikh polisi dibeli.

Setiap agen insurans atau takaful, tidak dapat mengira value seseorang, tapi mereka boleh mengira economic value seseorang berdasarkan gaji bulanan yang diterima. Sebagai contoh, seseorang yang berumur 35 tahun dengan pendapatan RM 50 000 setahun, masih memerlukan 25 tahun lagi bekerja sebelum bersara. Oleh itu, jumlah coverage dikira berdasarkan RM 50 000 x 20 tahun = RM 1 juta.

Pun begitu jumlah coverage insurans boleh dikurangkan. Dalam erti kata lain, situasi kewangan secara menyeluruh perlu juga diambil kira. Sebagai contoh, jika seseorang peroleh pendapatan RM 5 000 sebulan, dan ditakdirkan dia meninggal dunia, isteri dan anak ?anak yang masih kecil masih lagi memerlukan RM 5000 sebulan bagi meneruskan kehidupan dan mengekalkan gaya hidup mereka. Mungkin tidak semua dari jumlah RM 5000 diperlukan oleh isteri untuk menyara keluarga. Mungkin RM 3000 sudah cukup bagi menyara anak ?anak dan perkara yang lain. Hutang ?hutang kereta, rumah, kad kredit, personal loan sudah tidak perlu dibayar. ( dengan syarat insurans MRTA sudah cover bayaran loan ).

Begitu juga dengan simpanan yang sedia ada, saham amanah, KWSP, ASB, Tabung Haji dan Fixed Deposit. Lagi banyak simpanan, jumlah coverage akan menjadi lebih rendah. Kalau isteri bekerja, isteri masih memerlukan sebahagian pendapatan dari suami bagi meneruskan kehidupan. Bagi suami isteri bekerja, adakah kedua ?duanya pencari nafkah? Atau pendapatan suami sudah mencukupi bagi menyara keluarga ? Ini haruslah dipastikan terlebih dahulu.

Tetapi, jika tiada simpanan, juga tiada MRTA untuk pinjaman perumahan, insurans untuk hutang lain, isteri tidak bekerja, maka jumlah coverage insurans akan menjadi lebih tinggi bagi seorang pencari nafkah.

Insurans hayat disertakan dengan beberapa rider seperti premium waivers, medical card untuk rawatan hospital, dan banyak lagi. Semestinya setiap riders yang disertakan akan meningkatkan lagi kos premium yang perlu dibayar. Keperluan setiap riders bergantung kepada keperluan kewangan individu dan juga matlamat kewangan masing ?masing.

Keperluan coverage untuk penyakit kritikal perlu juga diutamakan. Berkenaan penyakit kritikal, ada 2 perkara perlu di ambil kira, iaitu kos merawat penyakit dan tempoh pemulihan dari penyakit. Kita sudah sedia maklum, kos rawatan penyakit adalah sangat tinggi. Oleh itu, coverage untuk hospitalisation perlu di utamakan dengan mengambil rider medical card. Kemudian berkenaan dengan tempoh pemulihan, bergantung pada tahap serius penyakit, seseorang mungkin memerlukan lebih setahun untuk pulih. Dalam tempoh ini, mungkin seseorang akan berhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji. Jadi satu dana bersamaan dengan 2 atau 3 tahun jumlah pendapatan tahunan perlu diambil sebagai coverage untuk penyakit kritikal.

Seperti yang diperkatakan diatas, coverage polisi Life Insurans atau takaful anda boleh dikira dengan beberapa cara yang ditunjukkan. Tetapi, dalam keadaan anda mengalami lumpuh kekal, anda sebenarnya memerlukan coverage yang lebih dari apa yang anda kira. Apabila anda tidak mampu bekerja akibat mengalami lumpuh kekal, anda sebenarnya menanggung 2 bebanan, iaitu kehilangan sumber pendapatan, dan anda yang sedang mengalami lumpuh ?kos perubatan dan hospital. Jadi, selepas mengira jumlah coverage dengan 2 kaedah diatas, anda perlu ambil kira pula sekiranya anda mengalami lumpuh kekal ?kos ?kos yang terlibat.

Semasa membeli polisi Life Insurans, perkara ?perkara yang mempengaruhi jumlah premium yang perlu dibayar adalah umur, status kesihatan, gaya hidup, sejarah kesihatan keluarga dan tujuan mendapatkan polisi. Dengan coverage RM 200 000, Mr A yg berumur 30 tahun, akan membayar premium yang lebih murah dari Mr B yang berumur 40 tahun.

Setelah dikira, lihat kembali cash flow anda, adakah ia memenuhi bajet bulanan ? Sesetengah orang mungkin tidak mampu membeli pakej lengkap polisi insurans diperlukan, mungkin berada di luar bajet mereka. Tak mengapa, mulakan pada bajet anda. Apabila mereka boleh allocate bajet pada kemudian hari, tambah lagi coverage atau insurans bagi memenuhi kekurangan pada awalnya. YANG PENTING, jangan bertangguh membeli insurans, kerana RISIKO KEHIDUPAN adalah benda yang tidak boleh dikawal. Ia boleh berlaku dalam sekelip mata.

~ by alibara on October 11, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: