Insurans – 5 Asas utama yang perlu dilindungi

Insurans – 5 Asas utama yang perlu dilindungi

Oleh Yuzairi Yunus

 

Apabila menyebut soal insurans atau takaful, semestinya anda perlu tahu apakah perkara yang perlu anda lindungi ? Nyawa ? Insurans bukanlah alat melindungi nyawa anda, tetapi ia adalah satu intrumens yang digunakan untuk mengurangkan kesan atau akibat hasil dari risiko yang berlaku. Dalam hal ini, apabila terjadinya kematian atau mengalami lumpuh seluruh badan, akibat dari pelbagai perkara seperti penyakit kritikal, kemalangan dll, kebanyakan orang tidak bersedia dari segi kewangan. Dalam erti kata lain, mereka akan hilang punca pencarian atau pendapatan.

 

Kebanyakan orang yang ditimpa risiko seperti kematian atau lumpuh keseluruhan badan, atau mengidap penyakit kritikal, masih menanggung atau menyara keluarga ( makan minum, tempat tinggal dll ), isteri dan anak – anak, ibu bapa yg sudah tua dikampung, adik beradik, menanggung hutang hasil dari pembelian rumah dan kereta, atau loan peribadi dan kad kredit, sedang menabung untuk dana pendidikan IPT anak – anak, sedang merancang dana persaraan di hari tua dan macam – macam perkara lagi.

 

Kesemua perkara diatas dibuat hasil dari PENDAPATAN yang diperolehi dari pekerjaan yang dilakukan hari – hari. Hasil PENDAPATAN di setiap hujung bulan inilah digunakan untuk melakukan pelbagai perkara seperti yang dinyatakan diatas. Jika kita telah dijamin sihat dan akan hidup sehingga umur 55 atau 60 tahun, kita TIDAK AKAN TAKUT akan terjadinya kematian awal atau ditimpa penyakit kritikal atau mengalami lumpuh seluruh badan. Kita akan terus bekerja dan bekerja dan bekerja sehingga anak – anak membesar dan mencari pekerjaan masing – masing, memiliki rumah dan kereta yang selesa, mempunyai dana persaraan yang mencukupi untuk menampung hari tua dan seterusnya meneruskan hidup sehingga akhir hayat.

 

Tetapi MALANGnya, mustahil kita dapat mengetahui apa yang akan terjadi kepada kita untuk hari – hari yang akan datang. MUSTAHIL. Kerana rahsia ini hanya ada ditangan Yang Maha Esa. Disebabkan hal ini, manusia sering lupa akan RISIKO yang bakal dan boleh berlaku ke atas setiap insan bernama manusia. Dan apabila RISIKO ini menimpa manusia, kebanyakan mereka TIDAK BERSEDIA menghadapinya dalam banyak perkara, salah satunya adalah SOAL KEWANGAN

 

TIDAK BERSEDIA bermaksud mereka hilang punca pencariaan atau pendapatan SECARA MENGEJUT, tanpa sempat membuat persediaan. Simpanan yang ada juga tidak mecukupi bagi menampung hidup untuk hari – hari yang mendatang. Hutang masih berbaki untuk berbelas tahun lagi. Tabungan dana persaraan dan pendidikan anak terhenti. Kos perubatan terpaksa ditanggung sendirian.  Dan banyak lagi masalah yang berkait soal kewangan akan timbul akibat dari RISIKO yang berlaku.

 

Jadi diatas KETIDAKSEDIAAN manusia menghadapi risiko inilah, maka wujudnya INSURANS atau TAKAFUL sebagai instrumen untuk mengurangkan atau mengatasi kesan atau akibat yang berlaku.

 

Kebanyakan orang, apabia membeli insurans atau takaful, mereka kadang – kadang tidak tahu apa yang mereka beli. Sy pernah berpengalaman bertanyakan seorang sepupu akan hal insurans, beliau dengan yakin mengatakan sudah membeli insurans, dari Kurnia Insurans, sedangkan yang dibeli itu adalah insurans kenderaan. Bukan Life Insurans seperti yang saya tanyakan. Jadi pentingnya setiap orang yang ingin membeli insurans, agar mengetahui apa yang mereka beli, dan apa yang insurans atau takaful akan cover. Secara asasnya, insurans atau Takaful merangkumi 5 tanggungan asas iaitu :

 

1) Kematian disebabkan apa jua punca

2) Lumpuh Kekal disebabkan apa jua punca (hilang 2 dari anggota utama badan )

3) Penyakit Kritikal

4) Kos rawatan perubatan hospital

5) Kemalangan

 

Sesetengah orang, apabila mereka kata mereka ada Life Insurans, tetapi apabila membuat tuntutan, mereka gagal mendapatkannya kerana ia tidak dimasukkan dalam kontrak pembelian insurans. Sebagai contoh, apabila mereka mengidap penyakit kritikal, mereka mendapatkan rawatan di Hospital Swasta dengan anggapan kos rawatan akan ditanggung. Apa yang berlaku adalah, mereka akan mendapat claim untuk Penyakit Kritikal dari syarikat insurans mengikut kontrak, tetapi kos rawatan perlu dijelaskan dahulu. Itupun kalau kos rawatan tidak melebihi claim untuk penyakit kritikal. Kos rawatan akan dijelaskan oleh Syarikat Insurans on the spot JIKA mereka membeli bersama MEDICAL CARD.

 

Begitu juga apabila pencarum kemalangan dan hilang sebelah tangan, pencarum tidak dikira lumpuh kerana syarat lumpuh kekal adalah hilang salah dua dari anggota badan seperti sebelah kaki dan sebelah tangan, kedua – dua tangan, kedua – dua kaki, mata dan tangan dll. Jika hilang satu mata shj atau satu tangan shj, mereka masih dikira berkemampuan. Dalam hal ini, Polisi Life Insurans tidak membayar claim pada pencarum. Tetapi, jika pencarum ada juga membeli Polisi Insurans Kemalangan, maka pencarum berhak mendapat claim mengikut kontrak.

 

Jadi, yang penting, bakal atau mereka yang sudah mencarum, mesti check atau semak dahulu 5 perkara asas sebelum membeli insurans atau takaful. Bagi yang sudah membeli, semak semula polisi anda dan tanyakan kepada agen perkara ini.

 

~ by alibara on October 10, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: