Pinjaman Pendidikan vs Dana Persendirian

Pinjaman Pendidikan vs Dana Persendirian untuk biaya pendidikan IPT anak

Oleh Yuzairi Yunus

Adalah menjadi suatu kebanggaan ibubapa apabila anak anda menjejakkan kaki ke Menara Gading di dalam apatah lagi di luar negara. Pada hari ini, sudah menjadi suatu tiket bagi setiap orang yang ingin mengecap kejayaan dalam kerjaya untuk memiliki sekeping ijazah yang membawa nama ‘ Diploma’ , ‘ Ijazah’, ‘ Master ‘ dan yang tertinggi PHd.

Dalam usaha mencapai impian tersebut, ibubapa dengan tidak mengenal letih dan jemu, mendidik anak agar kuat belajar, menghantar mereka ke tusyen centre, dengan satu matlamat – MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SPM.

Alhamdullillah atas kurnian rezeki, anak anda berjaya mencapai keputusan yang cemerlang 10A dalam SPM. Matlamat seterusnya adalah mula membuat permohonan untuk kemasukan universiti sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.

Perlu diingatkan suatu perkara – memohon kemasukan ke universiti boleh dilakukan oleh setiap bakal student yang cemerlang, tetapi suatu faktor penting yang membataskan usaha tersebut iaitu – KOS PENDIDIKAN UNIVERSITI.

HAMPIR SEMUA, student yang memasuki IPTA hari ini, adalah dibiayai oleh wang dari :
       i – Pinjaman Pendidikan dari PTPTN, JPA, MARA, Tajaan NEGERI,
       ii – Tajaan Kerajaan, Biasiswa

Untuk pengetahuan semua, bilangan pelajar yang mendapat tajaan Kerajaan untuk menuntut di luar negara adalah berjumlah 2000 orang sahaja.  Selebihnya, mereka mendapat tajaan biasiswa untuk menuntut di IPTA dalam negara. Jumlah kuotanya pun bukanlah tinggi. Ini jelas menampakkan PERSAINGAN yang teramat sengit di kalangan student cemerlang. Baru – baru ini di sidang Parlimen, mereka mengumumkan kuota untuk non – bumi dinaikkan pada tahap 45%. Tinggal 55% untuk anak – anak Melayu merebut peluang ini.

Bagaimana yang selebihnya? Mendapatkan Pinjaman Pendidikan dari badan – badan diatas. Pada hari ini, kebanyakan student IPT Awam, meminjam RM 40 000 – 45 000 untuk tempoh pengajian 4 – 5 tahun. Untuk IPT Swasta ( Petronas/Uniten dll ), mereka memnjam lebih dari RM 60 000 untuk tempoh pengajian yang sama.

Kos Pendidikan 20 tahun akan datang

Dengan mengambil inflasi 4% setahun untuk kos pendidikan, jika pada hari ini student meminjam RM 40 000, 20 tahun akan datang mereka terpaksa meminjam RM 80 000 untuk tempoh pengajian yang sama. Jumlah ini termasuk yuran universiti dan kos sara hidup untuk tempoh 4 – 5 tahun pengajian.

Persoalannya sekarang, adakah anda berasa kos pendidikan untuk 20 tahun akan  datang masih boleh diterima jika anda hanya bergantung harap dengan Pinjaman Pendidikan ? Adakah anda sanggup untuk memperjudikan nasib anak dengan meminjam RM 80 000 semata – mata untuk pengajian anak anda ?

Pinjaman Pendidikan hari ini membebankan

Kenyataan ini mungkin agak janggal. Bagi saya, pinjaman RM 20 000 – RM 40 000 untuk pendidikan adalah suatu yang sudah cukup membebankan bagi student untuk membayar balik pinjaman itu selepas memasuki alam pekerjaan. Dengan jumlah ini, pelajar mungkin terpaksa mengeluarkan RM 200 – RM 300 sebulan untuk membuat bayaran, untuk tempoh sekurang – kurangnya 10 tahun. Ini sudah merangkumi 10 – 13% dari gaji mereka selepas bekerja. ( Dengan andaian gaji RM 2000 /sebulan ).

Kita boleh lihat perkara ini menjadi semakin rumit, apabila ramai student pinjaman PTPTN yang tidak membayar wang tersebut. Tidak dapat dipastikan apakah alasan untuk mereka tidak mahu membayar, tetapi pinjaman bukanlah suatu yang boleh dibuat bahan mainan, apatah lagi pinjam duit untuk mendapatkan ilmu. Jika pinjam, bayarlah balik. Ini dituntut dalam agama kita. Anak anda nanti mungkin menjadi salah seorang dari mereka yang degil tidak mahu membayar pinjaman tersebut kelak.

Meminjam RM  80 000 pada masa hadapan – bagi saya ini merupakan suatu yang di luar kemampuan, walaupun diatas dasar meminjam untuk pelajaran. Bayangkan jika nanti anak anda terpaksa membayar RM 500 – RM 800 sebulan untuk melunaskan hutang hutang tersebut. Berapa gaji anak anda 20 tahun akan datang ? Anda tak pasti bukan.

Hari ini PTPTN mewajibkan bakal peminjam menyimpan / membuka akaun SSPN. Ini hanyalah satu bentuk simpanan yang tidak mantap dimana kerajaan kelihatan sudah tidak mempunyai dana untuk dipinjamkan kepada pelajar baru. Jika SSPN menggalakkan orang menyimpan, mengapakah mereka meletakkan syarat – buka akaun SSPN, baru boleh meminjam. Jika mereka sudah mula mendidik orang ramai untuk meyimpan untuk anak, mengapa perlu membuat pinjaman PTPTN lagi ? Jika nak simpan, simpanlah dengan cara dan jumlah yang betul.

PTPTN perlukan RM 3.7 billion setahun

Laporan akhbar pada bulan July 2008 melaporkan PTPTN memerlukan RM 3.7 billion untuk peruntukan pinjaman bagi student baru yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti dalam negara. Tetapi perolehan yang dipungut oleh PTPTN dari bayaran student yang telah tamat belajar adalah RM 1.6 billion shj. Ini bermakna PTPTN terpaksa mencari dana dari Institusi kewangan kerajaan lain seperti apa yang dilakukan baru2 ini iaitu meminjam dana dari KWSP sebanyak beberapa billion bagi menampung keperluan tersebut.

Kerajaan seperti mana yang telah diwar – warkan dalam beberapa siri berita baru2 ini menyebut dalam tempoh 6 tahun dari sekarang iaitu sekitar tahun 2014, sumber pendapatan utama kerajaan sebanyak 40% akan mula berkurangan. Sumber tersebut adalah dari hasil MINYAK MENTAH yang sedang diusahakan oleh Petronas dengan jayanya. Angka ini akan mula berkurangan dalam tempoh 6 tahun dari sekarang dan mungkin akan menjadi 0% dalam tempoh 20 tahun akan datang. Jika Petronas gagal mencari sumber minyak asli yang baru, ini bermakna perkara ini akan terjadi. Kesannya adalah pendapatan negara akan berkurangan dan seterusnya akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga biaya kerajaan dalam perubatan dan pendidikan. Jika kerajaan kekurangan wang untuk menampung pendidikan, IPTA secara automatik akan di swasta atau menjadi pusat pengajian separuh swasta, Hasilnya adalah kos pengajian akan meningkat berlipat kali ganda. Secara automatik peruntukan kerajaan untuk PTPTN akan juga mengalami penyusutan dan ini menyukarkan student pada masa itu untuk membuat pinjaman dan mencari sumber atau dana pendidikan.
Peluang Institusi Kewangan kaut keuntungan

Pada hari ini, boleh dikatakan semua bank menawarkan pinjaman Pendidikan untuk student yang bakal memasuki IPT. Bila namanya bank, maka tak lain dan tak bukan, mereka nak cari keuntungan. Dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, maka lagi besar dan mudahlah syarat yang dikenakan oleh pihak bank bagi menarik orang ramai meminjam dari mereka. PTPTN sendiri mengenakan interest 3%, walaupun ia telah dikurangkan kepada 1.5% baru2 ini. Tetapi ia dilihat sebagai tidak permanent dan mungkin akan naik kembali. Bagaimana pula dengan pihak Bank? 4%? 5%? BLR ? Yang pasti, angka pihak Bank adalah lebih tinggi dari 3%. Ini semua adalah situasi hari ini. Bagaimana 20 tahun akan datang ?

Tolonglah anak anda

Kepada ibu bapa, tolonglah anak anda. Wujudkan simpanan pendidikan mereka semasa mereka masih berusia 1 bulan. Sy suka melihat iklan sempena Hari Kebangsaan yg dibuat oleh Petronas sekarang.
 
———————————-
 
Ceritanya begini….

Si ayah yang bekerja tani menjual hasil buah dan sayur disebuah kedai, didatangi oleh si anak. Si anak terlebih dahulu melihat rakannya memiliki pancing untuk menangkap ikan, lalu si anak pergi berjumpa anaknya untuk meminta dibelikan pancing untuknya. Sambil membuka peti duit dikedainya,  si Ayah menjawab, ‘ kita bukan orang kaya, nanti abah ada duit ayah boleh belikan pancing, nak tangkap jaws pun boleh ‘. Dengan rasa keliru dan  kecewa si anak pun terpandang kelambu lama. Dia mendapat satu idea, lalu kelambu lama itu dibuat pancing. Dan hasil yang diperolehi begitu banyak.

Kemudian si anak melihat pula rakannya memiliki kereta mainan kayu yang pastinya agak mahal. Lalu si anak bertanya kepada si ayah untuk dibelikan sebuah kereta mainan kayu untuknya. Dengan nada melawak ( tanpa mahu mengecewakan anaknya ), nanti kalau ada duit, kereta kebal pun ayah boleh belikan. Sekali lagi si anak keliru dan kecewa, lantas mencari kayu buruk di tempat sampah. Hasil gigih si anak maka sebuah kereta mainan yang jauh lebih besar dari kereta mainan rakan2nya dapat dihasilkan.
 
Sehinggalah 16 tahun kemudian…..si anak yang tampak sangat cerdik dengan rekaan pelabagai rekabentuk barangan elektrik, mendapat satu surat dari sebuah Institut Pengajian Tinggi. Si anak mendapat tawaran belajar. Dengan nada yang nampak tiada harapan, si anak bertanya kepada si ayah ‘ bolehkah dia melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian tersebut ‘….dengan gerakan yang nampak longlai..si ayah secara perlahan membuka peti duit di kedai tersebut..hanya ada beberapa ringgit…lantas ada sebuah buku bank dicapai oleh si ayah lalu diberikan kepada si anak..dengan perlahan2 buku tersebut dibuka dan tertera nama si anak..dan yang paling bermakna sekali adalah…baki buku bank tersebut tertera nombor RM 41 000. 00.

Dana pendidikan anaknya telah disediakan dari kecil. Sianak tidak menyangka lantas memeluk si ayah terharu.
 
———————————— —————– ——————————
Iklan diatas penuh pengertian. Tetapi sy suka mesej jelas yang disampaikan oleh iklan tersebut yang menunjukkan kesungguhan si ayah menyimpan duit untuk bekalan si anak di masa hadapan. Kepandaian si anak dalam mereka bentuk tidak terkubur, apabila dapat membiaya anaknya sendiri melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian. Sesetengah ibu bapa berasa bangga apabila dapat membeli pakaian berjenama mahal untuk si anak. membeli barang mainan yang bukan murah, melimpahkan kemewahan untuk kehidupan si anak dengan hanset, Sony Playstation dan pelbagai lagi…TETAPI mereka gagal untuk mewujudkan satu plan pelaburan untuk anak sebagai bekalan di masa hadapan, walaupun hanya perlu menyimpan RM 100 sebulan.

Mulakan dari sekarang! Bina dana pendidikan anak anda.


 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,219 other followers

%d bloggers like this: