Pelaburan Internet dan SCAM

Izinkan saya memberi pandangan 20 sen saya, agar anda dapat membuat penilaian yang adil, demi kebaikan anda sendiri.
 
Saya bukan ahli mana-mana parti Buluh dan pendapat yang saya berikan ini, bukan bertujuan untuk menghukum atau menilai mereka secara keterlaluan. Saya hanya berikan pandangan saya agar ia dapat membantu membuka mata dan menyedarkan anda tentang apa yang berlaku.
 
———————
 
Dari apa yang saya lihat dari respond sahabat2 dan info yang saya korek sikit-sikit tentang kes Buluh XXX ini, saya berpendapat “keinginan anda untuk mencari duit dan mencari peluang mudah” telah dimanipulasi dalam strategi pemasaran mereka sahaja. 
 
Ya-lah, kalau saya ingin memasarkan produk IKS saya, contoh kerepek ke, saya kena buat iklan di merata tempat dan ini akan memakan kos yang sangat mahal, lebih lebih jika iklan di buat di tv, radio atau media cetak spt majalah.  Tapi oleh kerana saya seorang businessman yang bijak, saya rasa saya boleh gunakan “kelemahan” orang lain, dengan perkenalkan skim “Buluh XXX”.
 
Dalam bisnes, memang saya kena buat iklan. Tapi daripada saya kena tanggung kos pengiklanan, bukankah lebih baik saya suruh “orang desperate” ni bayar duit iklan kat saya untuk beli sticker kereta yang ada iklan saya, dan kemudian saya kasi balik duit mereka sedikit demi sedikit.
 
Saya caj mereka RM15, saya cakap ni mereka ni jadi promoter iklan bergerak. Boleh dapat PENCEN SEUMUR HIDUP! Orang kita ni, kalau sebut pasal dapat duit berterusan dengan goyang kaki, diaorang suka terlebih-lebih.
 
Lepas tu, saya kasilah mereka upah RM1 setiap bulan. Duit ni pun, duit mereka jugak sebenarnya! hehehe. 
 
Dengan advance RM15 tu, boleh cover 15 bulan punya kos iklan. Minyak petrol mereka tanggung sendiri, sykt saya tak tanggung apa-apa melainkan kos buat sticker kereta, tapi iklan sykt saya dipromosikan ke merata rata tempat. BIJAK TAK SAYA?  hehehehe
 
Yang bestnya, anda nak tahu? Kalau ada 10,000 orang bayar RM15, saya dah ada RM150,000 yang boleh saya laburkan dulu untuk hasilkan dividen atau pulangan. Tiap tiap bulan, saya cuma keluarkan RM10,000 saja, untuk bayar upah iklan 10,000 orang ni. Mereka cukup rajin tolong iklankan bisnes saya, dengan tanggung kesemua kos minyak mereka sendiri, tapi bisnes saya yang dapat hasil. BIJAK TAK SAYA? Hehehehe
 
Lepas 15 bulan, bisnes saya dah kembang dah. Sure dah banyak pelanggan dan ejen ejen promoter yang dah join. Alah, setakat bayar upah sorang RM1, promosikan iklan saya merata tempat, minyak petrol semua mereka tanggung, ok apa, jimat duit saya! Saya cakap ajelah itu pencen, tentu mereka suka! kahkahkah!!!
 
————————–
 
Honestly speaking, apa reaksi anda bila anda dengar strategi bisnes saya yang sebegitu rupa? In bisnes terms, memang saya seorang businessman yang bijak.
 
Tapi anda sebagai orang awam, ADAKAH ANDA RASA ANDA BIJAK ATAU “KELEMAHAN” ANDA DIPERGUNAKAN?
 
Pada saya, kalau saya tolong iklankan bisnes orang lain, sykt tersebut yang sepatutnya bayar kat saya. Macam orang yang buat blog & website sendiri dan terima upah kerana letak iklan orang lain (google Adsense, Bidvertiser etc). Bukan saya yang kena bayar untuk letak iklan sticker kereta orang lain dekat kereta saya!
 
Dan, kalau saya nak iklan apa apa kat kereta saya, biarlah saya IKLANKAN BISNES SAYA SENDIRI. Kalau orang suka, orang beli barangan tu, saya jugak yang dapat untungnya. Bisnes saya, keuntungan hak milik mutlak saya!
 
Tak kisahlah nak bisnes apa pun. Jual kerepek ke, jual durian ke, jual orang ke (pembantu rumah), jual sabun ke, jual tong NGV ke, biarlah saya yang buat untung.
 
Bukan orang lain yang buat untung atas penat lelah saya. Itu bukan buat bisnes atau financial freedom namanya, itu jadi “balachi” / buruh kos murah (upah RM1 sebulan). 
 
——————————–
 
Berkenaan skim pelaburan Buluh XXX yang kata :-
 
PAKEJ2 MENARIK YANG DI SEDIAKAN:-

1) PAKEJ ANAK SEKOLAH=>MODAL RM195 PENDAPATAN RM43.00 TOLAK 15%,PENCEN

BULANAN ANDA RM36.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.

2) PAKEJ REMAJA=>MODAL RM1215 PENDAPATAN RM281.00 TOLAK 15%,PENCEN

BULANAN ANDA RM238.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.

3) PAKEJ DEWASA=>MODAL RM3615.00 PENDAPATAN RM841.00 TOLAK 15%,PENCEN

BULANAN ANDA RM714.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.

===> KEUNTUNGAN 18-20% SEBULAN, SETAHUN DAH LEBIH 200%.

Kalo nk selamat, melabur secara kontrak, dlm masa lapan bulan kita dpt keuntungn 40% dr jumlah pelaburan, tp syarat untk melabur secara kontrak kena melabur lbh dr RM 10k…
 
Bukankah skim pelaburan ini hampir serupa dengan skim pelaburan internet SwissCash Mutual, di mana untuk setiap pelaburan, jumlah pulangan / keuntungan bulanannya sudah terjamin dari awal?
 
Kalau merujuk kepada fatwa yang mengharamkan pelaburan internet, apa jua pelaburan yang memberi pulangan atau keuntungan terjamin untuk tempoh tertentu, mempunyai unsur riba pelaburan kerana sykt tersebut terikat (spt meminjam wang) untuk membayar keuntungan sepanjang tempoh pelaburan. Ini yang disebut riba pelaburan.
 
Unsur gharar (ketidak-pastian) juga akan wujud bila anda sendiri tidak tahu menahu, dari mana datangnya pulangan / keuntungan tersebut?
 
Kalau keuntungan itu datang dari hasil penjualan barangan IKS, maka bukankah sepatutnya nama anda dicatat sebagai salah seorang pemilik / shareholders dalam perniagaan sykt tersebut?
 
Ya-lah, anda melabur untuk mendapat sebahagian keuntungan dari penjualan barangan sykt, sudah tentu anda akan turut sama menjadi shareholders sykt, betul tak?
 
Saya merasa cukup sangsi bila sebuah sykt perniagaan yang menggunakan distributor pelbagai tingkat (multi-level, ada upline dan downline di mana setiap orang yang kita rekomen, kita akan turut mendapat upahnya) dan melakukan pemasaran dan penjualan di luar premis perniagaan, bercakap tentang financial freedom dan usaha nak bantu orang melayu ubah kehidupan dan bangunkan industri IKS, tapi hanya mahu MENGEKALKAN CAJ RM15 KEPADA DISTRIBUTOR STICKER (Buruh kos murah) KERANA ENGGAN MENDAPATKAN LESEN AJL?
 
Company yang beroperasi macam sykt MLM / Direct-Selling, tapi enggan maju setapak ke hadapan dan berkembang besar kerana enggan patuh kepada lesen AJL?
 
Lepas tu, boleh pulak kutip deposit dari orang ramai, menawarkan skim pelaburan “Budak sekolah” dan “dewasa” dengan keuntungan bulanan 18% sebulan atau 40% mengikut kontrak 8 bulan?
 
Unit trust & ASB pun, TAK MAMPU BERI PULANGAN SETINGGI NI SETIAP BULAN. Even melabur dalam bank yang berniaga pinjaman kad kredit pun, dapat kutip pulangan 18% setahun. Ini 18% sebulan?  Seumur hidup pulak tu? 
 
WOW!!!!
 
Most probably, sykt ini akan ditutup kerana kutip deposit dari orang ramai secara haram. Bukan saya nak mendoakan benda tak baik, tapi tanda-tanda awal tuh, dah nampak jelas dah! 
 
Itu yang saya risaukan, lebih-lebih lagi bila anda terlibat sebagai pelabur yang tamak (labur terus beli 10-20 lot).
 
Jangan sampai nanti anda merungut tepi jalan, jadi orang gila yang cakap… “INGATKAN DAPAT MELABUR, RUPANYA-RUPANYA DUIT AKU YANG LEBUR!!!”

One Response to “Pelaburan Internet dan SCAM”

  1. ada peluang but duit ke?cara betul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,220 other followers

%d bloggers like this: