BIAR KAMI BAYAR KOS RAWATAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN ANDA & KELUARGA!!!
BAGAIMANA KALAU ANDA PERLUKAN RAWATAN SEGERA?
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA?
Tapi sebenarnya, saya ni nak bantu uruskan bil perubatan hospital anda
sekeluarga. Dalam bahasa paling mudah – saya nak bantu beri duit kepada anda untuk selesaikan masalah kewangan anda itu.
YA – ini bukan cerita duit seringgit dua ni. Sebaliknya, saya akan uruskan kos perubatan yang anda perlu tanggung sampai puluhan dan ratusan ribu ringgit, dengan cara yang paling mudah sahaja!
Ini satu soalan yang baik – apa faedah-faedah yang boleh saya beri untuk bantu anda?
1 – KEMASUKAN HOSPITAL DIPERMUDAHKAN
Anda tak perlu pening kepala nak cari duit deposit, korek akaun bank atau pinjam sana sini, semata mata nak masuk hospital. Lagipun, bila dah perlu masuk hospital ni, bukan boleh tunggu lama. Pasti anda perlukan rawatan segera! Dengan khidmat saya, deposit kemasukan hospital akan kami sediakan semuanya. Jika deposit peribadi masih diperlukan, anda hanya perlu beri deposit sedikit sahaja. Anda sudah jimat masa!
Nak masuk hospital tengah malam ke, masa cuti raya ke, hujung minggu ke, anda tak perlu risau, khidmat emergency saya 24 jam sehari, 365 hari setahun. Anda boleh hubungi khidmat kecemasan kami pada bila bila masa untuk dapatkan surat jaminan ini. Maklum sajalah, kadang kadang syarikat majikan tak kerja 24 jam sehari, 365 hari setahun. Dengan adanya khidmat saya, takde la anda pening pening kepala lagi.3 -
Kalau bil dah berpuluh-puluh ribu ringgit, tak ke naya nak membayarnya?
Mana nak cari duit banyak tu? Orang yang ada simpanan ribu-ribu pun, sayang nak habiskan duit dia bayar bil hospital saja.
Dengan khidmat saya, duit anda tu simpan saja. Semua bil saya akan bayar terus pada hospital anda. Tak perlu pening kepala, tak perlu tuntut bil berbulan lamanya. Semuanya selesai di masa tu juga!
Tanggungan kos termasuk deposit kemasukan (minima 1 malam diwadkan), surat jaminan, kos perubatan & pembedahan, bilik penginapan dan makan minum. Bil perubatan anda, kami tanggung secara keseluruhan seperti yang dicaj oleh pihak hospital termasuk yuran doktor pakar dan lawatan doktor ke wad anda (terhad kepada 1 lawatan setiap hari).
5 – PEMBAHARUAN TERJAMIN
Sesetengah orang, bila dah hidap penyakit kanser atau kerosakan buah pinggang, mereka perlukan rawatan yang berpanjangan dari masa ke semasa. Selagi hidup, selagi itulah anda perlukan rawatan dan kos rawatannya pun boleh tahan mahalnya!
Ciri-Ciri Produk
Jenis Produk 100% Perlindungan (TANPA UNSUR SIMPANAN dan BERSIH dari pemberian dividen berunsurkan pelaburan yang meragukan).
Kategori Produk Insurans Perubatan & Pembedahan Hospital (Medical & Health Insurance)
Tujuan Produk Membiayai kos perubatan dan pembedahan di hospital sahaja kerana kos perubatan hospital sangat mahal dan perlu diinsuranskan. Rawatan klinik tidak dilindungi kerana kos perubatan yang kecil tidak penting untuk diinsuranskan.
Skop Perlindungan Rawatan hospital akibat penyakit yang baru dihidapi (perlu diwadkan) dan kemalangan (diwadkan dan rawatan pesakit luar). PENYAKIT SUDAH SEDIA-ADA WUJUD sebelum tarikh kuat-kuasa polisi atau dalam tempoh menunggu, TIDAK AKAN DILINDUNGI.
Pembaharuan Terjamin sehingga umur 80 tahun. Perlindungan berterusan ke atas penyakit yang sudah dituntut, di mana ia masih lagi dilindungi untuk tahun seterusnya, selagi had seumur hidup tidak habis atau selagi polisi tidak luput.
Pembayaran Bil Bayaran Terus Menerus ke Hospital Panel atau Tuntutan-Semula (Untuk Hospital Bukan Panel)
Khidmat Kecemasan Urusan kemasukan diuruskan oleh Medi-Express Sdn Bhd (MCO Berdaftar) 24 jam sehari, 365 hari setahun, termasuk hujung minggu dan cuti am. Khidmat Kecemasan Luar Negara akan diuruskan oleh Asia Assistance (hanya untuk pemindahan kecemasan & penghantaran balik jenazah ke Malaysia)
Faedah Kewangan Yang Disediakan
1 – Deposit Kemasukan Hospital Panel (seperti yang diminta oleh pihak Hospital)
2 – Surat Jaminan Pembayaran (Guarantee Letter) Untuk Kemasukan Hospital Panel (dalam Malaysia sahaja)
3 – Bayaran bil perubatan terus ke hospital panel (mengikut had maksima yang dipilih di dalam pelan insurans)
4 – Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM 3,000 setahun (termasuk insurans pendidikan)
5 – Khidmat Kecemasan 24 jam sehari, 365 hari setahun (dalam Malaysia sahaja).
6 – Bantuan Perubatan Antarabangsa (Medical Evacuation) sehingga USD $ 1 juta setiap kejadian.
Kelebihan Kad Perubatan Kami
- TIADA CO-INSURANCE (PEMBAYARAN BERSAMA) SETIAP KALI TUNTUTAN (Co-Insurance 10% hanya dikenakan jika anda melebihi had harian untuk bilik wad + makan / room & board)
- KEMUDAHAN KECEMASAN ANTARABANGSA SEHINGGA USD 1 JUTA (For medical evacuation only)
- Faedah bilik wad + makan sehingga 200 hari setahun (lebih 6 bulan) dan Faedah ICU sehingga 60 hari setahun (2 bulan)
- Faedah caj lawatan doktor ke wad (In-Hospital Visit) sehingga 200 hari setahun
- Faedah rawatan pesakit luar untuk dialysis buah-pinggang dan kanser
- Faedah penjagaan anak di hospital (untuk katil tambahan and makan minum penjaga ketika di hospital)
- TIADA JADUAL SEKATAN untuk rawatan ICU, pembedahan siang hari atau rawatan pesakit luar untuk kemalangan (semuanya ditanggung sehingga had maksima tahunan)
- Perlindungan perubatan meliputi seluruh dunia (sakit atau kemalangan di mana-mana pun, anda dilindungi)
- Had Tahunan dan Had Seumur Hidup yang lebih tinggi
- Pembaharuan Terjamin (sehingga umur 80 tahun) selagi jumlah keseluruhan tuntutan tidak melebihi had seumur hidup
- Penjagaan Kejururawatan di Rumah (bila diperlukan sahaja)
- Kemudahan membawa jenazah pulang ke Malaysia jika meninggal dunia di luar negara (Asia Assistance)
- Meliputi 71 panel hospital swasta di seluruh Malaysia termasuk SJMC, Tawakal, Pusrawi, IJN & GlenEagles.
- Bayaran bil termasuk cukai kerajaan dan yuran laporan perubatan
- Tuntutan-semula untuk rawatan lanjutan (follow-up treatment) dalam masa 31 hari selepas keluar hospital
- Elaun Harian sehingga 200 hari setahun untuk kemasukan ke hospital kerajaan (100% kerajaan)
- Faedah Ujian Diagnostic dan Konsultansi Pakar dalam masa 60 hari sebelum pembedahan
Yuzairi Yunus malibara@gmail.co 017 427 6046
- Umur kemasukan di antara 30 hari sehingga 59 tahun sahaja dan boleh diperbaharui sehingga berumur 79 tahun.
- TERBUKA KEPADA INDIVIDU YANG MASIH SIHAT DAN TIDAK TERLALU GEMUK SAHAJA. Jika anda pernah menghidap apa jua penyakit, anda perlu mengisytiharkan rekod perubatan lama dan penyakit tersebut mungkin tidak akan dilindungi.
- Untuk warganegara asing, jika anda seorang pekerja professional (expat), penduduk tetap (PR) atau ahli perniagaan, anda boleh memohon Pelan 1 hingga Pelan 4. Bagi pekerja manual warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah (seperti pembantu rumah dan pekerja am), anda juga boleh memohon tetapi terhad kepada Pelan 1 sahaja. Skop perlindungan terhad kepada kawasan Malaysia dan kod risiko kerja 1 – 5, 12 dan 13 sahaja.
Ciri-Ciri Penting Yang Anda Perlu Tahu
- Jaminan Kewangan hanya diberikan untuk rawatan hospital bagi kes penyakit yang baru dihidapi dan kes kemalangan sahaja. Penyakit sedia-ada yang sudah wujud sebelum pembelian insurans, perlu diisytiharkan dengan jujur dan ia tidak akan dilindungi, samada disedari atau tidak.
- Jaminan Perlindungan untuk rawatan hospital ke atas kes kemalangan, adalah serta-merta selepas tarikh kelulusan. Bagi penyakit yang baru dihidapi, perlindungan hanya akan berkuat-kuasa selepas 30 hari dari tarikh kelulusan. Bagi penyakit tertentu yang telah disenaraikan, ia akan dilindungi selepas 120 hari dari tarikh kelulusan.
- Bagi rawatan follow-up dalam tempoh 31 hari dari tarikh keluar hospital, tuntutan boleh dilakukan secara “bayar dahulu, tuntut kemudian” melalui borang tuntutan perubatan.
- Untuk kes tuntutan perubatan yang meragukan dalam 2 tahun pertama polisi (tempoh boleh pertikai), syarikat insurans berhak meminta anda membayar bil perubatan terlebih dahulu, sementara siasatan lanjut dilakukan ke atas tuntutan tersebut. Ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan insurans untuk tuntutan penyakit sedia-ada yang tidak diisytiharkan semasa pembelian insurans dilakukan. Tuntutan-semula boleh dilakukan selepas itu, bergantung kepada keputusan siasatan.
- Pembayaran terus ke hospital hanya diberikan untuk kemasukan ke hospital panel sahaja. Bagi hospital bukan panel, urusan tuntutan insurans akan dibuat secara “bayar dulu, tuntut kemudian” di syarikat insurans.
-
Terdapat hospital panel yang meminta anda memberi deposit peribadi untuk kemasukan ke hospital mereka. Ia dibuat bagi menampung kos hospital yang tidak ditanggung oleh syarikat insurans seperti kos bukan perubatan (suratkhabar, pek kemasukan hospital, caj pengurusan hospital dan penggunaan telefon) atau bil hospital yang tidak ditanggung akibat melebihi jumlah had maksima di dalam plan insurans (excess charge).
-
Kad perubatan MedicaLife ini memberi jaminan pembaharuan sehingga genap umur 80 tahun, selagi jumlah keseluruhan tuntutan tidak melebihi had maksima tahunan / seumur hidup dan selagi polisi masih aktif.
-
Pembayaran premium insurans perlu dilakukan berterusan TANPA GAGAL. Bayaran tidak boleh lewat dari tempoh 30 hari dari tarikh sepatutnya bayar. Jika tidak, polisi anda akan luput!
-
Jumlah premium insurans akan meningkat mengikut lingkungan umur di dalam pelan insurans. Kadar premium pada masa akan datang tidak dijamin. Syarikat Insurans berhak meminda kadar premium terpakai ketika pembaharuan, jika terdapat tuntutan banyak di masa hadapan. Notis 90 hari akan diberi terlebih dahulu.
-
Peraturan Co-Insurans 90-10 (Pembayaran Bersama) akan dikenakan ke atas pemegang polisi sekiranya anda memilih bilik hospital & makan minum (room & board) yang melebihi had harian yang dibenar. Contoh: Pilih bilik hospital RM 150 sehari, sedangkan had maksima bilik adalah RM 120 sehari. Anda perlu menanggung perbezaan kadar harian untuk bilik & makan minum (room & board) serta 10% dari jumlah keseluruhan bil perubatan. Baki 90% dari jumlah keseluruhan bil perubatan akan ditanggung syarikat insurans.
-
Bagi khidmat perubatan antarabangsa, ia bukan khidmat pembayaran bil perubatan di luar Negara. Sebaliknya ia adalah bantuan pemindahan (medical evacuation) ke hospital berhampiran dan penghantaran-pulang jenazah ke Malaysia. Rujuk khidmat Asia Assistance seperti di dalam polisi insurans anda.
-
Insurans perubatan tidak melindungi kos perubatan di luar negara sekiranya anda berada di luar Malaysia melebihi 90 hari berturut-turut (3 bulan). Kalau kadang-kala keluar negara, anda masih dilindungi.
-
Rujuk Pengecualian (Exclusion) di dalam risalah atau polisi insurans anda untuk keadaan-keadaan perubatan yang tidak dilindungi insurans seperti masalah kehamilan, bersalin, keadaan sedia-ada sejak lahir (congenital), rawatan pergigian atau kanta mata, kos hospital bukan perubatan, kemasukan hospital tanpa diagnosis penyakit (warded for investigation purpose only tidak dilindungi) dan sebagainya.
Jadual Faedah









adakah pembedahan disebabkan hamil di luar rahim (ectopic pregnancy) di lindungi?
Salam,
Sebarang pembedahan disebabkan penyakit yang di cipta ( berkhatan / pregnancy ) tidak akan dilindungi.
Bantuan kos perubatan
sy nk tnya,sekarang ni sy mengandung 6 blan.tp sy xtau bpe kos utk bersalin.klu sy beli insuran ni,dia ada cover x bil bersalin?sy ibu tunggal….
bagaimana ingin menjadi ejen unit trust
kenapa elaun harian hospital di bayar jika masuk hospital kerajaan sahaja? kalau masuk hospital private tak leh claim ke?
kalau kena buat follow up yang kerap contohnya kes kemalangan jalan raya dan tarikh follow up sebulan atau lebih dari tarikh keluar wad – kita masih ada coverage ke. kalau c statement bawah ni, maybe tak caver. betul ke?
” 3. Bagi rawatan follow-up dalam tempoh 31 hari dari tarikh keluar hospital, tuntutan boleh dilakukan secara “bayar dahulu, tuntut kemudian” melalui borang tuntutan perubatan. “
Salam,
Untuk Hospital private ada rider yg kita boleh claim jika admitted hospital swasta.
Jika selepas 30 hari rawatan dan masih kena buat follow up, medical card akan tanggung jika admitted, kalau pesakit luar, kos akan ditanggung oleh pesakit.
bagaimana dgn kes saya.?pasangan saya sudah lama mnghdapi pnyakit usus dan sering kali mndptkn rwtn slama ini..
adakah msh brkesempatan saya mggunakan perkhidmatan ini lagi?krn dia akan mnjlni pembedahan dlm minggu ini..mohon cadangan.
trima kasih.
salam. saya nak dapatkan pakej untuk keluarga terutama jika kita bertugas diluar negara lebih daripada 90 hari. boleh tak u bagi satu pakej yang terbaik untuk keluarga saya dan untuk makluman u, saya juga ada seorang anak yang mempunyai sakit jantung berlubang semenjak usia nya 3 bulan lagi dan kini usia nya 7 tahun.
Salam,
Sorry sbb lambat reply.
Ok sy boleh plan utk family Pn. Boleh tak berikan detail utk keluarga :
Nama suami
Umur dan pekerjaan
Anggaran pendapatan
Status penyakit dan merokok
Nama Isteri
Umur dan pekerjaan
Anggaran pendapatan
Status penyakit dan merokok
Anak
Umur dan jantina
status penyakit
boleh tanya ka, kakak saya menghidap penyakit jantung berlubang dari lahir lagi, sekarang dia berumur 21 tahun. bolehka kalo saya daftarkan kami sekeluarga dalam skim polisi insurans ini
kalau buat pembedahan hidung yang berkos 3 atau 4 ribu boleh cover ka tu?…..
Bolehhhhhh…tapi penyakit yg sudah sedia ada, susah nak claim lah. Tapi kalau penyakit yg wujud selepas ada polisi, Insyallah takda masalah claim.
halo i just want to know if i am already have a disease that require an operation. can i joined your policy.
bagaimana nak wariskan gaji berterusan pada isteri…
Salam,
Dengan MAA Takaful, ia menyediakan satu dana yg besar yg boleh menggantikan gaji 20 tahun en kepada isteri. Bole SMS sy utk info lanjut 017 427 6046
Nape harga kad bg umur 22 – 29 pelan 4 mahal sgt? Kalau sykt len yg sy survey umur level ni bg nilai kad lbh kurg sm murah je. Siap ada elaun tunai harian di pakar rm200 sehari. Yg ni xde elaun wad ke kat pakar?
Bole tahu cik compare dengan syarikat yg mana ?
salam encik…….. saya nak tnye cmmane kte nak aply kad nie dgn cpt… berapa kne bayarannye sebb saya nk guna bila saya nak operate….
Salam, bole hubungi sy di 017 427 6046 Cik dah ada diagnoses dengan any penyakit ker ?