Antara main kutu dan Money Game Internet

Dari tajuk topik yang diberikan, mungkin ada beberapa kekeliruan dari segi pemahaman kerana isu ini melibatkan istilah “teknikal” yang bukan semua orang faham dengan jelas seperti money-game dan sebagainya. Untuk mengelakkan salah-faham dan kekeliruan, izinkan saya beri penjelasan to clarify things.
 
First of all, saya bukan membantah atau melarang anda bermain kutu. Yang saya bantah adalah apabila permainan kutu ini cuba ditukar format, menjadi satu money-game yang ber-rangkai-rangkai. Pada setengah orang, kedua-duanya nampak sama saja, tetapi sebenarnya tidak!
 
Format Asal Main Kutu
 
Main Kutu ini format asalnya, adalah menyimpan duit secara berpakat atau berjemaah. Biasanya dilakukan dalam kumpulan kecil antara 6 – 12 orang agar pengumpulan dana dapat dibuat dalam keadaan terkawal, tanpa sebarang penipuan. Seorang ahli daripada kumpulan tersebut akan dilantik sebagai Pemegang Amanah yang akan mengumpulkan kesemua duit caruman dari setiap peserta dan menyerahkan wang terkumpul kepada peserta yang sudah ditentukan, mengikut sistem giliran yang adil. Sebagai contoh, dari bulan januari (1) hingga disember (12), ada 12 lot disediakan. Kesemua 12 peserta akan ditentukan giliran mereka (bulan mana mereka terima duit), samada secara undian atau booking.
 
Inilah format main kutu yang asal, di mana ia biasa dilakukan di kalangan orang kampung, peniaga kecil & sederhana, pekerja pejabat, murid sekolah dan sebagainya. Format ini hanyalah berskala kecil dan biasanya melibatkan orang yang boleh dipercayai antara satu sama lain.
 
Walaupun wujud akta Kutu 1971 yang melarang sistem main-kutu, format main kutu seperti di atas, masih wujud hingga sekarang kerana risiko bahayanya agak kecil terutamanya jika dibuat dalam jumlah caruman yang kecil dan bilangan peserta yang sedikit.
 
Kalau anda berminat nak main kutu format asal ini, saya bukan nak melarang. Kalau anda buat, anda buat at your own risk, tanggung sendiri apa apa kerugian.
 
Cuma dari segi financial planning, main kutu format asal ini, hanyalah satu “usaha” untuk menyimpan duit secara berpakat, tanpa ada apa-apa pertumbuhan modal atau pulangan dividen. Sebagai contoh, setiap peserta dari 12 orang akan mencarum RM100 seorang selama 12 bulan. Setiap bulan, ada 1 peserta yang akan merasa duit selonggok RM1,200 yang dia boleh gunakan sesuka-hatinya, hasil wang terkumpul 12 peserta.
 
Memang cara ini dapat membantu peserta ketika “terdesak” spt nak renew insurans kereta, nak pakai duit untuk modal pusingan perniagaan dan sebagainya. Tapi, like i said, duit anda sebenarnya tak bertambah (doesnt grow) dan hanya mampu menyelesaikan masalah jangka-pendek (short-term) sahaja spt tujuan di atas. Dalam jangka panjang, ia tak memberi apa apa faedah kepada perancangan kewangan seseorang.
 
Kalau nak duit anda grow (dapat pulangan) dalam jangka panjang, laburlah duit anda ke dalam produk kewangan yang sudah diluluskan oleh kerajaan seperti ASB, Unit Trust, Investment-Linked (pelaburan di sykt insurans), Tabung Haji dan sebagainya.
 
 
Money-Game / Skim Cepat Kaya
 
Skim Cepat kaya / Ponzi Scheme / Skim Pat Mat Telo / Skim Piramid / SwissCash Mutual dan sebagainya, ini semua adalah antara gelaran yang pernah diberikan ke atas permainan duit yang ada unsur-unsur penipuan dan manipulasi.
 
Niat utama permainan duit ini adalah untuk menjana pulangan yang sangat tinggi, hasil caruman & kemasukan peserta baru, bukan hasil pertukaran barang. Dalam erti kata lain, duit itu grow bukan kerana ia dilaburkan mengikut prosedur yang betul, sebaliknya grow kerana peserta yang masuk awal, dapat duit caruman sekumpulan peserta baru. Manakala sekumpulan peserta baru itu tadi pula, kena cari sekumpulan peserta lain, untuk mereka juga turut merasa pulangan berlipat ganda.
 
Antara format money-game yang paling kerap dianjurkan adalah “Anda beri duit kepada 5 peserta kami, kemudian anda pulak suruh 5 peserta lain, beri duit kepada anda, dan suruh mereka ulang proses ini sampai minima 5 – 7 level “.
 
Cara yang paling kerap digunakan sekarang adalah penggunaan akaun bank & internet di mana nombor akaun bank 5 peserta tadi akan dipamerkan untuk memudahkan anda mendepositkan wang ke dalam akaun mereka. Internet dan website percuma, disalah-guna untuk dijadikan promotion card untuk disebarkan kepada setiap peserta.
 
Bagi penganjur money-game yang ingin mengelak dari dikesan secara elektronik, mereka gunakan print out kupon dan deposit wang dilakukan menggunakan wang pos, bank draf atau cek ke alamat peserta-peserta yang terlibat (tak guna akaun bank kerana ia ada meninggalkan paper trail).
 
Contoh kasar,
1 orang cari 5 peserta = 5 peserta
5 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 25 peserta.
25 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 125 peserta
125 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 625 peserta
625 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 3125 peserta
3125 peserta cari 5 peserta setiap seorang = 15,625 peserta
* Kalau 15,625 bayar peserta paling awal RM10 seorang, peserta awal dah dapat RM 156,250 dalam sekelip mata.
 
Bukan sahaja, tidak ada produk diguna-pakai sebagai pertukaran hak-milik, ia secara terang-terangan bertujuan untuk bermain duit (with a promise kononnya anda boleh jadi kaya-raya). Malahan penganjur money-game sebegini memang tidak ada lesen yang sah untuk mengutip deposit mahupun lesen perniagaan yang sah untuk menganjur skim berbilang tingkat (multi-level).
 
Yang menjadi TREND TERKINI, penganjur skim cepat kaya ini sentiasa kreatif dan cuba sedaya-upaya untuk menggambarkan money-game ini sebagai satu skim yang tak menyalahi undang-undang, halal dan sebagai satu peluang keemasan yang tak patut dilepaskan begitu saja.
 
Nak kasi nampak tak salah dari segi undang-undang, mereka cakap ini sistem “kutu zaman moden”, pelaburan mutual fund global, gold & oil investment, off-shore investment, affiliates / re-seller programmes dan sebagainya. Mereka meletak istilah asal yang suci (seperti main kutu dan mutual fund) ke atas program money-game mereka supaya nampak legal, sedangkan ia adalah program yang tak pernah mendapat kelulusan BNM atau SC.
 
Nak kasi nampak halal dari segi syarak, mereka cakap ini program bantu-membantu, skim “derma / sedekah”, program bantuan muslimin, dana rakyat, dana usahawan dan sebagainya. Asal duit itu diserahkan atas aqad tabaru’ / derma ikhlas, ia halal pada mereka. Mereka selalu beriya-iya cuba menyakinkan pembaca yang program mereka ini benar-benar halal dalam perenggan pertama promosi mereka, sedangkan ia adalah program kewangan yang tak pernah mendapat kelulusan BHGN HALAL, JAKIM. Mereka yang pandai-pandai keluar hukum sendiri, semata-mata nak menghalalkan program money-game mereka.
 
Malahan trend yang paling terkini, nak nampak legal dari dituduh skim cepat kaya, mereka akan campak 1 “dummy produk” seperti e-book (buku elektronik yang merupakan karangan artikel dalam bentuk format pdf dan diedarkan kepada peserta skim cepat kaya) dan menukar nama program kepada “program Affiliates / Re-Seller program“.
 
Setengah tu kumpulkan 50 pelbagai e-book orang lain dan dijadikan produk utama program money-game mereka. Mereka mendakwa, kononnya “asal ada produk, walaupun sekadar 1 lousy e-book” program mereka adalah legal. Contoh contoh program sebegini adalah perigiduit.com, wanglebih.com dan bermacam macam lagi program jana duit cara mudah.
 
Of course, peserta yang menyertai program money-game sebegini akan rasa marah, mengapa saya menuduh program mereka ini sebagai “program money-game”. Sebab-sebabnya adalah:-
 
1) Kebanyakan produk yang diguna-pakai dalam traksasi jual-beli mereka adalah e-book yang tak berfaedah atau e-book yang bukan hak-milik asal mereka. Dalam erti kata lain, mereka bukanlah benar benar berusaha untuk menjual e-book ciptaan sendiri yang berkualiti tinggi, sebaliknya sekadar “cilok” karya orang lain (buat untung atas angin tanpa usaha) dan jual ber-rangkai-rangkai menerusi satu sistem yang mereka panggil “re-seller rights” (hak penjualan semula).
 
2 – Kesemua penganjur program sebegini TIDAK MEMILIKI LESEN PERNIAGAAN YANG SAH  ke atas online business yang mereka war-warkan. Mereka lebih gemar wujud di alam siber, tanpa sebarang maklumat lanjut mengenai diri mereka, dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan. Nama syarikat penganjur, alamat sykt perniagaan, nombor telefon perniagaan, nombor lesen perniagaan dan peta lokasi syarikat tidak pernah dipamerkan dengan telus. Malahan mereka juga tidak diberi lesen untuk mengumpul deposit dari orang ramai (anti-money laundering act 2001) samada dari BNM atau SC.
 
3 – Kesemua pengajur program sebegini TIDAK MEMILIKI LESEN JUALAN LANGSUNG (AJL) dari KPDN & HEP untuk menganjurkan program ber-rangkai atau berbilang tingkat (melibatkan kemasukan ramai peserta / pengedar / distributor) di luar premis perniagaan mereka.
 
Bila 3 perkara di atas wujud, memang ternyata program tersebut adalah program “money-game” atau skim cepat kaya. Tak payah lah berbelit-belit lidah, cuma mengeliru atau mempengaruhi orang ramai, kononnya program buat duit anda adalah sah di sisi undang undang atau halal di sisi hukum syarak.
 
Diharap maklumat ini dapat membantu anda semua dari TERJEBAK KE DALAM SKIM CEPAT KAYA hingga membawa padah kepada diri sendiri dan kewangan keluarga. Saya faham anda mungkin rasa “desperate housewife” (terdesak), kerana kos sara hidup dah naik melonjak-lonjak, tetapi adakah cara yang salah ini menjadi pilihan anda?
 
Banyak peluang cari duit yang legal & halal wujud di luar sana tu. JANGAN MALAS NAK BERUSAHA kerana Allah benci hambanya yang malas nak berusaha demi hidupnya sendiri.
 
Yang paling kesian (dan paling bodoh saya rasa), tindakan anda “melebur” RM50 dan pamerkan nombor akaun bank anda di internet untuk mengumpul deposit dari orang ramai, hanya akan memerangkap diri anda sendiri hingga diseret ke mahkamah dan dipenjara. Keluarga anda bukan saja akan mendapat malu, malahan mereka terpaksa hidup merana kerana sifat tamak & gelojoh yang anda miliki, nak cari duit mudah tanpa usaha dengan cara yang betul.
 
Pilihan di tangan anda. Buatlah keputusan dengan betul.

2 Responses to “Antara main kutu dan Money Game Internet”

  1. kenape mereka masih teruskan infinity downline tu!

  2. sy cuma baca yg main kutu tu je… nmpk mcm best tp ilusi je..same jgk klu ko stok duit tiap bulan…nnti ko guna la sndiri.. kebaikannye(kalau buat dgn org yg dipercayai la) lebih berdisiplin la nak simpan wang tu sbb ada org yg perlukan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,220 other followers

%d bloggers like this: